Bila Perdana Menteri umum PKP disambung lagi, dah boleh agak benda ni tapi itulah bila dah berkurung lama sangat dekat rumah, tahap kesihatan mental pun dah makin menurun.
aku jenis yg homeperson so bila kena duduk dekat rumah sebenarnya bukan masalah besar sangat bagi aku. tapi bila masuk minggu ketiga dan keempat, aku dah start mental breakdown. silap sikit mulalah nak stress menangis bagai. kena muhasabah diri balik dan buat benda yg positif.
Reading Slump
Sepanjang PKP ni, aku merancang nak habiskan buku yg terperam di rak. kononnya la tapi sepanjang tiga minggu tu ada la dalam dua buku yg berjaya dihabiskan. itu pun macam paksa diri untuk habiskan sebab mood ke laut. ini pun satu benda yg buat aku stress juga.
Maraton Movie
aku ni kaki drama, drama berpuluh-puluh episode small matter je untuk aku habiskan tapi tak tahu kenapa movie macam berat sikit nak tengok padahal dua jam pun. bila tengah mental breakdown tu aku tengah malas nak cari drama baru. so kesimpulannya maraton sahaja movie yg berlambak dalam list tapi tak pernah tengok tu.
Comment Spam
lately, banyak pula comment spam di blog aku, pasal duit la pasal pinjaman la. gigih orang tu paste komen berlambak kemain dan jadi kerja pula nak memadam benda ni satu-satu. so nak tak nak terpaksa aku ubah setting comment moderation untuk sementara waktu.
lately, banyak pula comment spam di blog aku, pasal duit la pasal pinjaman la. gigih orang tu paste komen berlambak kemain dan jadi kerja pula nak memadam benda ni satu-satu. so nak tak nak terpaksa aku ubah setting comment moderation untuk sementara waktu.
Done Membebel.
time PKP ni teringin nak minum my favourite Teh Ais.
tak sama buat sendiri dengan di kedai, sangat jauh rasanya 😢




































