Sinopsis Drama Suri Katriana (Astro)

Sinopsis Drama Suri Katriana (Astro)

Drama : Suri Katriana
Produksi : Metrowealth Production
Pengarah : Pali Yahya 
Siaran : Astro Prima 105
Tayangan : 30 Oktober 2019
Episod : 49
Pelakon : Ernie Zakri, Umie Nazeera, Nazim Othman,  Zul Huzaimy, Hasnul Rahmat, Nadiya Nisaa, Aisyah Azman

Sinopsis Drama Suri Katriana (Astro)

mengisahkan seorang gadis kampung bernama Suri yg begitu meminati seni tarian namun dia tidak dapat menyambung pelajaran kerana masalah kewangan dan mahu menjaga ibunya yg sakit. suatu hari, rumah Suri terbakar sehingga mengorban ibunya dan muka Suri juga terbakar. mengenangkan dirinya yg hidup sebatang kara, Suri bersetuju untuk mengahwini Tuan Syed, orang kaya di kampung tersebut yg banyak membantu kehidupan Suri dan ibunya selama ini. 

Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kembali semula dengan rupa dan penampilan baru sebagai Katriana.. Suri berubah daripada gadis yg naif dan mula menyimpan dendam untuk menyiasat dan menuntut bela atas apa yg berlaku kepada dirinya dan juga kematian ibunya.

Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)

Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)

Drama : Cemburu Seorang Perempuan
Produksi : Global StationSdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Slot : DramaVaganza Astro Ria
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2019
Episod : 20
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Amar Bahrin, Amyra Rosli, Emma Maembong.

Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan baik sejak dari sekolah lagi tapi persahabatan mereka tidak disenangi keluarga Zikri sehingga keluarga Zikri membuat keputusan berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan memisahkan Zikri dan Dhiya.

Zikri kemudiannya berkahwin dengan Emilia atas dasar cinta dan perkahwinan mereka bahagia sehingga Emilia keguguran anak sulung. Emilia disahkan tidak boleh mengandung selepas kejadian tersebut dan dia menyuruh Zikri berkahwin dengan Dhiya untuk mendapatkan anak.

Dhiya setuju untuk menjadi isteri kedua kerana dia masih sayangkan Zikri namun walaupun Zikri telah menjadi suaminya hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaj. Emilia pula tidak dapat mengawal perasan cemburunya sehingga bertindak di luar waras.

Novel | Somniphobia Sumpahan Syaitan by Iwan Reaz


Novel : Somniphobia Sumpahan Syaitan
Penulis : Iwan Reaz
Helaian : 480
Penerbit : Buku Puriz
Terbitan : Mac 2019

SINOPSIS

Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.

Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya.

REVIEW

Somniphobia mengisahkan gangguan yg dihantar kepada Anas melalui sebuah buku selepas ada kawan di facebook yg sentap dengan komen ditulis oleh Anas. gangguan ni terjadi melalui mimpi so bila Anas tidur dia akan mula diganggu dengan gangguan tersebut sampai anas sendiri mengalami somniphobia.

beruntung jadi Anas bila ada kawan macam Faiz yg sanggup buat apa sahaja untuk pulihkan Anas daripada gangguan tersebut walaupun sampai satu tahap Anas sendiri dah putus asa untuk berubat apabila terus-terusan diganggu.

kalau dulu orang tua cakap kerana mulut badan binasa, di zaman teknologi serba canggih ni jagalah tulisan kita di media sosial mungkin niat kita sekadar untuk bergurau tapi mana tahu ada yg terguris, tersentap sampai buat benda syirik. mimpi tu cuma mainan syaitan tapi apa yg penting tentang hubungan kita dengan Allah. selagi kita istaqamah dengan amalan kita insyallah benda amalan kita itu akan jadi pendinding untuk menangkis setiap gangguan tersebut.

buku ni sangat menarik tapi elemen seram tu tak sampai sangat kat aku dan ada part juga yg aku rasa dragging buat aku rasa bosan sikit tapi overall tak rugi pun baca sebab banyak pengajaran yg cuba disampaikan penulis melalui buku ini.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

Menang Giveaway 100th Post Celebration


Hai, Assalamualaikum..

Hari tu join giveaway 100th Post Celebration ft Japan Planner, alhmadulillah ada rezeki terpilih so inilah hadiah yg aku dapat, 2 buah planner dan green tea ni. sori tak tahu apa nama dia sebab tulis dalam nihongo..hehe

Thanks Rasya 
dah rasa green tea tu, sedap 😊


Review Lakorn: Padiwarada (2016)

Review Lakorn: Padiwarada (2016)

Title : Padiwarada
English Title : Beloved Loyal Wife
Release Date : 13 January 2016
Episode : 14
Cast : James Jirayu, Bella Vanita, Mint Natwara, Ball Asanai, Pimthong Washirakom,  Arada Arayawut, Krit Amornchailerk

To show gratitude to her adoptive father, Rin Rapee accepts to disguise herself as his real daughter and marry Saran, to keep the promise their fathers had made in the past. Saran is a cold-hearted guy who suffers from his previous love. Although he knows that Rin's adoptive family has deceived him, he does not wish to return his bride, since he gets to know her beauty and kindness. Love slowly grows. But soon their love is tested, when Duangsawad, his ex-lover, returns to him, while Rin also feels guilty with the secret she is hiding from him.


Padiwarada mengisahkan Saran dan Braralee yg ditunangkan sejak kecil kerana persahabatan baik antara ayah mereka. keluarga Saran antara golongan berada juga pada zaman itu tapi Saran dan ibunya terpaksa hidup merempat apabila ayahnya membunuh diri selepas jatuh bankrap. kerana kesusahan yg dihadapi Saran belajar bersungguh-sungguh dan berjaya menjadi seorang polis.

walaupun dirinya tak berharta, Saran berusaha mengumpul duit untuk melamar kekasih dia iaitu Duangsawat tapi impian Saran musnah apabila lamarannya ditolak kerana keluarga Duangsawat menjodohkan Duangsawat dengan lelaki yg berasal daripada keturunan bangsawan.

emak Saran tak sanggup lihat anaknya kecewa lama-lama sebab itu dia nak tuntut janji yg ayah Saran buat dengan menjodohkan Saran dengan Braralee. Saran sebenarnya malas nak ingat perjanjian tu sebab dia tahu keluarga mereka bukan lagi kaya macam dulu so dia rasa mungkin Braralee pun akan tolak lamaran ibunya.


Rin Rapee pula anak angkat tapi dia dilayan seperti anak kandung dalam keluarga Braralee. apabila ibu Saran menghantar surat lamaran jadi isu sikit apabila Braralee sudah mempunyai kekasih, anak kedua pula iaitu Bodranee nak melanjutkan pelajaran, ayah Braralee jadi serba salah sebab tak dapat tunai janji pada kawan baiknya tapi akhirnya mereka bersetuju nak gantikan tempat Braralee dengan Rin dan secara rahsia mereka urus dokumen pertukaran nama antara Rin dan Braralee.

ibu Saran berasa gembira apabila dengar Braralee bersetuju dengan pertunangan tersebut. pada pertemuan pertemuan, Saran terkejut bila melihat tunang dia bukan Braralee sebab sebelum ini kawan baik dia pernah tunjuk Braralee yg sebenar. Saran sebenarnya memang marah dengan Rin tapi dia malas nak cerita hal sebenar pada ibunya.


selepas berkahwin, Saran masih lagi tak boleh nak buka pintu hati dia untuk orang lain tambahan pula dia tertanya-tanya siapa Rin ini yg sebenar. tapi siapa tak tersentuh bila dapat isteri macam Rin yg baik hati, pandai buat kerja rumah dan masak dan Rin juga pandai layan emak Saran sampai emak Saran sayang sangat dekat Rin.

lagi satu yg buat Saran jatuh hati dengan Rin ialah Rin sangat memahami dan menyokong tugas dia sebagai anggota polis. yg menjadi masalah apabila hubungan mereka nak menjadi baik mesti Duangsawat yg menyelit dalam hubungan Rin dan Saran.


Duangsawat ni memang watak yg annoying giler dalam drama ni. Duangsawat dah lama bercinta dengan Saran tapi dia tolak Saran untuk kahwin dengan lelaki yg ada status dan harta. selepas sebulan kahwin, Duang mengamuk bila tahu suami dia sebenarnya ada masalah kewangan. Duang lari dari rumah untuk mengadu pada Saran tapi terkejut bila dapat tahu Saran sudah berkahwin.

perempuan ni memang tak tahu malu dan psiko habis, dia sanggup menyewa sebelah rumah Saran sebab nak rampas Saran balik yg paling menyampah apabila Duangsawat mengaku pada rakan sekerja Saran yg dia isteri Saran padahal mereka tahu Rin isteri Saran yg sebenar.

yg geram bila Saran tak buat apa-apa dengan Duangsawat dan Rin pula langsung tak mempertahankan hak dia apabila Duang dok berlagak macam isteri Saran kat semua orang. emak Saran terpaksa campur tangan hal mereka tapi biasalah Duang ni terlebih bijak sampai emak Saran pening tak tahu nak buat apa.


yg penat bila tengok drama ialah plot dia yg dragging sangat, first pasal kerja Saran nak tangkap geng White Tiger yg berleluasa di bandar tersebut, aku rasa dari first episode tak habis mention pasal geng ni sampai last episode baru berjaya nak tumpaskan geng tersebut. lagi satu pasal Duangsawat yg terlalu mendominasi keadaan di setiap episode, rimas betul dengan Duang ni sampai aku kena skip part dia supaya dapat menjauhkan diri daripada stress.

lakonan James dan Bella memang tak ada masalah bagi aku, yg menjadi masalah watak mereka terlalu banyak main tarik tali, sekejap suka sekejap benci, sekejap cinta sekejap gaduh..aishh penat mengadap babak ni sampai 14 episode.

nak dekat episode last tu baru nampak watak utama jadi cerdik sikit, kalau sebelum ini asyik pasrah je tapi Rin bangkit melawan Duangsawat dan mempertahankan hak dia sebagai isteri Saran. pengakhirannya happy ending untuk Saran dan Rin selepas banyak kali bermain tarik tali.

Review Drama Korea: Doctor John (2019)


Title : Doctor John
Director : Jo Soo Won
Screenwriter : Kim Ji Woon
Network : SBS
Episode : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Jisung, Lee Se Young, Lee Kyu Hung, Hwang Hee, Jung Min-a,
Kim Hye Eun, Kim Young Hoon, Kwon Hwa Woon, Oh Hyung Joong

SYNOPSIS

“Doctor John” is a new medical drama about doctors specializing in pain management. In a refreshing take on the genre, “Doctor John” will portray the doctors’ search for the cause of their patients’ mysterious pain as a thrilling chase, almost like a detective hunting down the perpetrator behind an unsolved crime.

Cha Yo Han is a genius anesthesiologist, who is also the youngest professor at his medical school. The brilliant doctor goes by the nickname “10 Seconds,” referring to his ability to figure out his patients in the 10 seconds that it takes for them to enter an examination room and walk to their seat.


Doctor John mengisahkan Cha Yohan seorang pakar anesthesiologist yg dihukum penjara kerana menyebabkan kematian pesakitnya. Dr Cha digelar 'Dr  10 second' kerana kebolehannya membuat diagnosis dalam masa 10 saat tanpa bantuan mesin. selepas keluar daripenjara, Dr Cha bekerja di Hanse Hospital.


Kang Siyoung resident tahun kedua dalam bidang anesthesiology merupakan top student tapi berhenti jadi doktor selepas trauma dengan kemalangan yg menimpa ayahnya. seorang kenalan bapa dia yg merupakan ketua warden penjara minta bantuan Kang Siyoung untuk bekerja sebagai staf perubatan sementara di penjara. dari situlah dia bertemu dengan Dr Cha dan Kang Siyoung belajar banyak benda sampai dia buat keputusan untuk teruskan kerjaya dia sebagai doctor.

family Kang Siyoung ni bukan calang-calang, parent dia doktor dan adik dia juga doktor. parent dia juga ada jawatan penting dalam Hanse Hospital sebab tu macam tak susah sangat bila nak kerja balik sebagai doktor. selepas bekerja di penjara, Kang Siyoung bertemu semula dengan Dr Cha Yohan, kali ini dia menjadi student kepada Dr Cha.


Dr Lee Yoo Joon bekerja di bahagian kecemasan dan selalu menerima pesakit daripada penjara, dari situ dia berkenalan dengan Kang Siyoung. Dr Lee pernah misdiagnosis pesakit dan ditegur oleh Cha Yohan sebab itu dia rasa maruahnya sebagai doktor tercabar bila kena tegur dengan banduan. Dr Lee kemudianya bertukar ke Hanse Hospital dan selepas bekerja di bawah Dr Cha, nampak Dr Lee ni sangat admirer dengan Cha Yo Han.


Son Seok Ki pula pendakwaraya yg bertanggungjawab menyumbat Dr Cha ke dalam penjara. pada awalnya Prosecutor Son nampak tak puas hati bila Dr Cha keluar penjara tapi yg bagus pasal Prosecutor dia seorang yg rasional dan tak terburu-buru untuk buat sesuatu perkara walaupun ada desakan daripada Nurse Chae.


berbeza dengan Prosecutor Son, Nurse Chae pula sangat agresif  dengan mengadakan protes demonstrasi dan post negative komen di board hospital untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Dr Cha.

mulanya, aku ingatkan Dr Cha ada kaitan dengan kematian anak Prosecutor Son dan juga anak Nurse Chae tapi sebenarnya tak ada kaitan cuma pesakit yg mati di bawah pengawasan Dr Cha itu sebenarnya pembunuh anak mereka dan Dr Cha ini cuma target untuk mereka lepaskan rasa sakit hati dan marah kepada pembunuh sebenar.


yg menariknya dalam Doctor John ialah bila jumpa banyak penyakit yg rare yg jarang dengar macam C.I.P.A, Fabry disease dan banyak lagilah. dalam drama ni juga nak tunjukkan macam mana doctor nak discover sesuatu penyakit, bukan senang sebenarnya nak buat diagnosis yg tepat kadang doctor pun confius disebabkan symptom yg lebih kurang sama.


dalam drama ini juga membincangkan mengenai isu Euthanasia laws (the practice of intentionally ending a life to relieve pain and suffering), ada beberapa negara yg sudah menjalankan euthanasia law tapi di Korea masih lagi illegal. dalam drama ni nak tunjukkan ada dua puak iaitu menentang keras macam Prosecutor Son dan lagi satu pula menyokong euthanasia dengan alasan pesakit chronic yg tak ada harapan untuk sembuh, ini satu pilihan yg baik jika mereka memilih untuk tamatkan kesakitan yg mereka hadapi.


dah lama aku tak tengok drama medik ni tapi Doctor John memang best sebab dapat belajar banyak benda baru walaupun tak semua tu aku faham 100% tapi best la dapat tahu pasal penyakit yg rare dan jarang kita dengar. dalam drama ni ada juga selit sikit cinta antara Dr Cha dan Kang Siyoung tapi bagi aku kalau tak ada babak cinta pun tak menganggu sebab jalan cerita dia lebih menarik .

Sinopsis Drama Demi Rindumu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Demi Rindumu (Astro Ria)

Drama : Demi Rindumu
Slot : Astro Megadrama 
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Sean Lee, Norman Hakim, Elvina

Sinopsis Drama Demi Rindumu

Diadaptasi novel Demi Rindumu yg ditulis Diya Jamal mengisahkan Nurhana yg pulang ke Malaysia selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Rania dan Nurhana pernah menjadi kawan baik sebelum ini namun hubungan mereka menjadi buruk selepas apa yg berlaku. Nurhana tidak mahu perkara sama terjadi kepada Nasrul.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.