Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Title : Because This Is My First Life
Release Date : 9 October 2017
Episodes : 16
Cast : Jung So Min, Lee Min Ki, Park Byung Eun, Esom, Kim Min Gyu, Kim Min Seok, Kim Ga Eun

Because This Is My First Life mengisahkan Yoon Ji-Ho yg masih struggle dengan kehidupannya dan bekerja sebagai assistant writer untuk drama production. Jiho juga sedang mencari rumah sewa dengan harga yg murah memandang dia tidak mempunyai kewangan yg stabil.

Nam Sehee (Lee Minki) pula mempunyai kerja bagus dan sumber income yg stabil tapi Sehee perlu membayar loan rumahnya yg tinggi dan dia mencari orang untuk menyewa bilik di rumahnya.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Jiho dan Sehee menjadi housemate tapi pada awalnya mereka tak sedar gender housemate sendiri so bila dah tahu agak haru jugalah. so dipendekkan cerita mereka kahwin kontrak sebab Jiho perlukan rumah dan Sehee pula selesa dengan Jiho memandang dia ada problem dengan housemate dia sebelum ni.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Jiho mempunyai dua orang kawan baik yg sangat sejak dari sekolah lagi iaitu Sooji dan Horang. aku suka tengok friendship mereka bertiga dalam drama ni memasing selalu support each other bila susah dan juga senang. dalam drama ni ada juga pasal kisah cinta Sooji dan Horang.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Horang dan teman lelakinya Wonseok dah bercinta 7 tahun, bagi Horang of course lah dia nak kahwin lagi-lagi ramai member dia yg dah kahwin tapi Wonseok pula tak nak lagi ke arah tu sebab kerja dia pun terumbang ambing dan pokai. couple ni memang comel la sebab hubungan mereka sekejap ok sekejap gaduh, kadang tu aku macam kesian dengan Horang iyelah dah bercinta lama tapi tak kahwin juga tapi kadang kesian pula dengan Wonseok sebab life dia tak stabil.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

Sooji pula paling berjaya antara mereka bertiga sebab ada kerja yg bagus tapi dia tak suka ada komitmen dalam berkaitan cinta. Ma Sanggoo pula CEO dan juga bestfriend Sehee. Sanggoo memang dah jatuh cinta kat Sooji so macam kesian juga kat dia sebab Sooji asyik main tarik tali dengan dia.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

aku rasa bahagian paling best dalam drama ni bila part Boknam. Jiho ni dapat kerja kat cafe dengan bantuan Boknam. identiti Boknam ni macam misteri juga sebab dia macam tahu banyak benda pasal Jiho sometime dia macam stalker pun ada juga dan dia suka flirt dengan Jiho walaupun tahu Jiho dah kahwin.

Review Drama Korea: Because This Is My First Life (2017)

drama ni best tapi kadang ada part yang macam slow sangat, aku tengok drama ni sedar-sedar dah nak masuk episode last. bagi aku most exciting part dalam drama ni ialah pasal Boknam tapi bila terbongkar pasal Boknam everthing jadi macam slow dan aku nak cepat habiskan drama ni. 

3 comments:

  1. Like you, I found this drama is quite slow too. But, I kinda love how poetic this drama is. And, I love the cinematography! :D

    ReplyDelete
  2. good review! will be on the list

    ReplyDelete
  3. Ika baru habiskan kdrama ni few weeks ago. Haha. Yes, abit slow. Susah bebenor nak tunggu dia confess dekat bini dia. Punya laaaaaaaa susah haih. Haha. Tak la complicated drama ni. Okay la. Hee.
    Nice review btw.

    ReplyDelete