Drama Mei 2019


Salam Ramadhan..

bulan ini adalah bulan membaca sebab tu banyak update review novel je di blog itupun ada lagi novel yg belum tulis review atas faktor, malas nak mengarang ayat. 

buku yg sempat baca untuk bulan ni, banyak e-book.

aku mengaku aku suka baca novel cinta cumanya bila dari satu buku ke satu buku ni mengadap novel cinta yg klise je, watak pun lebih kurang sangat dalam waktu terdekat, bosan juga dan mood membaca aku dah jatuh merundum ni. sekarang nak start tengok drama balik walaupun aku sebenarnya nak kurangkan aktiviti menonton drama di bulan puasa ni so kita bookmark dulu takut lupa pula nanti.


VOICES 3


dari tahun lepas tunggu sambungan drama ni, mahunya tak jiwa kacau kalau ending untuk season 2 tergantung macam tu je, penjenayah pun masih bijak daripada ditangkap. walaupun drama ni banyak aksi kejam melampau tapi storyline dia memang best dan mendebarkan.


HER PRIVATE LIFE


drama ni tak termasuk dalam list aku pun tapi bila dah start tengok susah pula nak stop plus bukan senang nak tengok Kim Jae Wook berlakon drama romantic comedy selalu jadi psiko je. currently watching episode 4.


ABYSS


TVN selalu bawa kelainan dalam drama mereka dan selalunya tak mengecewakan sebab tu drama ni pun masuk dalam list aku.


ITEM


at first tengok poster tak rasa nak tengok sebab aku ingatkan Park Seo Joon yg berlakon dalam drama ni tapi bila tahu heronya Joo Jihoon nak try la tengok sebab aku suka dengan lakonan dia dalam drama Mask terus hilang watak dalam Princess Hour tu.


SAMPATAN HUA JAI


yg last ni drama thai, walaupun ceritanya agak klise but suka la tengok lakorn ni, tengoklah hero dia siapa..hehe. satu benda yg aku dalam drama ni adalah tempat yg diorang shoot memang cantik sangat. lokasi drama ni banyak di Phuket dan ada juga di Hatyai.


oklah, setakat ni sahaja list drama untuk bulan ni tak tahu rajin ke tidak nak habiskan semua drama sebab kadang tu bukan main semangat masuk dalam list tapi tengoknya tidak..hehe


Selamat Berpuasa 😊

7 comments:

  1. ray baru smpt tgk her private life. they're both so cute !!!

    ReplyDelete
  2. ramai jugak yang tweet pasal drama her private life tu, nanti nak tengok jugak lah

    ReplyDelete
  3. ITem tu dah tengok.. suka lakonan hero tu.. Voice tu pula knak tgk lepas habis semua siri ditayangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu nak start bila lagi drama tu maybe lepas habis tengok her private life kot..hehe

      Delete
  4. I'm currently watching some of them or have finished watching some of them.

    ReplyDelete