Review Lakorn: Sampatan Hua Jai (Occupied Heart)


Title : Sampatan Hua Jai (2018)
Another Title : Concession of the Heart
Episodes : 16
Duration : 1hour 30 minutes
Cast : Weir Sukollawat, Thisa Varitthisa, Jinna Navarat, Hana Lewis,
Shane Nattawat, Ice Atichanan

drama Sampatan Huajai remake daripada lakorn lama yg diterbitkan pada 1997, so maybe lakorn lama tu rating bagus sebab itu mereka buat semula drama ni, itu dah jadi macam trend sekarang drama thai untuk remake drama lama. sebenarnya aku banyak jumpa lakorn macam ni kena culik then diselamatkan oleh hero dan bercinta kemudian sebab itu memula tu aku rasa macam klise je drama ni tapi disebabkan hero favourite aku yg berlakon, itu yg semangat nak tengok dan terus terjebak.


Sampatan Huajai mengisahkan Rattawan yg berasal dari keluarga aristokrat terkenal di Phuket, dalam perjalanan untuk urusan perniagaan Rattawan telah diculik bersama anaknya Manpu. mereka dibawa ke sebuah pulau terpencil untuk dibunuh tapi diselamatkan oleh pemilik pulau tersebut, Naboon.

Naboon juga dari keluarga kaya yg ada bisnes hotel di Phuket. di pulau tersebut, Naboon menguruskan bisnes sarang burung yg mempunyai masalah kerana sering diancam penjahat yg mahu mencuri sarang burung berkualiti miliknya. Naboon juga bekas navy sebab itu dia ada skill nak menghalang ancaman tersebut.


pada mulanya Rattawan dan Naboon tak mempercayai antara satu sama lain, Rattawan syak Naboon terlibat dengan penculikan dia dan anaknya. Naboon pula syak Rattawan ni pengintip yg cuba mencuri maklumat mengenai bisnesnya sebab Rattawan terlalu berahsia dengan identitinya. tapi lama kelamaaan bila tinggal bersama hubungan mereka makin rapat dan segala perasangka tersebut hilang. Naboon juga dah mula suka Rattawan tapi terpaksa pendam perasaannya sebab mustahil nak bercinta dengan status Rattawan sebagai isteri orang.

Rattawan syak suaminya Paramet mungkin yg berkomplot untuk bunuh dia dan anaknya. apabila Rattawan pulang ke rumah, Naboon membuat rancangan untuk membantu Rattawan mencari bukti penglibatan Paramet dalam penculikan tersebut dan Naboon juga menghantar orang kanannya sebagai bodyguard untuk menjaga keselamatan Rattawan dan anaknya.


Rattawan dan Paramet berkahwin kerana keluarga mereka sangat rapat. selepas Manpu dilahirkan mereka tidak tinggal sebumbung kerana Rattawan dah tawar hati dengan perangai Paramet lagi-lagi dah banyak kali dia tangkap suaminya berasmaradana dengan perempuan lain. Paramet licik juga tak nak lepaskan Rattawan sebab Rattawan sumber untuk dia dapatkan duit kerana bisnesnya hampir bankrap dengan hutang keliling pinggang sebab gemar berjudi.


Patai dan Jira pula second couple dalam drama ni, Patai seorang Navy dan juga kawan baik Naboon yg banyak menolong Naboon dan pihak polis untuk menyiasat kes berkaitan human trafficking. Patai juga rapat dengan Jira dan mereka sebenarnya dah lama saling suka tapi Patai ada alasan sendiri yg buat dia tak berani nak meluahkan perasaan sendiri sampaikan Jira dah salah faham dengan Patai.

hubungan Patai dan Jira jadi complicated sebab masing-masing tak nak berterus terang tapi tak complicated sangat macam hubungan Rattawan dan Naboon kerana status Rattawan yg masih lagi isteri orang. Naboon lagi rela protect Rattawan dari jauh sebab tidak mahu memburukkan nama baik keluarga Rattawan.


memula baca sipnosis drama ni memang aku rasa macam klise je lakorn tapi lepas tu memang aku suka dengan ceritanya sebab benda yg aku tak suka tengok, tak ada dalam lakorn ni macam watak jahat yg terlebih cerdik atau watak psiko yg cuba psikokan keadaan. memang tak ada.

watak baik dan watak jahat agak seimbang dalam drama ni, tak ada watak antagonis yg mendominasi keadaan sampai kau rasa stress nak tengok. dalam drama ni konfliknya bukan pasal Paramet seorang je tapi ada isu lain juga macam Naboon mencari orang yg cuba sabotaj bisnes dia dan ada juga kes berkaitan human trafficking. walaupun macam banyak isu tapi semua plot ni tersusun cantik dan saling berkaitan antara satu sama lain.


overall, lakorn ni memang menarik dan best dan juga masuk dalam list favourite lakorn aku. watak Weir dalam drama ni pula sangat matang dan gentleman habis, siapa tak cair tengok..hehe.

Baca juga : 

5 comments:

  1. mcm best je ni. nak try la tgk satu episod

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Menarik jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tgk la hehe. dok layan her private life & abyss :)

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    ReplyDelete