(PNM e-Reader)
Novel : Urusan Cinta Elena dan Tuah
Penulis : Hannah Ezaty
Helaian : 564
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2017
Urusan Cinta Elena dan Tuah, sudah tentu pasal kisah cinta Elena dan Tuah. kisahnya tak heavy sangat cuma Elena yg suka merumitkan keadaan dan buat andaian sendiri bila terjumpa Tuah versi CEO terjadilah salah faham Elena pada Tuah. kesian juga dengan Tuah sibuk nak mengayat tapi asyik kena reject sebab Elena ingatkan Tuah ni dah berkahwin.
watak Elena ni garangnya ya ampun, ego pula tak bertempat. kalau dah suka orang tu pergilah siasat ke apa sebab dia ada banyak peluang nak kenal lebih dengan Tuah tapi Elena lebih suka buat andaian sendiri pastu nak sentap sorang diri. part yg bergaduh dengan tunang kawan baik dia tu seriusly aku speechless sebab terlebih berani lainlah kalau diri tu ada martial art, nak cari gaduh dengan siapa pun tak sebab boleh protect diri sendiri.
Satu benda yg aku suka dengan Elena ni ialah dia ada cita-cita yg tinggi dengan dunia bakeri so respect juga biar ribut melanda dalam diri tapi masih semangat nak majukan bisnes bakeri dia. kejayaan yg Elena capai tu kira berbaloilah dengan usaha dia.
Tuah pula lelaki yg misteri dan macam chipsmore, kejap ada sekejap hilang tapi yg pasti bila dah jatuh cinta tu sangguplah buat apa sahaja untuk Elena termasuk kena sembur dan layan perangai mood swing Elena tu. wujud lagi ke lelaki yg macam ni? dalam novel je kot..
ada beberapa bahagian yg menarik tapi secara keseluruhan cerita agak meleret juga sebab konflik tak banyak sangat tapi penulis ambil masa yg lama untuk merungkaikan kekeliruan Elena dengan identiti Tuah sampai mood membaca aku makin menurun plus aku dah boleh teka perjalanan ceritanya ke arah mana. so overall, ok la storyline dia dan sesuai untuk bacaan santai.
nice sharing
ReplyDeleteBest
ReplyDeletePart meleret tu setuju.. hehehe..
ReplyDeletei only love the covers hehe
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDeletebetul lah tu dalam novel je lah tak pun wujud untuk lelaki kaya macam tuah.
ReplyDelete