Movie | Pee Mak (2013)


Title : Pee Mak Phra Kanong
Country : Thailand
Director : Banjong Pisanthanakun
Screenwriter : Nontra Khumvong
Release Date : 28 May 2013
Duration : 2 hour
Cast : Mario Maurer, Mai Davika, 
Freud Chatphong, Pongsatorn Jongwilas, Sean Jindachot

SYNOPSIS

In the Rattanakosin Kingdom, Mak leaves his pregnant wife Nak to join the war and meets four soldiers who become his best friends. During this time, his wife Nak struggles to give birth to their baby. When the war ends, Mak invites his friends to visit Phra Khanong and meet his beautiful wife Nak. Meanwhile, rumors fly around town that Nak is a ghost. His four friends and villagers trying to tell Mak that his wife is already dead.



Mae Nak antara cerita hantu yg paling popular dalam masyarakat Thailand maka tak hairanlah kalau ada banyak versi movie seram yg diinspirasikan daripada kisah Mae Nak. kalau korang pernah tengok filem Nang Nak yg dikeluarkan pada tahun 1999 mesti tahu kisah mengenai Nak dan betapa seramnya filem tersebut. manakala Pee Mak pula filem seram versi komedi.

sebenarnya aku dah pernah tengok movie Pee Mak tapi kebetulan ada tayangan kat astro aku layan je lah sebab tahu cerita dia kelakar kalau tidak tak rajinlah nak tengok cite hantu dah la astro ni suka tayang cite seram time tengah malam pula tu.


Pee Mak mengisahkan Nak yg mati sewaktu melahirkan anak ketika suaminya, Mak berada di medan perang. Nak kemudiannya menjadi hantu dan masih setia menanti kepulangan suaminya. kelainan dalam movie ni ialah Mak bertemu dengan empat orang sahabatnya di medan perang dan selepas perang tamat mereka berempat mengikut Mak pulang ke kampung halamannya dan tinggal di rumah yg bertentangan dengan rumah Mak.

Shin, Aey, Toe dan Phuak sangat cemburu dengan Mak sebab Mak ada isteri yg cantik tapi apabila mereka tahu Nak ini sebenarnya hantu, masing-masing terus ketaq lutut nak lari dari situ. namun mereka membatalkan niat tersebut apabila memikirkan keadaan Mak lalu mereka tekad untuk meyelamatkan daripada roh Mae Nak.


keadaan menjadi kelam kabut apabila mereka berempat tidak pasti identiti hantu yg sebenar sama ada Mak atau Nak, ataupun salah seorang daripada mereka berempat. siapa yg mati sebenarnya ni??? tertiba dah rasa macam filem Phobia pula, dok lawan berteka-teki..haha 

time ni bukan nak cakap diorang je yg confius, aku pun jadi confius juga sebab aku pun dah lupa jalan cerita Pee Mak ni, tapi part ni yg aku rasa paling lawak, confius punya pasal macam-macam hal jadi sampai member sendiri pun sanggup tendang masuk dalam sungai.

bagi aku, filem Pee Mak sangat menyeramkan, dia punya saspen tu memang tak senang duduklah dibuatnya tapi yg buat keadaan jadi kelakar ialah watak Mak yg agak bengong ditambah pula perangai kawan-kawan Mak yg pelbagai ragam tu, memang tak sempat nak feeling seram lama-lama sebab kerja gelak je tengok movie ni. yg menarik juga, ending Pee Mak pun ada kelainan daripada versi asal. overall memang menghiburkan.

19 comments:

  1. Sis tengok cite ni Sabtu malam ari tu..siap gelak2 lagi tgok diorang ni kelakar..tak rasa takut pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perangai masing-masing tu tak boleh tahan, memang kerja gelak la jawabnnya..hahaha

      Delete
  2. Dari mood seram terus jadi mood gelak aje tengok cerita ni. Ahkakk suka!

    ReplyDelete
  3. memang best tengok. tak kisah lah tengok banyak kali pun, sis mudah terhibur. haha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..layan byk kali pun tak kisah kalau cite dia best..haha

      Delete
  4. best movie ni. masa dia keluar, dah tengok dekat wayang. lepas tu tengok ulang2 dekat rumah. heheh

    ReplyDelete
  5. Macam best pula nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Pee Mak nie versi kelakar untuk Nang Nak Kan. Tapi garapan dia memang cantik,malah ada part seram dia pun still seram.

    ReplyDelete
  7. Nice movie, I would love to read it after reading the synopsis form your site.

    ReplyDelete
  8. Pee mak ni cerita thailand yg lawak tu kan. Igt lagi lama dh cerita tu. Hopefully ada lah sambungan peemak 4 ke

    ReplyDelete
  9. Ni Pee Mak versi kelakar kan. Ngekek satu family tengok cerita ni haha. Walaupun mcm merepek sikit tapi best dan kelakar. Worth watching.

    ReplyDelete
  10. Dah tengok 2,3 kali jugak citer ni. Versi kelakar dari cite hantu Mee Nak kan. Kelakar2 pun bab hantu tangan panjann tu ngeri jugak. Rupa2 nya plot twist pulak sape yang mati.

    ReplyDelete
  11. Thailand ni kalau cerita hantu ni mesti seram. Dah lama tak tengok cerita hantu. Takut takleh tido

    ReplyDelete
  12. Lama dah movie ni dan selalu ulang kat Astro hehehe kita tak pernah jemu tengok kelakor wakakakaka best giler hehehe dan memang kat sana ada hantu ini rupanya yer...

    ReplyDelete
  13. Menarik jugak ya seram kelakar. Tapi kalau dah sejenis yabg takut hantu .. buatla citer apepun asal ada hantu tetap terbayang..hehehe

    ReplyDelete
  14. Yes! saya pernah tengok filem ni di pawagam! memang best dan seram kelakar. Masa tu pergi dgn kawan-kawan, memang seronok ;)

    ReplyDelete
  15. mcm da tgk, tapi tak ingat la.
    sebab tgk skit skit jer.
    kelakar ekk? mcm nak tgk la semula.
    yg nang nak tu seram bebetul!

    ReplyDelete