Pengalaman Beli Smartphone di Lazada


Pengalaman Beli Smartphone di Lazada | lately ni phone aku selalu buat hal, memula tu ingatkan masalah bateri tapi lepas tukar bateri pun bateri masih juga cepat habis. takkan aku nak uninstall semua aplikasi dalam phone aku kot so solution yg ada ialah tukar smartphone baru.

aku dah pakai phone Samsung Note 3 hampir lima tahun dari tahun 2015, kalau ikutkan hati memang sayang tapi aku terpaksa tukar sebab rimaslah bila nak kena charge phone ni itu belum lagi bila time dia hang, time tu memang stress tak terkata.

Bila nak beli smartphone baru ni aku menang tak tahu nak pakai jenama apa, serusly tak ambil tahu langsung pasal smartphone yg ada di pasaran sekarang dan bajet aku pula dalam RM800. dalam tengah survey tu berkenan dengan phone jenis kamera popup kat atas tu ternampak kat GoShop, harga pula dalam bajet aku so dah tekad nak beli time tu tapi sayang dah habis.

OPPO F11 VS VIVO V15

memula tu nak ambil Oppo iyelah tengok harga murah kat Go Shop tapi lepas survey balik dan tengok review di Youtube aku decide untuk ambil Vivo V15 dan kenapa bukan Vivo V17 yg terbaru di pasaran sebab aku nak jimat duit..haha

aku cari kat Shopee dan Lazada, last sekali dapat harga betul-betul dalam bajet aku di Lazada. ini first time aku beli smartphone secara online, takut juga sebenarnya tapi Alhamdulillah dapat seller ok, selepas dua hari barang sampai. ok sebenarnya terlewat sehari sebab aku order 24/12 lepas tu baru teringat esoknya cuti krismas nak tak terpaksa terpaksa tunggu sehari lagi sampai hari jumaat baru barang sampai depan rumah.

tadaaa~ siap dapat free gift sekali. terima kasih Vivo 😊


yg bestnya dengan smartphone ni kamera dia memang cantik, lagi-lagi bila selfie. kalau kaki selfie mesti suka dengan phone ni tapi aku suka phone jenis ni sebab tak ada notch kamera kat atas, bila tengok movie atau main game memang rasa puas. 

so kalau korang nak beli smartphone secara online, lebih baik cari di official store lepas tu baca review dulu kalau banyak review positf itu maknanya seller itu boleh dipercayai dan barulah boleh buat urusan jual beli.

6 comments:

  1. Official store mmg blh dipercayai. Kena pandai tengok komen2 kat Lazada posts.

    ReplyDelete
  2. Kalau beli dengan Official store selalunya tak akan ada masalah..

    ReplyDelete
  3. dulu...pakai samsung note 3...ermm dia punya hang jammed lain macam....bateri selalu problem, harga ? ermm mahal gila Rm 2300. tapi sekarang ..dah pakai oppo dan vivo..harga samsung tu..dah boleh beli dua hp baru ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh mahalnya. tak sanggup nak spend duit banyak tu, saya selalunya nak beli phone yg suka pun tunggu harga turun dulu baru beli..hehe

      Delete
  4. cantik jgk enpon vivo ni.. mcm berkenan jgk tgk.. haha

    ReplyDelete