Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga (TV Okey)

Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga (TV Okey)

Drama : Dia Bidadari Dari Syurga
Produksi : Sazawan Supply Sdn Bhd
Pengarah : Izzman Hafiz
Penulis Skrip : PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
Slot : TV Okey
Mula Tayangan : 23 Oktober 2020
Episod : 20
Masa : Setiap Hari | 10.00 Malam
Pelakon : Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Dayana Roza, Shahkimin,  Syaffiq Sahli, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Nora Lunia, Ady Fakhruddin, Nurul Iman

Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga

Drama adaptasi karya Syamnuerizmil mengisahkan Marissa Aisya a.k.a Aris (Sharifah Husna) graduan luar negara yg tiba-tiba disuruh menjadi tea lady di syarikat ayahnya. namun begitu, Aris sering dibuli oleh Naqib Zakuan (Halim Radzi), jurutera yg kekwat yg telah berkhidmat di syarikat ayahnya.

Zakuan yg baru putus cinta dengan Maisarah (Julia Farhana) telah berjanji dengan ibunya untuk membawa pulang kekasih hati. tak pasal Aris yg menjadi mangsa kebetulan pula nama mereka hampir sama makanya ibu Zakuan tidak tahu yg Zakuan baru putus cinta. Aris dipaksa mengikutnya Zakuan ke kampung mengadap ibunya.

Aris terpaksa bersetuju dengan rancangan Zakuan itupun selepas diugut lelaki tersebut. Namun begitu Aris tidak sanggup menipu ibu Zakuan lalu menceritakan hal yg sebenar, Aris juga memberitahu yg dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah ibunya. Sekli lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Aris yg dianggap seperti bidadarinya ataupun terus mengejar Aris walaupun gadis tersebut bakal berkahwin?

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel (TV3)

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel (TV3)

Drama : Mr Donut Karamel
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Yahaya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Episod : 13
Pelakon : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel

Diadaptasi daripada karya Hanis Esandra mengisahkan kehidupan seorang novelis bernama Anggun Qairah (Azira Shafinaz) yg suka makan donut karamel di sebuah kafe. di situ juga, tempat kegemaran Anggun untuk menulis dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari, Anggun terlibat dalam kemalangan kecil dan semua barang pentingnya rosak termasuk cermin mata dan komputer ribanya. Faiq (Hafidz Roshdi) yg berada di tempat kejadian berasa kesian lalu menggantikan dua barang penting milik Anggun. namun Anggun yg rabun tidak cam Faiq.

Faiq yg gila bayang menyamar sebagai pelayan di kafe kegemaran Anggun semata-mata mahu mendekati Anggun. Faiq juga berpura-pura menjadi peminat buku tulisan Anggun.

sejak itu, hubungan Faiq dan Anggun semakin rapat namun terdapat halangan apabila teman sekampung Anggun yg bernama Zharif turut menyimpan perasaan pada Anggun dan cuba mengganggu hubungan mereka.

Dapatkah hubungan Faiq dan Anggun bertahan dan apa yg akan terjadi apabila Anggun mengetahui rahsia sebenar Faiq?

Pengalaman Tampal Gigi di Klinik Swasta


tahun lepas waktu pergi cuci gigi atau scaling, doktor bagitahu yg ada 2 gigi aku berlubang dan suruh tampal tapi sampai kesudah aku malas nak pergi. awal bulan oktober gigi yg hujung sebelah kanan dah start berdenyut, walaupun tak sakit sangat tapi risau juga bila tengok dah berlubang besar. sila jangan contoh perangai aku yg malas nak jumpa dentist.

so, hari jumaat minggu lepas baru ada kesempatan ajak adik teman sekali pergi jumpa dentist. kalau musim covid ni biasalah ikut sop kena sign borang kesihatan pastu doktor akan tanya ada sakit dan kontak rapat dengan covid. then proceed.

ini first time aku datang ke Klinik Pergigian Izznara, sebelum ni adik ada datang dia cakap ok je lagipun jauh nak menapak klinik gigi yg aku selalu pergi tu. kalau korang di Alor Setar boleh google kat mana tempat dia.

walaupun ini kali kedua tampal gigi berlubang aku still cuak giler sampai assistant tu tanya aku takut ke..haha jangan ditanya wei aku bukan takat dentist, jumpa doktor nak check demam pun nervous juga sebab tu kalau tak serius sangat jangan harap aku nak pergi klinik.

sebenarnya ikut condition gigi juga, kali ini aku tampal pun tak sakit tapi tak selesa bila dengar segala bunyi mesin tu. kena pula gigi paling hujung memang jenuh nak mengangga. rawatan pun tak lama maybe dalam 10-15 minit selesai. cuma itulah ada satu lagi gigi sebelah kiri nak kena tampal, bila nak pergi pun tak tahulah.

aku baru tahu gigi bongsu aku belum tumbuh lagi, bila doktor tanya pernah cabut gigi tak so bagitau la tak pernah terus doktor cakap gigi bongsu belum tumbuh. pelik juga aku dah masuk 30 rupanya ada lagi gigi yg masih terbantut. ingatkan gigi yg kenal tampal tu gigi paling bongsu. nak tanya gigi bongsu korang tumbuh umur berapa ye?

ok itulah pengalaman aku menampal gigi berlubang untuk kali kedua.

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)


Drama : Hati Yang Tersakiti
Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kadir
Penulis Skrip : Azril Hamzah
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 15 Oktober 2020
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa
Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Hati Yang Tersakiti mengisahkan kehidupan rumah tangga Haris (Remy Ishak) dan Mona (Nad Zainal) yg sangat bahagia. namun begitu, Mona selalu rasa bersalah sebab tidak dapat berikan zuriat untuk Haris setelah lima tahun mereka berkahwin.

bagi Haris, isu anak bukan hal besar sebab dia sangat sayangkan Mona dan asalkan mereka tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Farah (Mimi Lana) seorang model tapi suaminya Andrian (Riz Amin) tidak suka dengan kerjaya tersebut dan menyuruh Farah berhenti. mereka bergaduh besar dan kerana rasa tercabar, Andrian menceraikan Farah dengan talak satu.

si Farah ni satu time bergaduh mulut bukan main lancang cabar suruh cerai. sekali bila Anrian lafaz cerai terus terduduk terdiam. lepas tu depan orang macam si Andrian pula yg salah, bukan kau yg cabar ke so sendiri tanggung la.

Review Drama: Hati Yang Tersakiti (TV3)

Mona dan Farah kawan baik zaman kolej dulu tapi Farah tak suka bila Mona berkahwin dengan Haris dan hubungan mereka terputus macam tu saja dan bertemu semula selepas beberapa tahun. 

Suatu hari, Farah mengajak Mona bertemu untuk menceritakan masalahnya yg telah terlanjur dan kini Farah tiada tempat tinggal selepas bercerai dengan Andrian. Mona sebagai sahabat mengajak Farah tinggal di rumah kerana Haris selalu outstation.

pelik tau dengan Farah ni sebab kalau tak silap dia ada rumah hasil duit modeling dia tu, ke memang dari awal lagi dah susun plan nak pikat Haris lepas tengok Haris sekarang ni dah kaya, tak sengkek macam dulu. pengajaran episode 1 Hati Yang Tersakiti, jangan sesekali ajak orang luar tinggal serumah dengan suami kau.

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Telefilem : Rahsia Malam Jumaat
Produksi : Orange Tree Production
Pengarah : Kyoll Hamzah
Tayangan : 10 Oktober 2020
Slot : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zilla Bakarin,  Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Rahsia Malam Jumaat mengisahkan dua beradik bernama Hana (Janna Nick) dan Nani (Elfira Loy) yg bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan adik mereka. ketika itu, heboh tentang isu pembunuhan bersiri di kampung mereka.

pada satu malam, Hana dan Nani berpakat pergi konsert road tour dan dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan orang tua yg jatuh dalam lubang. mereka cuba membantu tapi masing-masing dah gelabah terus lari sebab menyangka terjumpa mayat bila tengok pacik tu tak bergerak.

Hana dan Nani tidak memberitahu peristiwa tersebut kepada sesiapa dan terus pulang ke Kuala Lumpur. sejak itu mereka diganggu dengan lembaga lelaki berbaju putih.

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Hana dan Nani tidak tahan bila asyik diganggu lembaga tersebut so mereka cuba menyiasat kalau ada kes orang hilang di kampung mereka. Hana dan Nani dapat tahu yg pacik Nadim baru berpindah ke kampung mereka tapi tiba-tiba sahaja hilang. mereka syak pacik Nadim tu orang yg mereka jumpa tempoh hari.

bila pergi ke rumah pacik Nadim terus masing-masing terpikat pada anak pacik Nadim iaitu Muaz (Azlee Khairi). niat awal nak menyiasat tapi terus terpesong bila Hana dan Nani bersaing nak try mengorat Muaz. pada masa yg sama mereka tertanya juga apa terjadi pada malam jumaat tersebut.

bila tengok promo kat tv ingatkan cerekama seram tapi sebenarnya cerita komedi. dari awal macam dah boleh teka apa yg jadi kat pacik nadim tu tapi itulah saspen juga bila tengok gigih ikut Hana dan Nani, nak tahu juga apa motif dia. tapi yg kelakar juga bila tengok scene Azlee berlakon dalam cerekarama ni.

tak nafikan cerekarama Rahsia Malam Jumaat sebuah telefilem komedi santai tapi mood aku terganggu bila aku struggle nak dengar apa benda yg watak ni tengah borak sebab muzik latar dia kuat giler daripada suara pelakon. produksi ni memang tak ada sound engineer ke apa. sakit telinga wei.

Lagu | Naim Daniel feat Man Kidal - Sembah (OST Perempuan Tanpa Dosa)


Artis : Naim Daniel Feat Man Kidal
Lagu : Sembah (OST Perempuan Tanpa Dosa)
Komposer & Lirik : Naim Daniel & Iqie Hugh

LIRIK

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia 
pada kasih tak ku punya?
Tak ku punya

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Mengapaku setia pada kasih tak ku punya?
Tak ku punya

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang tak kumahu
Cukup nyawaku merayu

[CHORUS]
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa (Astro)

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa (Astro)

Drama : Perempuan Tanpa Dosa
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar & Fazreen Farouuk
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 6 Oktober 2020
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Uqaisha Senrose, Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin

Drama Perempuan Tanpa Dosa mula bersiaran pada 6 Oktober 2020 bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan di slot Megadrama Astro Ria. Drama yg diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose dan ramai lagi pelakon hebat lain.


Drama Perempuan Tanpa Dosa mengisahkan Lily (Uqasha Senrose) adalah anak tunggal Dato Majid, selepas kematian ibunya Lily seperti menagih perhatian bapanya dan tidak faham kenapa bapanya benci pada dirinya. 

kerana kurang didikan agama dan terpengaruh dengan kehidupan bersosial Dato Majid, Lily melepaskan stress dengan berhibur di kelab malam dan pulang dalam keadaan mabuk.

Lily mempunyai teman lelaki bernama Eddie, tanpa Lily sedar mereka sudah terlanjur banyak kali sehingga Lily mengandung. malangnya Eddie tidak mahu bertanggungjawab. Dato Majid mengamuk bila tahu mengenai kandungan Lily dan cuba mencari lelaki untuk menjadi pak sanggup.

Uqasha Senrose Kamal Adli

Rizal (Kamal Adli) pula bekas pekerja Dato Majid tapi buat keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak gemar dengan kehidupan sosial majikannya. Rizal pulang ke kampung dan beritahu kepada ibunya yg dia sedang bercuti kerana tidak mahu ibunya mendesak Rizal mengusahakan tanah kebun arwah ayahnya.

ibu Rizal mahu menjodohkan Rizal dengan anak angkatnya, Usu Sakinah (Uyaina Arshad) yg tinggal dengan mereka sejak kecil lagi. Usu Sakinah seorang gadis yg lemah lembut dan tinggi didikan agama. dalam diam juga Usu turut menyimpan perasaan pada Rizal.

Rizal bersetuju untuk mengahwini Usu tapi tidak bersetuju bila ibunya menyuruh Rizal membawa Usu ke Kuala Lumpur selepas berkahwin. bagi Rizal, dia ada impian yg lebih besar dan mahu Usu terus menjaga ibunya yg kurang sihat. Rizal terkilan apabila ibunya meninggal pada malam tersebut tanpa sempat dia meminta maaf.

Uqasha Senrose Kamal Adli

Rizal kembali semula ke Kuala Lumpur dan bekerja semula dengan Dato Majid selepas mendapat tawaran yg lumayan. namun kemudiannya baru Rizal tahu Dato Majid mahu dia berkahwin dengan Lily dan Rizal menolak kerana dia sudah ada Usu Sakinah.

Rizal mahu pergi dari situ tapi dia tidak boleh tutup mata dengan masalah Lily yg masih desperate mengejar Eddie. pada masa yg sama, Rizal bengang bila tahu Dato Majid menghantar orang untuk mencederakan Usu Sakinah.

nak tahu apa yg terjadi seterusnya boleh tonton episod seterus Perempuan Tanpa Dosa di Astro Ria dan Astro Go.

Movie | Aku Bukan Gila (2020)


Tajuk : Aku Bukan Gila
Produksi : Pencil Pictures & Record
Pengarah : Rahila Ali
Saluran : WeTV Iflix
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2020
Durasi : 78 minutes
Pelakon : Fasha Sadha, Beto Kusyairi, Wanna Ali, Aman Syah


Aku Bukan Gila mengisahkan Andra (Fasha Sadha) yg bercuti ke Wales untuk menenangkan fikiran. semasa di sana Andra berkenalan dengan Sara (Wanna Ali) pemilik kafe dan pekerjanya, Andre (Beto Kusyairi) yg telah lama menetap di Wales.

hubungan Andra dan Andre pada awalnya tidak begitu baik kerana berlaku sedikit salah faham dan juga sikap Andre yg agak baran. namun kemudiannya mereka semakin rapat, Andra dapat melawat banyak tempat menarik di Wales dengan bantuan Andre.


Andra ni sebenarnya ada manic depression dan bipolar disorder so dia cuba lupa masalah bila bersama Andre dan Sara tapi tak boleh nak kawal emosi bila duduk seorang diri.

Andre pula pelik juga dengan perangai Andra yg sekejap happy macam overdose tapi kadang tu murung semacam tapi Andre tak rasa pula nak tanya apa masalah sebenar Andra.

menariknya pengarah berjaya tunjukkan simptom bipoler disorder dengan begitu jelas pada watak Andra dan bagaimana penerimaan orang sekeliling pada isu mental ni. part ni patut diberi pujian.


satu lagi benda yg patu diberi kredit ialah cinematography yg begitu cantik dalam movie. tapi dekat separuh movie aku tertanya juga movie ni pasal travelog ke atau mengenai depression sebab aku dah penat nak kagum dengan bandar Wales. 20 minit terakhir baru pengarah nak fokus pada isu utama.

kat Malaysia ni orang yg ada depression akan bertambah depress sebab orang sekeliling tak aware langsung pasal penyakit mental. macam Andra dia sangat struggle dengan depression tapi pura-pura ok depan orang lain tapi masalahnya tak ada orang pun yg sedar dia ada depression. ayah dia sendiri cakap dia gila dan nak bawa pergi jumpa ustaz dan tok bomoh.

Andre dan Sara tahu pun lepas terjumpa botol ubat Andra dalam beg yg Andra tertinggal di kafe tapi apa tindakan mereka. nothing! itupun lepas Andra hilang baru Andre gelabah nak cari lepas tu baru teringat Andra ada mention pasal bunuh diri.


filem Aku Bukan Gila ni menarik tapi jalan ceritanya akan bertambah menarik kalau watak Andre dan Sara aware pasal depression yg dihadapi Andra dengan beri sokongan dan cuba tarik Andra keluar daripada kemelut kemurungan.

bila tahu filem ini pasal mental illness, aku ingat aku akan depress sekali dengan watak Andra tapi tidak sama sekali dan skrip filem pun agak bosan langsung tak buat aku tersentuh mahupun menangis. nasib baik hero dia Beto Kusyairi berjaya juga aku tonton filem ni sampai babak terakhir.

Review Novel | Aurora by Azura Rasiddin


Novel : Aurora
Penulis : Azura Rasiddin
Helaian : 705
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020


SINOPSIS NOVEL AURORA

Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk mencari cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora.

Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya.

Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori 'first time' yang mereka cipta bersama.

Bila Aurora tahu Eid berbaik dengannya hanyalah demi bet Eid bersama kawan-kawannya, hati Aurora terluka. Segala memori indahnya bersama Eid adalah dusta. Hanyalah sebuah lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Source: Goodreads


MY REVIEW


novel ini sangat istimewa buat penulis Azura Rasiddin sempena meraikan 10 tahun beliau berada dalam dunia penulisan. Tahniah buat penulis.

novel Aurora mengisahkan Aurora yg pernah crush dengan Eid sejak kecil tapi disebabkan perangai Eid yg sombong dan tak pernah mesra, perasaan itu hilang macam tu saja. Aurora dan Eid dapat belajar di universiti dan course yg sama, masuk semester akhir baru mereka dapat berkawan baik dan boleh lepak sama.

kemudian terjadi salah faham yg buat Aurora cakap something yg mengguris perasaan Eid sampai Eid bawa diri sambung belajar ke luar negara. bila Eid pergi baru Aurora sedar silap dia dan masa tu juga baru sedar yg dia masih lagi simpan perasaan pada Eid. 

novel ni guna pov1, tak best juga rasa sebab tak tahu apa perasaan sebenar Eid pada Aurora. bertahun menghilang bila jumpa balik tetiba Eid ajak si Aurora berkahwin. apakah?? terkejut wei. Eid ni kuat sangat berahsia, curious giler dengan benda yg dia buat. dah la selalu tinggal Aurora seorang diri sampai aku rasa Eid ni ada orang lain.

kalau first half aku rasa Aurora ni macam childish tapi lepas kahwin dengan Eid, aku rasa kesian giler dengan Aurora. banyak benda yg Aurora buat untuk Eid tapi semuanya dipandang sepi. memang salah Aurora sebab terlalu marah sampai keluar perkataan yg tak sepatutnya tapi lepas bertahun takkan susah sangat Eid nak bagi peluang kedua buat Aurora.

so kesimpulannya, Aurora dan Eid sebenarnya ada perasaan cinta antara satu sama lain tapi masalahnya mereka tak pernah duduk bersembang dari hati ke hati untuk selesaikan salah faham yg terjadi antara mereka. dalam kes ni, peluang kedua tu wujud kalau kau pilih untuk memaafkan dan pilih untuk bahagia..

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**