Drama | Melastik Ke Hatimu (2021)

Drama | Melastik Ke Hatimu (2021)

Drama : Melastik Ke Hatimu
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Azmi Hata
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Wanna Ali, Afifah Nasir, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Arman Graseka, Azizah Mahzan

Drama Melastik Ke Hatimu akan mula ditayangkan di slot Lestary TV3 mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan.

Melastik Ke Hatimu drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee diarahkan oleh Azmi Hata dan menampilkan gandingan baru Andi Bernadee dan Janna Nick.


SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU


Drama | Melastik Ke Hatimu (2021)

Drama Melastik Ke Hatimu mengisahkan Haura, gadis kilang yg ganster tapi hidupnya dikawal oleh ibunya. Haura bercinta dengan Naim tapi hubungan mereka dihalang kerana ibu Haura mahukan menantu yg kaya bukan yg kerja posmen macam Naim.

Haura terpaksa menerima jodohnya dengan Ziyad, tauke kilang tempat Haura dan kakaknya bekerja. Walaupun Ziyad jenis yg tak endahkan orang lain tapi sebenarnya dalam diam dah lama ada hati pada Haura.

selepas berkahwin, Ziyad berusaha memikat isterinya tapi Haura pula cuba mencari jalan untuk berpisah kerana hatinya masih setia pada Naim. 

selepas satu insiden, Haura jatuh hati pada suaminya sendiri tapi dugaan datang melanda apabila keluarga Ziyad jatuh muflis dan terbongkar satu rahsia yg menyebabkan emak Haura memaksa mereka berdua berpisah.


TONTON ONLINE DRAMA MELASTIK KE HATIMU


Drama Melastik Ke Hatimu boleh ditonton secara online di aplikasi iQiyi Malaysia atau laman web iq.com pada pukul 10 malam selepas tamat siaran di kaca tv.

Tonton Online Melastik Ke Hatimu Episod 1 hingga Episod 13(Akhir)

Post a comment

6 Comments