Sinopsis Takdir Yang Tertulis (TV3)

Takdir Yang Tertulis (TV3)

Drama : Takdir Yang Tertulis
Produksi : Radius One
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong,
Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri, Afidah Bee

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Mengisahkan Juweta (Nad Zainal) seorang wanita yg bekerjaya selalu sibuk menguruskan syarikat milik arwah bapanya. sikapnya sebagai seorang ketua terlalu terbawa-bawa ke dalam urusan rumah tangga dan tidak pernah menghormati Azlan (Nazim Othman) sebagai seorang suami.

Juweta lebih suka mengarahkan pembantu rumahnya menguruskan kebajikan suaminya. dalam masa yg sama kehadiran rakan baiknya Ruhila (Elvina Mohamad) juga banyak membantu Juweta untuk menguruskan hal berkaitan anaknya, Mika.

Takdir Yang Tertulis (TV3)

Azlan sebagai seorang suami dan juga rakan kongsi berasa penat dengan sikap Juweta yg tidak pernah menghormati dirinya dan dia juga malu apabila Juweta memarahi dirinya di hadapan staf kerana tidak suka dengan cadangan projek yg diurusnya.

bagi Azlan, Juweta sudah jauh berubah daripada Juweta yg dikenali sebelum mereka berkahwin. yg kononya akan sentiasa mencintai dirinya.

sebaik tiba di rumah, Juweta cuba berbincang dan meminta maaf kerana keterlanjuran sikapnya di pejabat. tapi Azlan tidak boleh terima apabila Juweta seakan masih menyalah dirinya atas semua yg berlaku. Azlan merasakan jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka adalah berpisah.

4 comments:

  1. Sekali lagi Nad Zainal berlakon dalam konflik rumahtangga.

    ReplyDelete
  2. since i like nad zainal... so tgk juga la..then rant later hahah

    ReplyDelete
  3. Bad story..tp rasa nk tau sangat ada pengadilan ke x pada perempuan yang terianaya Like Juwita tu...tiada kemaafan buat Suami dan rakan yang seperti haiwan tu jelek..

    ReplyDelete
  4. Kemain trending drama ini.. Tapi tak lalu nak tengok kisah curang2 nie..

    ReplyDelete