Berangan Nak Beli Katil IKEA Akhirnya Dapat Juga Katil


Dah lama berangan nak beli katil Ikea, akhirnya beli juga katil untuk bilik sendiri tapi bukan Ikea punya, nampak sama tapi tak serupa..haha

katil single bilik aku ni guna dari zaman sekolah dulu. tilam pula dah dekat 10 tahun bila bangun tidur habis lenguh badan sakit pinggang. sebab tu malas nak fikir dan tertangguh lagi so bulan lepas terus order katil dan tilam dari shopee.


at first plan nak beli katil Ikea Nesttun tapi takut tak muat dengan tilam yang aku beli. time survey kat shopee ternampak katil ni yang design dia lebih kurang katil Nesttun terus ubah fikiran. banyak juga dapat jimat.

aku pasang katil ni seorang diri sahaja, tak susah tapi mencabar sangat. pegang belah sini besi sebelah sana terjatuh. sabor je lah waktu pasang tu. ambil masa dalam sejam juga baru berjaya siap pasang.


tilam terlupa nak ambil gambar, waktu sampai dalam packaging bergulung dalam kotak tu. nampak je kecil tapi berat giler, tak mampu nak angkat kotak dia sorang-sorang. time buka tu cuak giler rasa macam belon meletup.. tilam dia jenis spring, tak keras dan tak lembut sangat, sesuailah dengan harga dia. tidur pun selesa, yang penting badan pun tak sakit sekarang.


kalau tanya ok ke beli katil dah tilam dari Shopee, bagi aku je kalau dapat seller yang ok, packaging pun ok tapi masalahnya service penghantaran. tilam ni guna Skynet dalam masa 4 hari dah sampai rumah. yang katil pula guna Line Clear (first time dengar courier ni) sangat slow, seminggu lebih baru sampai.

total harga tilam dan katil dalam RM700++ tak termasuk caj penghantaran. jimat banyak juga dari jangkaan awal aku. so next nak beli cadar dan comforter tapi tunggu lah dulu, kita guna je apa yang ada dulu.

6 comments:

  1. macam empuk tilam dia. Akhirnya, miliki baranh ikea gituu rasa. Dream came true. Hehe Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki..kemain simpan duit nak beli katil ikea last2 tak beli juga..takpela tetap juga fefeeling barang ikea..yg penting jimat duit..hhahaha

      Delete
  2. nice jugak katilnya tu tapi pertama kali siap 2 syarikat kurier lain-lain yang hantar hhehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat shopee, seller lain2 kak. itu yg dapat courier pun lain2..hehe

      Delete
  3. tengah berangan nak beli katil IKEA jugak ni sebab design dia cantik. Mesti happy je tidur lepas ni sebab tiodur dekat katil yang kita suka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. desing ikea2 semua cantik, kualiti dia pun cantik. takpe berangan dulu nanti bolehlah beli satu..hehe

      Delete