Drama : Bougainvillea
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 28 Disember 2020
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish,
Hanna Aqeela, Kirana Batrisyia, Ziema Din, Ameerul Asyraf
Sinopsis Drama Bougainvillea
mengisahkan rumahtangga Andrian (Beto Kusyairi) dan Aryanna (Intan Ladyana) yg sangat bahagia. Aryanna membuat keputusan berhenti kerja untuk memberi fokus pada rumah tangganya dan menjaga anak-anaknya.
Aryanna bahagia dengan kehidupannya sekarang sebagai suri rumah sepenuh masa namun ada masanya sedih dengan sikap Andrian yg terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek sampai lupa hari penting dalam hidup mereka. rupa-rupanya Andrian ada kejutan untuk isterinya dan tidak pernah berhenti mencintai Aryanna.
Mimie (Nora Danish) seorang jururawat di sebuah hospital yg dijaga Mak Ngah Bibah (Ziema Din) sejak kecil. Ali (Ameerul Asyraf) telah lama menaruh perasaan pada Mimie tapi cintanya sering ditolak Mimie yg menganggap Ali tak lebih daripada seorang kawan.
Mak Ngah pun tak berkenan dengan Ali katanya tak ada masa depan dengan buat kerja kampung sebab itu bila mak Ali cuba merisik Aryanna ditolaknya mentah-mentah. Mak Ngah mahu Mimie berkahwin dengan orang kaya supaya kehidupan Mimie lebih terjamin.
Suatu hari, Mimie yg terserempak dengan Andrian dan Aryanna di kedai runcit berasa cemburu melihat kemesraan pasangan romantis tersebut. Mimie menceritakan perkara tersebut kepada Mak Ngah Bibah dan dia juga telah cinta melihat cara Andrian melayan isterinya.
Mimie sedar yg mungkin semua itu sekadar angan-angannya memandang Andrian itu suami orang. Namun Bibah memberi dorongan kepada Mimie kerana baginya lelaki boleh kahwin lebih daripada seorang, yg penting kena pandai menyusun strategi untuk memikat lelaki kaya.
apakah strategi yg dilakukan oleh Mimie untuk merampas kebahagian rumahtangga Aryanna dan Andrian. Nantikan semuanya dalam drama samarinda Bougainvillea.
Drama perebutan lelaki ni nampak gayanya. Eza singgah sini tau blogwalking. :)
ReplyDeleteDrama ni bakal trending Dan mencetuskan kemarahan isteri2 nampak gayanya hehe
ReplyDeletei tak tgk lagiiiiiii tapi tempting.. dah la byk yg tertunggak skrg ni
ReplyDeleteboleh masuk watchlist ni
ReplyDeleteBelum sempat tengok lagi..Nak marathon sampai episod 4 terus :)
ReplyDeleteAlahai makcik bibahnya.. bukan nak bagi nasihat yang baik.. disuruhnya pula memikat suami orang..
ReplyDelete