Sinopsis Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul


Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul diadaptasi ke drama bersiri Risik Pada Hati menampilkan gandingan Alif Satar, Umi Nazeera dan Zara Zya, bakal disiarkan di slot Akasia TV3 menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora.


Info Novel Risik Pada Hati

  • Penulis : Hanni Ramsul
  • Penerbit : Teratak Kasih
  • Terbitan : 2019
  • Helaian : 552

Sinopsis Novel Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam

"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa

"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya

Namun, benrakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?



1 comment:

  1. kisah perkongsian kasih lagi. dah tonton teaser, baca review Tiara juga ni... rasa macam akan beralun-alun kesedihan di balik karya ni nanti.

    Bukan mudah kan nak pasrah dan sentiasa bersangka baik dalam berkongsi kasih...

    ReplyDelete