Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Novel : Haq (Hardcover)
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 537
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : 2021

first time baca buku tulisan Dhiya Zafira, sejujurnya aku beli buku ni sebab sedap pula dengar nama Haq..haha. bila baca review pun ramai yang bagi rating tinggi so kita pun try baca, hah terus terjebak nak baca another buku dari penulis ni..haha

Haq mengisahkan Alin yang mempunyai agoraphobia, hidup berkurung selama tiga tahun tanpa berjumpa siapa selepas kematian anaknya. hidupnya berubah selepas dia menyelamatkan seorang lelaki yang cedera parah bernama Haq.

Hidup Alin juga terjebak dalam bahaya apabila ada orang memburu Haq, tak pasal Alin yang fobia keluar rumah diheret sekali mengikut Haq demi menjaga keselamatan Alin. banyak persoalan mengenai latar belakang Haq, siapa Haq yang sebenarnya?

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Aku sangat suka dengan watak Haq, seorang yang misteri dan protective. cara dia jaga Alin aishhh cair pula kita tapi itulah geram sikit dengan cara dia main tarik tali. sekejap nak sekejap tak nak. bila baca kat belakang boleh faham kenapa dia cuba jauhkan diri dari Alin sebab hidup dia sendiri banyak bermain dengan bahaya.

Alin pula bagi aku dia tahu apa yang dia nak dalam hidupnya. walaupun mengalami fasa yang down dalam hidupnya tapi dia bangkit untuk fight dapatkan Haq. dia punya tekad nak cari Haq tu memang salute sebab dari fobia nak keluar rumah sampai boleh melangkah jauh ke Turkiye semata-mata demi Haq.

aku bukan peminat novel genre aksi sangat tapi novel ni bagi aku cukup rencah. plot dan jalan cerita yang menarik, watak yang strong dan konflik yang disusun menarik. walaupun buku ni agak tebal, tak sempat bosan membaca sebab tak sabar nak tahu pengakhirannya.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐⭐5/5**

Baca juga : 

2 comments:

  1. novel ni memang dalam wishlist! tapi tula rega dia 💆🏽‍♀️💆🏽‍♀️💆🏽‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu first tengok harga dia memang fikir 10x juga nak beli, nasib baik cite best..haha. hopefully penerbit dia keluar yg versi softcover lepas ni..

      Delete