Review Novel | Puteri Bunian Bulan by Aliff Mustafa


Tajuk : Puteri Bunian Bulan
Penulis : Aliff Mustafa
Helaian : 410
Penerbit : Patriot Publishing
Terbitan : 2020

SINOPSIS

Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!


REVIEW

Buku Puteri Bunian Bulan sebuah karya aksi fantasi yang ditulis oleh Aliff Mustafa mengisahkan Laila Dahlia seorang pelajar biasa dan pada hari jadinya yang ke-17, Laila mendapat amanat yang dia akan mewarisi takhta sebuah kerajaan ghaib bernama Purnama Sari. Dari situ Laila berlatih untuk mengawal kuasanya kemudian mendapat tahu konflik yang berlaku antara Kerajaan Purnama Sari dan Bara Pawaka, dan tragedi besar akan berlaku sekiranya Pulau Kemboja tidak beraja dalam masa 40 hari.

Bagi aku, pengenalan setiap watak dalam buku ini sangat menarik dan benda yang tak expect bila setiap watak ini ada rahsia tersendiri, perkembangan plot dan jalan cerita juga sangat menarik. cara penulis gambarkan kerajaan ghaib Purnama Sari dan Bara Pawaka sangat details dan bahasa yang digunakan sangat cantik. 

banyak diselitkan juga nilai keagamaan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk melawan kejahatan tapi satu kekurangan pada buku ini adalah aku tak rasa sangat emosi dalam penceritaannya dan wataknya. 

tapi overall, aku terhibur baca buku Puteri Bunian Bulan sampai habis sebab banyak benda menarik dan plot twist yang berlaku. kalau korang suka cerita fantasi, sangat rekomen untuk baca Puteri Bunian Bulan karya Aliff Mustafa

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5 **


Baca juga : 

Review Novel | Saat Kau Takluk Cinta Ini by Sara Hezra




Novel : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Penulis : Sara Hezra
Helaian : 600
Penerbit : Orabook Publication
Terbitan : Ogos 2019


SINOPSIS:

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

aku terbaca novel Saat Kau Takluk Cinta Ini di wattpad, nampak menarik terus beli novelnya. apa yang aku boleh komen permulaan cerita sangat menarik sebab timbul banyak persoalan mengenai Haira, siapa dia sebenarnya, kenapa pondok buruk Rahhal yang menjadi pilihan. 

bila mereka berkahwin, dari pertemuan Haira dan Fakhril kemudiannya terbongkar semua cerita mengenai Haira. kerana salah faham yang berlaku Rahhal membuat keputusan untuk berpisah dengan Haira.

masuk pertengahan cerita dan bila Rahhal bertemu kembali dengan Haira, bagi aku jalan cerita agak flat. penat baca sekejap si Haira bawa diri lepas tu Rahhal pula bawa diri, penat nak mengadap drama macam ni.

benda yang mengganggu pembacaan aku adalah dialog yang digunakan, ayat dalam dialog agak kaku sebab tu kot aku rasa emosi tak sampai kepada pembaca.

so overall, Saat Kau Takluk Cinta Ini terdapat banyak kelemahan pada jalan ceritanya. bagi aku, idea tu menarik tapi jalan cerita dan watak tidak dikembangkan dengan baik.

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Jibrael: You're Mine! by Suci Hidayat


Novel : Jibrael: Youu're Mine
Penulis : Suci Hidayat
Helaian : 347
Penerbit : Suci Love Story
Tahun Terbitan : November 2017

Hai guys! lama tak update review novel kat blog ni. tak tahulah kenapa malas sangat nak tulis review nak membaca lagilah. tengah ada mood ni baik tulis cepat walaupun buku ni dah khatam lama..hehe

Jibrael: You're Mine mengisahkan Ku Jibrael yang benci dengan kaum hawa selepas dicurangi tunangnya. Disebabkan kemahuan ibunya, Jibrael bersetuju untuk berkahwin dengan Dara Adalia tapi dalam diam, dia mempergunakan kesusahan gadis tersebut yang memerlukan duit untuk rawatan ibunya. 

Jibrael membayar sejumlah wang kepada Dara untuk berkahwin dengannya dengan syarat mereka tidak akan jatuh cinta dan bercerai setelah Dara melahirkan zuriat untuknya. Dara bersetuju namun dia jatuh cinta kepada suaminya sebaik sahaja mereka berkahwin.

aku tertarik dengan novel Jibrael sebab tema bad boy yang digunakan tapi mungkin definisi bad boy bagi aku tak sama dengan penulis kot, for me bad boy walaupun luarannya nampak kasar masih lagi gentleman tapi si Jibrael ni hurmm dah la bahasa dengan isteri bukan main kasar, once dia angkat tangan belasah isteri seriusly sis give up baca buku ni.

plot dan jalan cerita tiada yang baru, banyak yang klise. watak hero totally bad jerk dan ada trust issues dengan pasangan sebab trauma dengan bekas tunang. watak heroin lemah sangat mengikut kata suami. so overall, boleh campak tepi perangai hero macam ni..eh tiba sis emo 🙊

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**

Resepi Daging Masak Hitam


BAHAN-BAHAN

Bahan Menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1-4 biji buah pelaga
  • 1-3 biji bunga lawang
  • 2 batang serai (diketuk)
  • daun kari

Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan- bahan di atas sampai lumat. Kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.

2. Seterusnya kisar sekali lagi bahan- bahan berikut:
  • Cili kering( agak-agak, kalau nak pedas boleh letak banyak)
  • 2 ulas bawang besar ( Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
  • Perencah kari daging ( jenama apa pun tak apa. Saya letak setengah je )

3. Bila bahan yang ditumis tadi sudah kering sedikit, masukkan bahan-bahan yang baru dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.

4. Sambil itu rebus daging. Air daging jangan dibuang.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air daging,daging, kicap kipas udang atau kicap mudim.

6. Akhir sekali masukkan garam,gula, ajinomoto, perencah masakan mengikut citarasa anda.

7. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit, tutup api dan hidangkan.


Kredit Resepi : Najwatul Farhana Md Fazli (Rasa.my)

Selamat Memasak 😊

Review Some By Mi Bye Bye Blackhead Bubble Cleanser


jarang aku nak kongsi pasal skincare di blog tapi nak kongsi juga sebab dah pakai produk Some By Mi dari hujung tahun lepas, rasanya dah lebih tiga bulan. 

alhamdulillah skincare dari Some By Mi serasi dengan kulit muka tapi untuk entry ni nak kongsi mengenai pencuci muka Some By Mi iaitu Bye Bye Blackhead 30 Days Miracle Green Tea Tox Bubble Cleanser.

So product ni claim:


It contains 16 kinds of tea ingrediens and micro BHA bubble melts blackhead while konjac grain and green tea leaves gently remove blackhead in the pore.


tekstur bubble cleanser ni adalah gel berwarna hijau dengan butiran halus dan berbau campuran mint dan teh hijau. bila sapu di kulit wajah, tekstur gel akan bertukar menjadi buih. apa yang best time gosok buih tu boleh rasa blackhead semua keluar dan kulit menjadi lebih bersih dan lembut.

apa yang aku cakap produk Some By Mi Bye Bye Bye Blackhead memang berkesan untuk hilangkan blackhead dengan cara mudah tapi bukan 100 percent so make sure kat kawasan degil macam tepi hidung tu gosok betul-betul supaya blackhead akan tertanggal. bagi aku produk ni lebih berkesan dari nose strip untuk hilang blackhead.

tak sure produk ni sesuai untuk kegunaan harian atau tidak tapi aku guna produk ni seminggu dua atau tiga kali, itu sampai sekarang tak habis lagi sebotol ni walaupun dah lebih tiga bulan.

apa yang aku suka dengan bubble cleanser ni, lepas basuh muka boleh rasa kulit lebih lembut dan halus, pori-pori nampak lebih bersih. yang pasti sis suka dan akan repeat beli lagi Some By Mi Bye Bye Blackhead.

Sinopsis Filem Jeritan Jin di Astro First


Filem : Jeritan Jin
Produksi : Redfiress Film Production
Pengarah: Roy WCC Fdam
Penulis Skrip: Epi Kodiang
Siaran : Astro First
Tayangan : 22 Januari 2022
Pelakon: Riz Azmin, Along Eyzendy, Azlan Komeng, Dato Jalaludin Hassan, Arin Raja Lawak, Kenji Sawahii, Ruminah Sidek, Shira, Pak Ya Sepatu, Kak Girl

SINOPSIS JERITAN JIN

Jeritan Jin mengisahkan Zack (Riz Azmin) yang baru keluar penjara dan mahu memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Namun hasratnya untuk berhenti mencuri mula goyah apabila anaknya dimasukkan ke hospitan dan memerlukan duit rawatan yang besar.

Tiga mafia iaitu Peter Lim, Jaafar dan Sara Bha merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Zack menerima tawaran daripada Malik (Azlan Komeng) untuk merompak duit mafia tersebut dengan harapan mahu menggunakan duit tersebut untuk kos rawatan Nisa.

Selepas rompakan, Malik menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan jin yang sudah lama tidak diganggu.

Sinopsis Novel Noda Cinta Semalam Karya Aulia Iman


Novel : Noda Cinta Semalam
Penulis : Aulia Iman
Penerbit : Karyaseni
Harga : RM22 (Shopee Karyaseni)

SINOPSIS NODA CINTA SEMALAM

Jarak Memaksa Kita Saling Merindu.

Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak.

“Saya akan rawat hati awak Leya. Cuma beri masa dan buka ruang untuk saya masuk dan ubatinya.”- Iskandar

Ternyata, bukan Iskandar yang berjaya mengikis sebaris nama itu sebaliknya seorang ketua syarikat berstatus suami orang, Adrian.

“Saya yakin! Lambat atau cepat, hati kita akan tetap bersatu. Percayalah.”- Adrian

Ternyata, dua hati bersatu dalam satu rasa namun cinta sahaja tidak cukup kuat menyatukan dua jiwa. Adrian ialah suami kepada wanita lain dan sudah tentu Amileya tidak tega menjadi perampas kebahagiaan insan lain.

Amileya cuba berdamai dengan ketentuan Tuhan kerana perkahwinan dengan Iskandar tetap akan berlangsung.Tanpa disedari, satu kejutan membuatkan hati Amileya mula berbelah-bahagi sebelum remuk berkali-kali.

“Kita boleh berkahwin dan dapat anak seorang dua sebelum kita berpisah. Saya janji akan beri nafkah dan serahkan hak jagaan anak kepada awak. Boleh, kan?"- Iskandar

Amileya terpaku, ikut kata hati, dia tidak mahu memperjudikan masa depannya. Di kiri suami orang, di kanan, pula belum disatukan sudah menyebut kata perpisahan. Apakah ternyata dia hanya mampu hidup dalam kenangan cinta semalam?

Sumber : Penerbitan Karyaseni