Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Review Drama Korea: Circle: Two Connected  Worlds (2017)

Title : Circle: Two Worlds Connected
Release Date : 22 May 2017
Episodes : 12
Cast : Yeo Jin Goo, Kim Kang Woo, Gong Seung Yeon, Lee Gi Kwang, Ahn Woo Yeon, Seo Hyun Chul, Han Sang Jin, Jung In Sun, Song Young Kyu

Taking place in both the present year 2017 and in the year 2037, when people believe that their future depends on humans controlling and regulating their emotions, this drama is a sci-fi mystery. When alien visitors arrive on Earth, humans learn new skills from them and take advantage of them; what ensues is a story of alliance, resistance, and love. Each episode will contain two shorter stories, the first part set in 2017 and called “Beta Project,” with the second set in 2037 and called “Grand New World.”


Circle sebuah drama berkongsepkan sci-fi , thriller dan misteri. jalan ceritanya terbahagi kepada dua bahagian untuk setiap episod iaitu Beta-Project yang berlaku pada tahun 2017 dan Brave New World yang berlatarkan tahun 2037.

PART 1 : 2017 - Beta Project

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Mengisahkan tentang adik beradik kembar, Kim Woo Jin (Yeo Jin Goo) dan Kim Bum Gyun (Ahn Woo Yeon) yang ternampak makhluk asing sewaktu kecil. Woojin seorang pelajar university manakala Bumgyun pula menjadi terlalu obsess untuk menangkap alien kerana Bumgyun percaya alien tersebut menyebabkan ayah mereka menghilangkan diri.

Suatu hari, Woojin dan Bumgyun berselisih pendapat dan Bumgyung hilang tanpa dapat dikesan. Woojin cuba mencari abangnya dan juga menyiasat tentang alien tersebut.


PART 2 : 2037 - A Brave New World

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

Pada tahun 2037, bumi terbahagi kepada dua iaitu Smart Earth dan Normal Earth. Normal Earth mempunyai pencemaran dan ramai manusia telah berpindah ke Smart Earth. Smart Earth tempat di mana bebas dari sebarang jenayah dan mereka yang mahu masuk ke Smart Earth perlu memakai cip bagi mengawal emosi.

Kim Joo Hyuk (Kim Kang Woo) detektif di Normal Earth hendak masuk ke Smart Earth untuk menyiasat kes penculikan yang dilaporkan berlaku di situ. Mayor Smart Earth terpaksa membenarkan Joohyuk masuk ke Smart Earth bagi mengelakkan reputasi Smart Earth yang kononnya bebas jenayah itu daripada terjejas.

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

so curious kan nak tahu apa kaitan antara antara dua dunia ni? first episode pun dah rasa tak senang duduk, stress wei nak tahu the whole story terutamanya watak Gong Seungyeon ni, betul ke dia ni alien ataupun pelajar university yang bernama Han Jungyeon. nasiblah start tengok lepas drama ni tamat boleh terus marathon  je kalau tidak mahu stress nak tunggu setiap minggu.

Review Drama Korea: Circle: Two Worlds Connected (2017)

mulanya drama ni memang tak masuk dalam list tapi bila kawan asyik mention pasal drama ni terus mengamit jiwa untuk try layan. ok seriusly drama ni memang brilliant, sangat unik dan lain dari kdrama yg biasa kita tengok. kadang rasa macam tak senang duduk tengok drama ni sebab saspen sangat dan pelakon dalam drama ni memang superb terutamanya Gong Seungyeon yang pegang tiga watak dalam drama ni. highly recommend!

2 comments:

  1. baru layan episod dua cite ni, mmg drama ni unik dan lain dari yg lain..

    ReplyDelete