My Unfinished Drama



Hai..

bulan ni mood aku untuk tengok drama memang ke laut dan banyak la pula drama dalam list. selalunya aku tengok drama ni waktu malam jarang bebenar la nak tengok waktu siang, sekali tengok banyak juga episode yg boleh habiskan tapi sekarang asal buka je terus rasa mengantuk, nak habis satu episode pun susah hmmm last-last tutup lappy tidur je la.

list drama yg tengah tengok.

igatkan nak habiskan Love Me if You Dare kelmarin sebab dah lama sangat tinggal tapi tak habis juga. chinese drama memang slow sikit tapi bila tengok thriller lagi la terasa slow sangat.

yg pending lama sangat ni kemungkinan besar nak drop je.

aku ni bila habis tengok satu drama dah mula risau nak tengok drama apa pula lepas tu tapi bila banyak sangat drama yg tak habis lagi rasa stress pula..hihi

Review Novel | Magisnya Cinta by Syamnuriezmil


Novel : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 738
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : 2015

SIPNOSIS

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman


REVIEW

Magisnya Cinta sebuah kisah cinta antara Adib dan Rose. permulaannya sangat menarik,  kadang baca buku ni sampai boleh tergelak dan tersenyum seorang diri bila bahagian mereka bergaduh kemudian mulalah terjatuh cinta. tak banyak sangat konflik antara Adib dan Rose sebab masing-masing sangat serasi.

walaupun begitu, bacaan aku mula terasa bosan apabila banyak sangat watak yang diketengahkan di pertengahan novel ni dan kes Natasha terlalu banyak mendominasi. selain itu, aku rasa macam semua watak dalam novel ni kena jumpa jodoh dulu baru jumpa perkataan TAMAT.

Novel | Trilogi Ngeri #3 : Obsesi

(PNM e-Reader)

Novel : Trilogi Ngeri #3 : Obsesi
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 230
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja. 

Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka. 

Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?


REVIEW

Obesesi adalah penutup untuk kisah Ngeri dan Mangsa. Detektif Hema masih obsess untuk menangkap Rehan. obsesi yg hampir memakan diri tapi membuahkan hasil.

jujur cakap buku ni macam kurang bagi impak untuk aku kalau nak dibandingkan dengan Ngeri dan Mangsa. walaupun tahu penamat untuk Rehan dan berakhirnya obsesi Hema tapi rasa macam kureng dan masih banyak persoalan yg penulis biarkan pembaca tertanya-tanya.

JoJo's Bizarre Adventure: Diamond is Unbreakable


Title : Jojo's Bizzare Adventure : Diamond is Unbreakable
Country : Japan
Year : 2017
Director : Takashi Miike
Writer : Hirohiko Araki
Duration: 2 hours
Cast : Yamazaki Kento, Ryunosuke Kamiki, Masaki Okada, Nana Komatsu,
Mackenyu, Yusuke Iseya, 


Higashikata Josuke pelajar sekolah, dia tak kisah sangat dengan benda yg berlaku sekeliling dia tapi Josuke paling pantang dengar orang kutuk rambut kalau mengutuk tu memang saja nak cari nahas namanya. kuasa Josuke boleh heal everthing tak kisah luka ke atau benda.

dalam movie ni, orang yg ada kuasa dipanggil stand user, Stand kiranya macam penjaga. orang biasa memang takkan nampak Stand kecuali stand user.


dalam bandar Josuke tinggal banyak berlaku kes pembunuhan yg pelik semua ini dilakukan oleh water stand belong to Angelo. Suatu hari, Angelo nak balas dendam pada Josuke dan family dia sebab Josuke kacau plan dia.

bila water Stand datang serang family dia, Josuke sempat selamatkan emak dia tapi dia tak berjaya selamatkan datuk dia walaupun dia boleh heal everything tapi dia tak boleh hidupkan balik orang mati. lepas datuk dia meninggal, dia nak cari mastermind kes ni.


mastermind-nya ialah Keicho Nijimura, aku tak sure dia ni ada kuasa apa tapi ada satu fight dia dengan Josuke macam gempak giler bila dia bawa bala tentera kecik untuk serang Josuke.

aku minat Masaki Okada dari drama Hanakimi, ni first time tengok dia berlakon jadi jahat memang best la lakonan dia dalam movie ni.


Koichi Hirose ni pula classmate Josuke yg baru pindah ke bandar ni. walaupun dia tak nampak Stand tapi dia tahu Josuke ada special power sebab dia ternampak something happen kat orang yg kutuk rambut Josuke.


Okuyasu pula adik kepada Keicho, memula tu dia memang jahat dan tak puas hati dengan Josuke tapi lepas Josuke selamatkan dia baru mamat ni insaf. kuasa Okuyasu ni boleh erase something dan cantumkan balik seperti asal.


watak Nana Komatsu dalam movie ni sangat misteri, tak tahu sama ada dia Stand user atau tak. bila tengok movie ni memang lupa langsung pasal kewujudan dia.


movie ini diadaptasi dari manga yg ditulis oleh Hiroshi Araki. memula tengok movie ni memang gelak je tengok style rambut memasing, kalau dalam manga maybe nampak cool kot tpi bile live action memang lawak. tengok rambut Josuke teringat Hanamichi dalam Slam Dunk.

for me, drama ni memang best dan dia dia punya cinematography sangat cantik. ditambah pula dengan pelakon yg aku minat semua ada dalam ni memang terbaik.

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Mangsa by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Mangsa
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka  Surat : 245
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : November 2012


SIPNOSIS:

MANGSA adalah sambungan kepada novel NGERI.

Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB.

Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka.

Detektif Hema masih obses dengan kes NGERI yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.

Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap...

Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?


REVIEW:

permulaan memang rasa  slow sikit plus tak nampak apa kaitan watak Nazwan & Natalia dan Hani & Jo dengan Ngeri tapi bila puzzle dah makin complete memang rasa menarik dan lebih saspen dari Ngeri. dari awal tertanya siapa pembunuh dia lepas tu baru paham bila tengok balik cover buku Mangsa sebab itu jawapan dia.

Review Novel | Lelaki Itu Dia by Aleeya Aneesa

Review Novel | Lelaki Itu Dia by Aleeya Aneesa
(PNM e-Reader)

Novel : Lelaki Itu Dia
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 640
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

"Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink."

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi Thaqif tak mahu gopoh, biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan?


REVIEW

Perkenalan antara Shana dan Thaqif sangat kelakar dan comel. mula tu aku tak berapa suka juga dengan Shana dah macam awat yg minah ni tergedik sangat kejar mamat ni tapi bila rahsia Shana terbongkar haru jadinya bila Thaqif pula paksa Shana untuk kahwin dengan dia. suka dengan watak Thaqif, watak hero yg tipikal dalam novel Aleya Aneesa.

aku suka isu kekeluargaan dalam novel ni. family Thaqif ni sangat rapat manakala Shana pula ada problem dengan ayah dan adik dia tapi air dicincang memang takkan putus, benci macam mana pun Haidar dengan Shana takkan nak tengok hidup darah daging sendiri musnah. bila baca part ni mata aku banyak masuk habuk sikit..hihi

sebenarnya watak Shana ni watak antagonis dalam novel Cintaku Bukan Murah (tak baca lagi novel ni) dan penulis kembangkan watak tu dalam novel Lelaki Itu Dia. interesting juga bila heroin ada masa lampau yg buruk tapi semua orang berhak untuk dapat peluang kedua kalau dia betul-betul insaf dan nak berubah.

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong

Review Novel | Ngeri by Gina Yap Lai Yoong
(PNM e-Reader)

Novel : Ngeri
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Muka Surat : 231
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : September 2011


SIPNOSIS

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka?


REVIEW

sebelum baca novel ni, aku fikir banyak kali juga nak baca sebab aku tak suka tengok cover dia yg penuh dengan warna merah tu tapi aku ignore benda tu dan try baca novel ni.

apa yg boleh cakap novel ni tak ngeri sangat tapi bila part bunuh tu seriusly memang mimpi ngeri yg aku tak nak imagine. dari awal lagi dah boleh teka siapa pembunuh dia tapi ada plot twist yg menarik dan ending dia tergantung. pastu aku pi godek-godek pasal novel ni rupanya ada kesinambungan lagi dari kisah ni.

Review Novel | Orkid Serena by Luna Adresia


Novel : Orkid Serena
Penulis : Luna Adresia
Muka Surat : 496
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Mac 2018

SIPNOSIS

Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta.

Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali.

"Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish

Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu?


REVIEW

sebuah novel yang menarik kerana watak Orkid Serena mempunyai dissociative identity disorder (DID) atau split personality. Orkid Serena, satu jasad tapi dua perwatakan yg berbeza, Orkid yg ceria dan senang didekati namun bila hujan muncul Serena yg terkurung dalam dunianya sendiri.

Badrish pula masih tercari-cari arah hidup dia. pertama kali bertemu Orkid, Badrish ternampak sesuatu yang istimewa dalam diri Orked yang orang lain tak pernah tahu. menarik juga apabila hanya Badrish saja yang tahu bagaimana untuk deal dengan Orkid dan Serena.

overall, sangat berbaloi beli novel Orked Serena sebab jalan ceritanya sangat menarik dan tak klise, suka apabila penulis cuba bawa kelainan dalam setiap novelnya.

Cross


Title : Cross
Director : Shin Yong Hwi
Writer : Choi Min Suk
Episodes : 16
Running Time : 60 minutes
Cast : Go Kyung Pyo, Cho Jae Hyun, Jeon Somin 


SIPNOSIS

Kang In-Kyu’s father was brutally murdered 13 years ago. To take revenge on those who are responsible for his father’s death, he becomes a doctor. Kang In-Kyu volunteers at a prison medical office where the murderer is imprisoned.


kisahnya Kang In-Kyu ni seorang doctor yg level dia dah sampai surgeon dan sikit lagi nak dapat specialist tapi dia decide untuk apply kerja di penjara. orang pun macam pelik juga bila top doktor tetiba nak apply kat situ. motif dia kerja di situ sebenarnya nak balas dendam pada pembunuh ayah dia.

kat situ agak intersting sebab dia guna kepakaran dia untuk balas dendam. sebagai seorang doktor In-kyu pun ada konflik bila mana dia tak setuju dengan konsep derma organ lepas apa yg dah terjadi pada ayah dan adik dia tapi naluri dia untuk selamat orang memang kuat.

isu utama drama ni pasal organ tranplant dan sindiket yg buat kerja ni secara haram dan In-Kyu ni pula selain nak balas dendam, dia pun nak siasat pasal sindiket haram ni.


konsep drama ni thriller medical tapi bagi aku tak cukup thriller dan jalan citer dia pun macam rapuh je dengan doktor yg tak ada etika dan bertindak ikut perasaan. kadang aku confius, In-kyu ni doktor ke detektif sebab dia buat everything alone, tak nak libatkan orang lain ataupun polis.

aku rasa dua episode last hmm not sure tapi lepas chief center Go mati, baru nampak drama ni berkembang cantik sikit. kalau nak tengok part jiwang-jiwang dalam drama ni sorila memang tak ada langsung dalam drama ni.

Review Novel | Pemusnah Hati by Siti Khadijah


Novel : Pemusnah Hati
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 762
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2017


SIPNOSIS

"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.


REVIEW

bagi aku permulaan novel ni memang best dan sangat saspen bila Aisy kena culik dan terbongkar identiti sebenar bapa Aisy dan muncul Qartal yg cuba melindungi Aisy. tang ni memang curious sangat dengan watak Qartal.

bila masuk part pertengahan aku dah start geram. tak tahu geram dengan Aisy yg keras kepala dan suka bertindak melulu or geram dengan Umar yg tak nak berterus terang. kadang stress juga bila pantang leka sikit ada je orang jahat yg cuba nak culik Aisy, time ni aku asyik tertanya why polis dalam novel ni tak main peranan.. hmmm.

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

 Title : Bpoop Phaeh Saniwaat
Another Title : Love Destiny
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Pope Thanawat, Bella Vanita, Punjan Kawin, Prang Kannarun

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

Bpoop Phaeh Saniwaat mengisahkan Karakade (Bella Vanita) yg bertunang dengan Por Date (Pope Thanawat) dan tinggal di rumah Por Date selepas ayahnya meninggal dunia. Semua penghuni dalam rumah itu termasuk Por Date tak suka dengan Karakade disebabkan perangainya yg terlalu sombong.

bapa Por Date nak kahwinkan mereka berdua kerana ayah mereka berkawan baik tapi Por Date lebih suka cari alasan untuk menangguhkan perkahwinan mereka sehingg hal ini menimbulkan kemarahan Karakade.

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

Karakade merasakan Por Date ada simpan perasaan pada Mae Ying Junward (Prang Kannarun) jadi dia buat rancangan untuk membunuh Mae Ying. malangnya rancangan tersebut gagal apabila Mae Ying berjaya diselamatkan manakala orang suruhan Mae Ying yg mati.

Por Date yakin yg semua ini kerja jahat Karakade lalu meminta bapanya untuk guna Moon Mantra yg mana jampi ini akan buat orang yg bersalah menderita dan terus mati. kiranya memang power Moon Mantra, dah Karakade ini yg buat kerja jahat tapi tak nak mengaku bila ditanya Por Date makanya dia yg menerima sumpahan Moon Mantra lalu meninggal dunia.

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

dalam kehidupan moden, Kadesurang (Bella Vanita) seorang archeologist yg sangat meminati sejarah Ayutthaya. pada malam terakhir di tapak projek, kawan Kadesurang ajak melawat tapak tersebut time malam buta. 

tak pasal malam tu, Kadesurang terjumpa hantu Karakade kemudianya Kadesurang ditimpa kemalangan jalan raya dengan kawan dia. kisah Kadesurang yg hidup di zaman moden terhenti di situ, masuk episode 14 baru tahu apa yg terjadi pada Kadesurang selepas kemalangan tersebut.

apabila Kadesurang tersedar tahu-tahu je dia dah berada dalam jasad Karakade, seorang gadis bangsawan di zaman Ayutthaya. dah tentu tiba-tiba sahaja perangai Karakade berubah sampai orang sekeliling pun pelik dengan perubahan tersebut. ada yg cakap Karakade jadi gila kesan daripada moon mantra tersebut.

hakikatnya bukan senang Kadesurang nak hidup sebagai Karakade bila semua orang dalam rumah tu benci sangat dengan Karakade tapi Kadesurang ni tak putus asa dengan tunjukkan kat semua orang yg Karakade dah berubah.

Review Lakorn: Bpoop Phaeh Saniwaat (Love Destiny)

Por Date dari awal memang benci dengan perangai Karakade sebab dia pernah nampak Karakade belasah orang suruhan. lepas kes moon mantra tu dia nampak perubahan pada Karakade dan mereka jadi makin rapat tapi bukan senang dia nak percaya yg Karakade dah berubah seratus peratus.

hubungan antara mereka dua jadi makin menarik bila ada satu insiden yg mana Por Date hampir mati lemas dan time tu Por Date nampak wajah sebenar Karakade iaitu Kadesurang. walaupun Karakade tak pernah dedahkan identiti dia tapi Por Date tahu yg Karakade baru ni orang lain so start dari sini Por Date mula percaya dan jatuh hati pada Karakade yg baru ni.


bila masuk period drama memang secara tak langsung akan relate dengan sejarah so drama ni bagus untuk orang yg nak tahu atau belajar sejarah zaman Ayuttaya. untuk aku pula bila masuk bab sejarah ni memang lemau la sikit lagipun heroin ni walaupun tahu banyak pasal kisah sejarah tapi dia tak cuba ubah apa-apa pun sebab tu aku rasa part ni tak penting sangat so aku banyak skip part politik untuk jimat masa.

ini first time aku tengok thai period drama (boran), bila dah tengok memang susah nak stop yg best lagi bila Pope dan Bella yg pegang watak utama omg their chemistry i really love it, sweet sangat. selain itu, kebanyakan watak dalam drama ni sangat best dan menghiburkan dan jalan cite pun tak klise macam lakorn lain.

Review Drama: A Love So Beautiful (2017)

Review Drama: A Love So Beautiful (2017)

Title : A Love So Beautiful
Episodes : 23
Running Time : 40 minutes
Cast : Shen Yue, Hue Yitian, Gao Zhiting, Wan Ziwei, Sun Ning

It starts off with high school classmates Chen Xiaoxi and Jiang Chen who are also neighbors. Xiao Xi, a cheerful girl who doesn't study much, is expressive about her admiration towards Jiang Chen, the popular guy known for his looks and high grades. Together with their fellow classmates the funny Lu Yang, athletic but loyal Jingjing, and cool swimming team member Wu Bo Song, they embark on high school life to universityuntil their adult life.

Review Drama: A Love So Beautiful (2017)

citer dia memang comel, sweet dan tak kusut sangat tapi biasalah drama cina mana ada pendek (tapi kan aku rasa ni drama cina yg paling pendek aku tengok) sebab kisah Xiaoxi dan Jiang Chen ni sampai Universti dan mereka kerja tapi citer dia  mostly lebih fokus time dorang sekolah tapi part yg paling best dalam drama ni time dorang sekolah.

selain kisah Xiaoxi dan Jiang Chen ada kisah geng mereka berlima walaupun dalam tu Jiang Chen takde la mesra sangat dengan member dia yg lain tapi dorang memang rapat.

Review Drama: A Love So Beautiful (2017)

the thing yg aku suka sangat pasal drama ni ialah hero dan heroin, tak tahu la maybe heroin dia pendek sangat or hero dia tinggi sangat tapi mereka dua ni memang nampak comel sangat. paling aku suka episode awal-awal la Xiaoxi tak putus asa dok kejar Jiang Chen tapi mamat ni tak layan langsung tapi last-last bila dorang sekelas baru Jiang Chen ni bagi response sikit.

Review Drama: A Love So Beautiful (2017)

honestly cakap kalau siapa yg suka tengok highschool drama maybe boleh suka kot dengan drama ni sebab aku yg tak berapa minat sangat nak tengok genre ni sekarang tapi still tersangkut dengan drama ni. citer dia pun santai, main cast dia comel dan boleh la juga gelak tengok perangai masing-masing.

Review Novel | The Unsung Hero by Melur Jelita


Novel : The Unsung Hero
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1156
Penerbit : KaryaSeni
Terbitan : September 2014

SIPNOSIS

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula...


REVIEW

Novelis Melur Jelita ni famous juga tapi aku tak pernah beli novel dia sebab kebanyakan novel dia tebal-tebal belaka so bila novel terlalu tebal bab nak melabur tu agak berat juga. novel ni aku baca di PNM e-Reader.

apa yg aku boleh cakap pasal novel, walaupun tebal penuh dengan isi yg bermanfaat seperti komando VAT69, madu lebah dan banyak lagi la benda yg sebelum ni aku tak pernah tahu pun. selain tu, watak-watak dalam novel ni pun agak menarik macam Mariam yg suka menimba ilmu tapi tak berpeluang nak sambung belajar, Irvan yg nakal tapi penuh dengan falsafah, babah dan chik ibu bapa yg memahami, bak dan bunda yg suka mengawal everything.

sebenarnya aku pernah baca novel Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak?. aku memang tak boleh nak habiskan novel tu atas banyak juga la alasan tapi sebab novel tu aku pinjam dari cousin so tak de la rasa membazir bila tak dapat habiskan. kalau nak compare antara dua novel ni memang aku prefer this one sebab The Unsung Hero..hihi