Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

Title : Look Mai Lai Sonthaya
Englist Title : Twilight Bond
Release Date : 13 August 2018
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Shaun Jindachote, Pimmy Pimprapa, Chanapon Satya, Jammie Panichadar, Toey Kanyakorn, Pimpan Chailakup

Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

Look Mai Lai Sonthaya sebuah drama romantik fantasi mengisahkan percintaan antara dua insan dari dua dunia yang berbeza.

alkisahnya dululunya, puak Uttarakuru dan Jambuvipa berperang kerana ketamakan manusia yang ingin menguasai segalanya. Hal ini menyebabkan puak Uttarakuru membuat keputusan untuk menutup pintu sempadan antara dua dunia ini. 

pintu masuk tersebut dijaga oleh keluarga Hem Hiran (Shaun). nak senang faham dalam bahasa kita, Uttarakuru ni macam dunia bunian dan Jambudvipa pula kaum manusia yang telah melalui  beberapa perubahan zaman.

Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

Duenpattra (Pimmy) yang menetap dan bekerja sebagai pereka fesyen di Amerika segera pulang ke Thailand apabila mendapat berita kematian neneknya.

benda yang dia jadi ralat bila orang cakap neneknya mati bunuh diri. hal ini menyebabkan Duen tekad untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi kepada neneknya walaupun orang sekelilingnya tak setuju dengan tindakannya. Duen tak sedar nyawanya dalam bahaya bila dia cuba menyiasat kematian neneknya, lebih parah ketua polis kat situ pun terlibat sekali.

Duen dapat tahu ramai yang berminat untuk membeli rumah pusaka neneknya. actually benda yang Duen tak tahu, rumah tersebut ada pintu masuk yang menghubungkan ke dunia Uttarakuru. Duen secara tak sengaja menemui kunci yang disimpan neneknya kemudiannya dia bertemu dengan Hem Hiran..

Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

Hem Hiran sebenarnya selalu perhatikan Duen dan dia tahu hidup Duen dalam bahaya sebab orang yg bunuh neneknya akan cari Duen balik. 

so Hem buat keputusan untuk tinggal bersama Duen di dunia manusia walaupun Hem tahu ada risikonya bila tinggal di dunia manusia terlalu lama tapi dia pun tak senang duduk juga bila Duen di keliling dengan orang jahat yang tunggu masa untuk bertindak.

Review Lakorn: Look Mai Lai Sonthaya (Twilight Bond)

dari awal drama sebenarnya dah boleh teka siapa mastermind walaupun ramai yang mempunyai niat jahat dengan Duen. 

kisah percintaan antara Duen dan Hem banyak halangan juga sebab mereka dari dunia yang berbeza tapi still happy ending la. bagi aku cerita dia menarik juga cuma agak terganggu sikit dengan cgi dia yg nampak fake sangat tu tapi kan cgi dalam drama thai memang tak pernah improve pun..hehe

Baca juga:

3 comments:

  1. lama sehhhh duration dia. sokmo skip kalau tengok ni. nak pulak kalau watak2 jahat memang buat kita menci betol nak layan. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama thai memang panjang duration dia dan memang wajib la selalu skip part tak suka..hihi

      Delete