Tombol Gear Rosak


Hai semua..

Alkisah hari ini tombol gear kereta rosak. bertahun ayah aku drive kereta tu ok je tapi baru beberapa bulan aku drive tetiba dia buat hal. nasib baik juga dia buat problem time aku nak keluar rumah, cuba kat tengah jalan mahu nangis kereta tak boleh gerak. mood down la kejap hari walaupun ayah aku tak cakap apa..

Drama Ogos 2019


Hai..
update drama untuk bulan ni..


Gank Your Heart


chinese drama tentang professsional gamer dan ada juga selitkan mengenai e-sport commentary. aku dah habis maraton cumanya sekarang tengah malas nak tulis review..hehe


When the Devil Calls Your Name


selepas drama Life On Mars,  Jung Kyungho dan Park Sungwoong bergabung lagi sekali dalam drama ni. suka gandingan mereka berdua sebelum ini, harapnya drama ni pun best juga.


The King's Avatar


tahun ni banyak chinese drama mengenai e-sport macam Go Go Squid, Gank Your Heart dan yg latest, The King's of Avatar. kalau tengok cgi dalam drama ni memang improve banyak kalau nak compare chinese drama sebelum ni. drama ni pasal gaming semata-mata tak tahu kalau ada selit cinta-cinta.


Hotel Del Luna


akhir sekali Hotel Del Luna, aku baru tengok episode, memang terbaik dan terpukau habis dengan cerita ni. paling suka tengok baju IU dalam drama ni, semuanya cantik giler. drama wajib tengok!

Angel's Last Mission: Love


Title : Angel's Last Mission: Love
Director : Lee Jung Sub
Screenwriter : Choi Yoon Kyo
Network : KBS
Episodes : 32
Duration : 30 minutes
Cast : Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, Gil Eun Hye,
Do Ji Won, Kim In Kwon, Jang Hyu Sung


SIPNOSIS

Lee Yeon Seo, is a cynical and arrogant ballerina. She is the prima ballerina, but after an accident she has to give up her dream. After her parent’s sudden death, she doesn’t trust anyone since there are a lot of people lurking around her and her inherited money. Because of her distrust and arrogance, she is unable to love anyone. 

Kim Dan is an optimistic, carefree angel who is always getting intotrouble. In order to return to heaven, he is tasked with a mission to find true love for the talented but emotionally distant ballerina


Angel's Last Mission: Love mengisahkan Lee Yeon Seo seorang ballerina yg sangat berbakat tapi dia melupakan kerjayanya kerana buta selepas satu insiden di pentas ditambah pula dengan kematian kedua ibu bapa, sikapnya berubah dah dia tidak percaya kepada sesiapa pun. yg untung keluarga dia kaya macam tak heran kalau dia nak buat perangai pecat maid kalau tak puas hati.

disebabkan harta keluarganya juga nyawa Lee Yeon Seo dalam bahaya dan dia telah ditimpa kemalangan jalan raya selepas balik daripada satu majlis. waktu itu Lee Yeon Seo berdoa supaya ada seseorang yg dapat menyelamatkannya.


Kim Dan seorang angel yg mana dia tak boleh masuk campur urusan manusia. kebetulan Kim Dan berada di tempat kejadian dan mendengar doa Lee Yeon Seo, dia menyelamat Lee Yeon Seo daripada maut. sebenarnya dia memang tak berniat pun nak tolong tapi ntah macam mana kesian boleh pula tertolong.

sekarang Kim Dan dalam masalah, dia dijatuhkan hukuman untuk jadi manusia biasa dan buat Lee Yeon Seo jatuh cinta dalam masa 100 hari ataupun dia sendiri yg akan hilang seperti abu. so berjayakah Kim Dan cari cinta sejati untuk Lee Yeon Seo?


Ji Kang Woo pula seorang director persembahan, watak dia agak misteri juga mula tu sebab cara dia macam dah lama kenal Lee Yeon Seo tapi tak tahu dia ni memang nak protect Lee Yeo Seo dari bahaya ataupun ada niat lain. lagi satu hal Ji Kangwoo ni macam terlalu obsess dengan Lee Yeon Seo sebab walaupun apa cara sekalipun dia mahu Lee Yeon Seo jadi ballerina utama dalam persembahan yg dia direct.


drama ni agak menghiburkan dan best juga awal-awal tu tapi  dah sampai separuh cerita aku dah start bosan sebab plot dia senang sangat nak teka dan aku dah boleh agak siapa pembunuh dia dari awal. ditambah pula bila watak Ji Kang Woo daripada chill dan relaks tertiba macam terlebih emo dan obsess dengan Lee Yeon Seo  dengan pacing yg slow rasa menganggu juga emosi aku.

tapi kalau korang suka drama fantasi pasal angel cubalah tengok Angel's Last Mission: Love cumanya drama ni tak kena dengan aku, ending dia pula nak bagitahu ke?? ok, tak nak la bagi spoiler just nak bagi hint ending dia something yg korang kena buat kesimpulan sendiri..hehe 😛

Movie | Extreme Job (2019)


Title : Extreme Job
Release Date : 23 January 2019
Country : South Korea
Director : Lee Byung Hun
Screenwriter : Bae Se Young
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Ryu Seung Ryong, Lee Honey, Jin Sun Gyu, Lee Dong Hwi, Gong Myung,
Kim Eui Sung, Heo Jun Seok, Song Young Kyu, Shin Ha Kyun

aku decide tengok movie ni lepas baca banyak review yg best, Extreme Job mengisahkan sekumpulan detektif yg menjalankan siasatan untuk satu kes, mereka melakukan penyamaran dengan menggunakan sebuah kedai ayam goreng. sebenarnya mereka tak plan pun nak berniaga tapi untuk mengelakkan rasa curiga pada penduduk setempat mereka menjual ayam goreng. siapa sangka ayam goreng mereka dapat sambutan luar biasa sampai tak menang tangan nak layan, yg tak boleh blah siap dapat tawaran masuk tv lg. so apa jadi dengan siasatan kes mereka.

overall, movie ni memang terbaik dengan scene yg dijangka dan gabungan pelakon yg mantap memang lawak habis, penat gelak je tengok movie ni dari awal sampai habis. walaupun team ni nampak macam teruk dan tak boleh perform tapi at the end siapa sangka kehebatan di sebalik diri masing-masing so dont jugde book by its cover.

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Drama : Kau Yang Pertama
Slot : Akasia TV3
Tayangan : 12 Ogos 2019
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Fikry Ibrahim, Farah Nabilah. Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Wan Sharmila,
Marisa Yasmin, Yusuf Bahrin, Elly Mazlein, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama

Farhan (Fikry Ibrahim) adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang menghasilkan rekaan fesyen wanita terkini. Permintaan terhadap rekaan pakaian dari butiknya sentiasa mendapat sambutan kerana dia menggunakan model/ duta pakaian yang merupakan seorang instafamous terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Ameera (Tasha Shilla). Ikatan pertunangannya dengan Ameera sentiasa mendapat perhatian netizen yang menggelarkan mereka sebagai #FaRame.

 Farhan dan Ameera sibuk dengan persiapan kahwin. Rose Natasya (Farah Nabilah) yang menjalani latihan pratikal sebagai pereka fesyen di butik milik Farhan berusaha untuk menempatkan dirinya diterima bekerja terus di butik tersebut bagi menyelesaikan masalah hutang arwah ayahnya.

Pada hari perkahwinan terbongkar rahsia Ameera yg mengandung, Farhan yg mengetahui berita tersebut berasa kecewa dengan tunangnya dan bertindak membatalkan perkahwinan mereka.

Dalam tempoh merawat luka di hati, Farhan semakin rapat dengan Rose. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia sudah dilamun cinta dengan Rose.

Meriah Big Stage 2019


tetiba macam excited pasal Big Stage walaupun aku bukan peminat setia Big Stage tapi tahun lepas ada juga tengok sikit. yg best pasal Big Stage ni suka pengacara dia iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad. gandingan Alif-Sherry memang mantap dan tak pernah bosan kalau tengok mereka berceloteh, untuk tahun ini pun mereka masih dikekalkan untuk mengacarakan program ini.


selain itu, Dato Sri Siti Nurhaliza masih dikekalkan sebagai juri tetap dan terbaru Cakra Khan dan Judika juga antara juri  Big Stage untuk tahun ini. suka sangat barisan juri, harapnya boleh dengar suara Cakra dan Judika bergabung lagi menyanyi dengan Siti Nurhaliza di Big Stage.


Big Stage adalah satu program realiti yg menampilkan barisan penyanyi baru popular ataupun dipanggil BBNU (Budak-budak Baru Nak Up). antara barisan peserta untuk tahun ini ialah Santesh, Irfan Haris, Andzrin, Kucaimars, Fieya Julia, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani dan Syada Amzah.

selain itu juga, pada musim kali ini terdapat sedikit kelainan dengan membuka penyertaan kepada artis luar negara antaranya Aziz Harun (Brunei), Han Byul (Korea Selatan), Chaleeda (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia). nampak meriah tak musim kedua Big Stage?

bagi aku yg menarik sebab ada Aziz Harun, selalu juga dengar lagu dia. selain itu ada Hanbyul yg join, agak terkejut juga bila Hanbyul sebab tahu dia ni daripada kumpulan LED Apple. yg uniknya pasal LED Apple berkonsepkan dance rock band, itu yg buat aku ingat pasal kumpulan ni dan ada satu lagu mereka yg aku suka, Time is Up.

Konsert Big Stage akan bersiaran pada setiap hari Ahad selama8 minggu jam 9.oo malam dan akan disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Nantikan 18 Ogos ini.

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Drama : Sweet Dreams
Slot : Astro Megadrama
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Didi Astillah, Nasz Sally, PU Azman

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Diadaptasi daripada novelis Acik Lana mengisahkan Putri yg mendapat gelaran 'minah clumsy' kerana selalu bernasib malang seperti terlanggar tiang, jatuh tergolek dan beberapa kejadian malang lain. namun, nasib Putri berubah dengan kemuncula seorang lelaki misteri yg sering menyelamatkannnya daripada ditimpa kejadian malang. Pelik, lelaki itu datang isyarat.

Qash Adam seorang pelukis yg mempunyai keistimewaan dapat melihat kejadian buruk yg akan berlaku melalui mimpi. bagi Qash, dia rasa terbeban dengan anugerah ini yg dianggap satu sumpahan buatnya hingga dia selesa mengasingkan diri daripada dunia luar.

Namun kemunculan wajah Putri dalam mimpi Qash menjadi persoalan sama ada dia perlu lupakan atau selamatkan gadis itu. apakah maksud tersirat di sebalik mimpi tersebut. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. 

Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Drama Korea | Voice 3 : City of Accomplices (2019)


Title : Voice 2 : City of Accomplices
Director : Nam Ki Hoon
Screenriter : Ma Jin Won
Network : OCN
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Hana, Lee Jin Wook, Son Eun Seo, Kim Woo Suk, Kwon Yool,
Kim Joongki, Song Boogun, Yoo Seung Mok


Drama bersiri Voice kembali lagi dengan musim ketiga, kesinambungan daripada musim kedua Kang Kwonjoo terselamat daripada letupan yg berlaku namun pendengarannya sedikit terjejas dan juga perlu menjalani proses rehab. manakala Do Kangwoo pula menghilangkan diri selepas insiden tersebut, kehilangannya menjadi tanda tanya pada ahli pasukan yg lain kerana mereka tidak menjumpai sebarang klu sama ada Kangwoo diculik ataupun sengaja menghilangkan diri.

selepas 8 bulan mereka mendapat maklumat, Kangwoo masuk ke Jepun secara haram dan kini ditahan polis Jepun kerana menjadi suspek utama pembunuhan seorang pelukis terkenal. Kangwoo dibebaskan selepas campur tangun Kwangjoo dan juga polis Korea namun kedatangan Golden Time Team ke Jepun tak mengembirakan Kangwoo pun kerana dia mahu berhenti daripada pasukan polis. selepas dipujuk Kangwoo bersetuju untuk stay lagi sebulan dalam pasukan tersebut untuk membantu siasatan.


pada musim ketiga selain menguruskan kes kecemasan yg dilaporkan di call centre mereka juga menyiasat kes berkaitan internet dark web dipanggil Auction Fibre yg menjalankan urusann jual beli anggota badan, snuff film dan juga benda terlarang lain untuk memenuhi permintaan pelanggan vvip mereka. macam yg diketahui dalam Voice 2 Bang Sejoo adalah pembunuh dan juga menguruskan Auction Fibre tapi dia bukan mastermind, ada orang lain lagi yg lebih psiko daripada Bang Sejoo

konflik kali ini banyak berkaitan Do Kangwoo seperti diketahui bapanya menjadi pembunuh kepada seorang kanak-kanak Jepun. kes ini menjadi besar juga pada masa itu dan mencetuskan kemarahan di kalangan golongan anti-Korea sebab itu Kangwoo menjadi sasaran pembunuh sebenar yg psiko.


Kangwoo ini menghidap antisocial personality problem tapi dia tak pernah berubat cuma bergantung pada dadah yg dia dapat secara haram. keadaan dia bertambah teruk lepas balik dari Jepun. so juga Kangwoo berperang dengan diri sendiri sebab takut wujud sisi jahat dalam diri dia lagi-lagi bila dia selalu blackout. sebelum keadaan bertambah teruk, Kangwoo cuba mencari pembunuh sebenar.


kalau dalam musim ke-2, Chief Na orang yg paling benci dan cuba singkirkan Kangwoo daripada pasukan polis. selepas salah faham antara mereka berjaya diselesaikan, dialah manusia yg paling concern pada Kangwoo. walaupun ada pihak yg cuba sabotaj Kangwoo tapi Chief Na percaya pada Kangwoo 100% dan Chief Na selalu jaga Kangwoo sebab dia tahu keadaan Kangwoo dah makin teruk. my favourite character untuk musim ini dan yg best juga suka tengok teamwork diorang sebab musim lepas macam huru hara sikit pasukan polis ni.

confius sebenarnya nak pilih musim mana yg best sebab semua aku suka tapi untuk Voice 3 lebih banyak main emosi maybe boleh nampak macam mana watak ni rely on each other so bila berlaku kejadian buruk kat salah seorang teammate diorang memang sedih sangat.


storyline untuk musim ni agak complicated sebab banyak sangat benda yg terjadi sampai aku struggle juga nak paham dari awal. tapi bila dah nampak pembunuh sebenar dan apa motif dia baru aku boleh faham dan nampak sikit keseluruhan cerita. yg pasti musim ketiga jenayah dia lebih kejam, lebih psiko. aku seriusly tak boleh hadam apa masalah pembunuh ni sampai nak kerat anggota badan tertentu untuk buat collection then mayat orang habis nak buat pameran seni, seriusly ada part rasa nak termuntah juga walaupun scene kejam dia dah blur dulu.



siri Voice antara thriller drama bersiri yg best untuk ditonton, aku rasa tak rugi pun follow drama ni dari first season. komen untuk musim ketiga lebih kejam, lebih psiko, lebih dan lebih mendebarkan.

Drama Apa Yang Best?


update drama terbaru yg tengah tengok, memang best layan.

Voice 3: City of Accomplices

first mission, nak habiskan drama Voice pada hujung minggu. currentyly dah tengok sampai episode 11 tapi tak boleh habiskan dalam masa dua hari sebab drama ni berat aku tak mampu nak maarathon sekali gus. 

jalan cerita Voice 3 dah jadi makin complicated, dah masuk episode 11 aku masih lagi tertanya-tanya siapa pembunuh sebenarnya sebab bila dah dapat tangkap suspek tapi ada lagi mastermind di sebalik dan di sebalik itu. ingatkan dah habis rupanya tak dapat lagi dalang sebenar, huh complicated betul! aku dah follow drama ni daripada first season lagi jadi dah tentu nak tahu pengakhirannya.

Go Go Squid!

sekarang ni aku terjebak dengan drama China, ada beberapa drama yg aku cuba untuk tengok tapi last-last terus drop sebab tak kena dengan jiwa. bukan tak best ada cerita yg best tapi agak slow dengan episode terlalu panjang dan ada juga yg terganggu dengan pelakon yg acting tak berapa best.

terbaru, aku tersangkut dengan drama China Go Go Squid!. kononnya nak habiskan Voice baru nak start tengok drama ni tapi lepas tertengok satu episod tak boleh nak stop sebab main couple ni comel sangat. basically drama ni pasal e-sport games.


itulah drama yg aku tengah tengok sekarang, sekarang ni so bila dah habis tengok nanti aku akan update di blog. ok bye~ ðŸ˜Ž

p/s: komen sikit k-drama apa yg ampa tengok sekarang atau current drama yg tengah best.