Voice 2 (2018)


Title : Voice 2
Episodes : 12
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Hana, Lee Jinwook, Kwon Yool, Son Eunseo


Drama Voice telah masuk musim ke-2 mengisahkan Kang Kwonjoo yg mempunyai kelebihan mendengar bunyi yg tidak dapat didengar oleh orang lain. Kwonjoo menggunakan kelebihan yg dia ada untuk membantu orang lain dengar menubuhkan Golden Time yg mana sebuah pasukan yg menyelesaikan kes kecemasan dengar kadar segera.

masuk musim ke-2, Golden Time Team dibawah pimpinan Kang Kwonjoo telah mendapat pengiktirafan kerana berjaya menyelesaikan banyak kes dengan pantas namun pasukan ini telah menjadi sasaran penjenayah, paling mengejutkan apabila ketua pasukan mereka iaitu Kapten Jang telah mati dibunuh di Poongsan. kali ini, pasukan Golden Time telah ditubuhkan di Poongsan, Kwangjooo mengambil kesempatan ini untuk mencari pembunuh tersebut dan bekerjasama dengan Do Kangwoo.


lead actor untuk season 2 dah bertukar kepada Lee JinWook yg memegang watak sebagai Do Kangwoo. Kangwoo adalah detektif di Poongsan Police Station tapi polis lain tak suka dia sebabnya dia dituduh membunuh partner dia tapi dilepaskan kerana tiada bukti yg kukuh.

walaupun banyak bad rumor pasal Kangwoo, Kang Kwonjoo tetap memilih untuk bekerjasama dengan Kangwoo kerana lelaki ini telah lama menyiasat kes yg berkaitan pembunuh Kapten Jang.


pembunuh untuk musim ni memang psycho+kejam habis, kalau korang nak tengok drama ni bertabah la untuk first episode nak mengadap scene yg kejam. satu benda tak tau nak puji ke apa, pembunuh ni sangat cerdik sebab dari awal dia dah plan everything sampai pihak polis pun tak perasan dan sibuk nak bergaduh sesama sendiri. kalau dari awal diorang fokus nak cari pembunuh tak ada la huru hara balai polis tu.


sebenarnya aku tak ingat sangat storyline yg first season tapi nasib cerita dia tak berkait sangat pun. musim ke-2 banyak kes jenayah ni melibatkan psychopath. sebenarnya aku suka isu yg dibawa dalam Voice 2 secara tak langsung dapat mendidik penonton contohnya macam kes scammer dan isu pedophilia.

Voice 2 sepatutnya ada 16 episodes tapi last minit diorang decide untuk buat sampai episode 12 je sebab ceritanya akan disambung ke musim ke-3 so aku sangat berharap diorang akan kekalkan Lee Hana pada musim seterusnya dan berharap juga la musim 3 ni tayang awal tahun sikit sebabnya takut lupa pula cerita dia.

9 comments: