Drama Korea | Familiar Wife (2018)


Title : Familiar Wife
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Jisung, Han Jimin, Kang Hanna, Jang Seungjo, Cha Hakyeon


Familiar Wife mengisahkan kehidupan rumah tangga Cha Joohyuk dan Seo Woojin yg telah memasuki tahun kelima. Joohyuk pekerja bank manakala Woojin pula bekerja di sebuah spa dan mereka mempunyai dua orang anak.

pada awal perkahwinan semuanya indah belaka namun bila masuk tahun kelima, banyak tekanan yg dihadapi Woojin dan Joohyuk sampai mereka selalu bergaduh. 

Joohyuk rasa Woojin dah banyak berubah, makin garang dan kurang mesra sampai satu tahap Joohyuk jadi makin takut dengan isterinya sendiri.


Suatu hari, Joohyuk dapat duit syiling yg boleh travel balik ke masa lalu. pada mulanya sukar untuk dipercayai dan Joohyuk ingat semua itu hanya mimpi. namun bila Joohyuk yakin boleh ubah takdir sendiri, dua guna peluang tersebut untuk mengubah masa lalunya.

bila boleh travel balik, apa yg Joohyuk buat ialah mengelak daripada bertembung dengan Woojin dan kejar balik cinta junior yg pernah diminatinya sewaktu zaman kolej dulu iaitu Lee Hyewon.


apabila Joohyuk bangun daripada tidur, semua bendah berubah termasuk isterinya iaitu Hyewon. rasanya inilah saat yg paling bahagia dalam hidup Joohyuk kot sebab tak payah nak deal dengan Woojin yg garang dah.

walaupun masih bekerja di bank yg sama tapi kehidupan Joohyuk totally daebak kerana Hyewon anak orang kaya so walaupun gaji tak seberapa tapi dia boleh hidup mewah disebabkan keluarga Hyewon.


paling kelakar bila Joohyuk bertemu semula dengan Woojin. kali ni memang tak boleh lari mana dah sebab Woojin ditukar ke cawangan bank Joohyuk bekerja. 

Woojin dah tak ada memori mengenai Joohyuk so bila berjumpa semula ibarat pertama kali Woojin bertemu dengan Joohyuk. tapi Joohyuk pula gelabah tak sudah dan buat macam-macam cara nak bagi Woojin stress dan bertukar ke tempat lain.

Seo Woojin kali ini sangat berbeza kalau nak dibandingkan masa dia jadi isteri Joohyuk dulu. Woojin yg sekarang ini adalah seorang yg sangat positif dan selalu tersenyum walaupun banyak masalah yg nak kena hadap. 

so, macam mana Joohyuk nak handle Woojin yg satu tempat kerja dengannya dan adakah Joohyuk betul-betul bahagia dengan keputusan yg dia buat itu?


bagi aku, Joohyuk sebenarnya agak selfish kerana selalu ambil jalan mudah dan lari daripada selesaikan masalah. Joohyuk juga tak pernah fikir perasaan orang lain terutamanya Woojin. bila ada peluang Joohyuk tak fikir panjang untuk mengubah takdirnya sendiri.

walaupun Joohyuk lagi tua daripada Woojin tapi Joohyuk langsung tak matang untuk handle masalah rumah tangganya. Joohyuk selalu beri alasan sibuk dengan kerja padahal Woojin pun kerja juga tapi Woojin terpaksa mengurus hal anak seorang diri.

bila isteri berubah kena salahkan diri sendiri juga sebab tak pernah alert dengan perasaan isteri yg stress nak buat semua benda. ini tahu merungut isteri garang tapi tak pernah Joohyuk fikir kenapa Woojin banyak berubah dalam masa lima tahun mereka berkahwin.


drama Familiar Wife ni sangat menarik dan pengajaran yg boleh diambil terutamanya untuk mereka yg sudah berkahwin supaya boleh lebih menghargai pasangan anda.

8 comments:

  1. hmmmm x smpt nak tgk lagiiiiii. i love jisung !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat jisung memang kena tengok la..hihi :P

      Delete
  2. dah tengok drama ni sampai episod 4 nanti nk sambung tgk lagi hehe

    ReplyDelete
  3. Tak tengok drama ni betul-betul. Tengok laju-laju je. Tapi nanti (bila tu tak tahulah) nak tengok betul-setul sebab as you said, banyak je scenes yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok laju juga cite ni sebab ada some part rasa macam slow sikit tapi banyak juga part yg best lagi-lagi tiga episode last tu..

      Delete
  4. tajuk cerita ni mcm lawak jer. hehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. ada Jisung.. Nak try tengoklah.. TQ Tiara..

    ReplyDelete