Movie | Bleach (2018)


Title : Bleach
Country : Japan
Year : 2018
Director : Sato Shinsuke
Duration : 1 hour 48 minutes
Cast : Fukushi Sota, Sugisaki Hana, Miyavi, Yoshizawa Ryo, 
Saotome Taichi, Koyanago Yo


Nak cakap aku peminat Bleach tak juga tapi aku rajin juga tengok anime dulu, Bleach pun pernah tengok tapi tak habis khatam. sebenarnya aku dah lupa cerita Bleach ni since dah berkurun tengok. yg aku ingat episode yg Ichigo kena serang dan dapat kuasa dari Rukia dan last tengok yg aku ingat episode Ichigo masuk ke soul society untuk selamatkan Rukia. 

dalam live action pula cerita dia ambil part Ichigo nak hapuskan Grand Fisher sebab dia dah deal dengan Byakuya, seriusly aku tak ingat langsung bahagian ni so the good thing bila tak ingat aku takde la nak terlalu compare live action dengan anime.


dalam anime, Bleach memang banyak fighting so tak hairan sangat kalau dalam movie banyak fokus pada fighting scene dan dan buat scene ni nampak gempak sebab tu kot content dia agak kurang dan jalan cerita dia banyak focus pada Ichigo. 

watak lain pula tak diberi perhatian sangat so memang curious la dengan watak lain, dah la aku lupa banyak sangat pasal anime sebabnya setiap watak dalam ni ada kisah dia juga, kalau yg betul follow maybe takde masalah sangat dengan watak lain.

tapi bagi aku bukan senang nak buat live action daripada anime yg berpuluh episode pastu nak sumbat everything dalam masa dua jam mana nak muat. walaupun storyline maybe tak perfect macam anime tapi still enjoy la tengok live action cuma aku tak sure diorang akan buat sequel ke tak sebab kalau tengok ending rasanya ada sambungan lagi.

Post a Comment

5 Comments

  1. asben aida layan bleach.
    peminat anime.
    aida? tukang support ajer...

    ReplyDelete
  2. wahh.. nampak menarik cerita ni :)

    ReplyDelete
  3. aaa da kua movie ke..suka tgk anime die dlu..kene cari ni

    ReplyDelete
  4. Fight action dia beat cuma cerita dia perlahan sangat..

    ReplyDelete