Movie | Our Times


Title : Our Times
Country : Taiwan
Year : 2015
Director : Frankie Chen
Duration : 130 minutes
Cast : Vivian Sung, Darren Wang, Dino Lee, Dewi Chien,
Joe Chen, Jerry Yan, Andy Lau


Our Times mengisahkan Lin Cheng-hsin seorang pekerja pejabat. bila mengenangkan balik hidup dia sekarang, Cheng-hsin rasa sedih sebabnya dia terlalu fokus pada kerja tapi company tak pernah nak hargai kerja dia dan hubungan dia dengan boyfriend pun tak ke mana. bila tengah layan perasaan dan dengar balik kaset lagu penyanyi kegemarannya Andy Lau, Cheng-hsin imbas balik memori waktu zaman sekolah dia dulu.


flashback ke zaman sekolah dulu, Cheng-hsin cuma pelajar biasa sahaja dan dia minat dengan pelajar paling popular yg bernama Ouyang Fei Fan. Suatu hari, Cheng-hsin dapat surat berantai dan jika dia abaikan surat tersebut konon benda buruk akan terjadi kepadanya. Untuk mengelakkan nasib malang, Cheng-hsin kirim surat berantai kepada orang lain, salah seorangnya Tsu Tai-yu iaitu ketua genster di sekolah dia sebabnya dia nampak Tsu Tai-yu bergaduh dengan Ouyang Fei Fan.


nasib malang menimpa Tsu Tai-yu yg sedang membaca surat berantai itu apabila dia dilanggar kereta. kejadian tersebut menimbulkan kemarahan geng Tai-yu dan mereka mencari orang yg menghantar surat berantai dan akhirnya dapat tangkap Cheng-hsin.

Cheng-hsin rasa sangat bersalah dan dia memang risau sangat sebab dah cari pasal dengan gengster kat sekolah tu. yg peliknya bila berjumpa Tai-yu, mamat ni tak ada nak marah atau balas dendam ke apa Tai-yu boleh je senyum dan cakap nak berkawan dengan Cheng-hsin. Cheng-hsin pun percaya je lah ingatkan Tai-yu memang nak kawan dengan dia tapi sebenarnya dia dah jadi orang suruhan Tai-yu dan asyik kena buli dengan Tai-yu.


bagi aku, kisah mengenai budak sekolah bukan storyline yg baru  dan fresh sangat tapi kalau tengok untuk menghiburkan hati sudah tentu rasa terhibur. dalam Our Times memang banyak scene yg aku terhibur dan buat aku gelak.yg bestnya suka tengok progress Tai-yu dan Cheng-hsin yg memula kesian Cheng-hsin asyik kena buli dengan Tai-yu tapi  makin lama makin kamcing sampai mereka buat plan nak ngorat crush masing-masing, last terbalik pula bila masing-masing ada perasaan sesama sendiri.

walaupun ada part yg sedih sikit tapi aku dah boleh agak pengakhiran filem ni. overall, Our Times memang sangat menghiburkan dan acting pelakon-pelakon muda dalam filem ni memang best bonus juga bila ada cameo Jerry Yan dan Andy Lau.

 A Little Thing Called Love

sampai pertengahan movie Our Times, tetiba aku teringat satu movie Thailand bertajuk A Little Thing Called Love, kisah pasal budak sekolah tapi jalan cerita beza sikit pasal heroin yg crush dengan senior dia so gigih la dia try mengorat senior, dari tak cantik dia buat macam-macam just nak tarik perhatian senior yg dia minat.

filem ni dah lama dan time ni memang aku minat sangat dengan Mario Maurer. kebetulan pula time tu dia tengah hot so banyak juga movie dia yg aku tengok tapi sekarang dah tak berapa minat sangat dengan dia..hihi tapi kat sini just nak cakap kalau korang suka layan Our Times atau high school movie try la tengok  A Little Thing Called Love.

7 comments:

  1. ada jugak suggest movie ni haritu tapi belum sempat tengok

    ReplyDelete
  2. One of my favs ni. Kalau tengok, mesti sengih habis.

    ReplyDelete
  3. ade tengok ehehe dala anak murid yang hasut cher tengok movie ni haih anak2 tu.. siap kasi dalam tdrive heheh..

    ReplyDelete
  4. Amboi hero dia haha. kemain. nanti nak tgk la. sebab tak pernah tgk lagi.

    ReplyDelete
  5. terbaek. nampak menarik cerita ni :)

    ReplyDelete
  6. Ala.. kurang dah tengok cerita cengginie.. kikiki.. dah tak berapa nak masuk..

    ReplyDelete