Title : Thirty But Seventeen / Still 17
Release Date : 23 July 2018
Episodes : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Shin Hyesun, Yang Sejong, Ahn Hyoseop, Ye Jiwon, Park Sieun, Yoon Chanyoung
Thirty But Seventeen mengisahkan Woo Seori, pelajar berusia 17 tahun yg pandai bermain violin dan Woo Seori akan menyambung pelajaran dalam bidang muzik di German tapi impiannya musnah apabila dia terlibat dalam kemalangan dan bangun dari koma 13 tahun kemudian.
selepas 13 tahun banyak benda yg berubah dalam hidup Seori, dia kini berusia 30 tahun tapi Seori masih terasa dirinya 17 tahun dan dia masih belajar untuk terima yg masa remajanya telah berlalu. selain itu, Seori berasa pelik juga apabila pak cik dan mak ciknya lansgsung tak melawatnya sejak dia sedar dari koma dan juga sepanjang tempoh dia buat rehab di hospital.
Seori ambil keputusan untuk balik ke rumahnya untuk berjumpa mak cik dan pak ciknya tapi berlaku sedikit salah faham antara Seori dengan tuan rumah sebab rumahnya telah dijual dan pemiliknya kini Gong Woo Jin yg tinggal dengan anak buahnya yg bernama Chan. Seori sedar yg dia hidupnya sekarang memang dah tak ada apa lagi dan terpaksa merempat tapi disebabkan Chan ni baik hati dan kesian dengan Seori, dia pujuk Woojin untuk benarkan Seori tinggal di situ.
Gong Woo Jin pula jenis tak mesra dengan orang dan dia suka buat hal sendiri tanpa ambil peduli hal yg berlaku sekelilingnya. bila Chan minta Seori tinggal dengan mereka memang dia tak setuju tapi lepas tu dia ubah fikiran dan benarkan Seori tinggal di situ dalam tempoh sebulan.
Woojin ni sebenarnya trauma dengan kejadian yg berlaku 13 tahun yg lepas yg mana niatnya nak tolong orang tapi menyebabkan kematian sampai kesudah dia asyik salahkan diri sendiri padahal sebelum tu Woojin ni jenis yg happy dan baik hati.
fact yg aku rasa comel sangat dalam drama ni ialah waktu zaman sekolah dulu Woojin ni minat pada Woo Seori tapi dia tak tahu nama budak perempuan yg dia minat kebetulan pula ada sekali tu Seori pakai baju sukan kawan dia then Woojin ingatkan nama Seori ni Noh Sumi, tengok pada nametag kat baju sukan tu dan sampai kesudah dia ingatkan nama Seori tu Noh Sumi.
sewaktu kemalangan yg menimpa Seori, Woojin naik bas yg sama dengan Seori tapi Woojin turun dulu.. tak sangka pula bas tersebut kemalangan, yg buat Woojin rasa bersalah sangat bila dia suruh Seori turun di perhentian seterusnya dan kalaulah mereka turun sekali mesti Seori tak terlibat dengan kemalangan tu. lagi satu hal yg Woojin salah faham ialah dia tengok berita dan nampak nama Noh Sumi dalam senarai mangsa yg maut dan kalaulah time tu dia tengok gambar Sumi takdelah dia hukum diri sendiri sampai 13 tahun.
walaupun bila tengok drama rasa macam slow lahai Woojin nak tahu siapa sebenarnya Woo Seori tapi sebenar rasa enjoy sangat tengok drama ni sebab watak lain yg ada seperti Chan dan kawan-kawan dia dan juga Jennifer memang buat jalan cerita jadi happening sangat, tambah lagi dengan chemistry antara Woojin dan Seori rasa macam wei awat comel sangat diorang ni.
lima episode yg terakhir antara episode yg aku suka sangat walaupun part banyak juga part sedih kat situ tapi seriusly best sangat sebab selama ni asyik dengar cerita dari belah Woojin tapi bila dengar kisah dari belahh Seori, pasal crescendo dia memang rasa sweet kot kisah Woojin-Seori ni. seriusly aku akan highly recommend sangat kalau korang mencari rom-com drama.
Betul! Betul! Betul! Drama ni sweet sangat! Rasa macam awwwwww je tiap kali tengok :D
ReplyDeletehaha..sweet terlebih. sedih pula bila drama ni dah habis..
Deletesweet but heroin turn off sikitla. hero okay dah tengok dia dalam citer apa tah yang jadi tukang masak tu. dah mula tengok tapi skip skip ngeh2..
ReplyDeletebagi saya heroin dia ok je maybe dah pernah tengok dia berlakon sebelum ni kot so tak rasa turn off pun dengan acting dia :)
DeleteCurrent fav drama ika selain Lovely Horribly :) Hee. Best and sweet hee.
ReplyDeleteIka datang singgah sini.
https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-haul-september.html
Lovely Horribly macam best juga. dah download tapi tak sempat lagi nak tengok..hihi
Deletenice jalan cerita.
ReplyDeleteberkenan nak tgk.
tapi tu la, jrg dpt layan k-drama.
terbaek :)
ReplyDeleteBest eh.. Nanti nak try tengok..
ReplyDelete