Pengalaman Pos Barang Dengan J&T Express


Assalamualaikum

sekarang ini terdapat banyak syarikat penghantaran yg terdapat di Malaysia dan ini bagi kelebihan juga kepada kita sebagai pengguna untuk memilih syarikat penghantaran.

walaupun aku jarang pos barang tapi kalau memerlukan aku untuk menggunakan perkhidmatan ini, aku lebih selesa menggunakan Pos Laju sebab tahu service mereka macam mana. jadi, ini pertama kali aku pos barang dengan menggunakan J&T express, itupun sebab adik aku yang minta aku guna J&T Express, iyelah ini pun barang dia juga dan lagi satu sebab dia cakap service mereka cepat dan pantas.

selalunya bila beli barang secara online, aku tak ada masalah sangat untuk terima barang melalui syarikat penghantaran ini tapi bila pos barang tertanya juga laju ke sebab aku banyak dengar complain yg tak sedap didengar dengan J&T Express. so aku nak kongsikan pengalaman aku yg pertama kali pos barang menggunakan perkhidmatan J&T Express.


Apa itu J&T Express?

J&T Express ialah sebuah syarikat penghantaran ekspress yg menggunakan teknologi yg maju dan moden dan beroperasi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja. antara kelebihan syarikat penghantaran ini juga ialah mereka beroperasi setiap hari dan menjanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk lokasi tertentu.


Pengalaman Pos Barang Dengan J&T Express.

aku pos barang di pejabat J&T yg terdekat dengan rumah aku. bila sampai di situ memang lenggang tak ada pelanggan. aku pun tak nampak kena ambil nombor ke apa jadi aku terus pergi ke kaunter dia dan beritahu staff tersebut yg aku nak pos barang.

urusannya memang senang dan mudah kerana tak perlu isi borang. kita cuma perlu beri maklumat pengirim dan juga maklumat penerima kepada staff yg bertugas. mereka akan teruskan masukkan maklumat yg di beri ke dalam sistem mereka. mudah kan? kemudian staff tersebut akan beri kita resit yg mempunyai tracking number atau airwaybill number

yg bestnya time aku pergi tu kosong, sekali pusing nak keluar dah beratur panjang orang kat belakang aku. ok lepas ni dah tahu kalau nak pos barang kat situ jangan pergi time lunch hour sebab aku pergi tu memang ngam-ngam sebelum pukul 12 tengahari.

seperti yg dijanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk semenanjung Malaysia, memang betul pun sampai dalam sehari, see 👇 tapi destinasi yg dituju belum nampak.


Review Service J&T Express

dari segi customer sevice, aku memang tak ada masalah kerana staff yg aku berurusan di pejabat pun ok dan pandai layan pelanggan. tapi masalahnya aku tak tahu bila barang aku akan sampai sebab bila track asyik pending kat situ. tak tahu berapa lama lagi mereka nak peram, dah masuk dua hari pun masih lagi belum sampai.

aku terpaksa telefon pejabat untuk tahu status barang aku dan apa yg dimaklumkan kepada aku, mereka tak cukup pekerja untuk uruskan barang yg banyak. sakit hati juga tapi aku malas nak marah staff tu sebab dia pun cakap dengan cara elok, kalau orang lain mahu kena maki sebab servis teruk macam ni.

bagi aku, syarikat penghantaran sekarang ini mana-mana pun semua sama je dan bergantung kepada kawasan juga untuk dapatkan perkhidmatan yg terbaik sebab kerja menghantar barang banyak menggunakan tenaga manusia. kalau sistem up to date pun tapi pekerja bermasalah memang tak ke mana. sepatutnya pihak J&T kena ambil tindakan dan perbaiki kekurangan mereka sebab tengok di internet pun, memang banyak aduan. takkan pelanggan masih lagi nak mengadap masalah sama setiap kali guna perkhidmatan mereka?

overall, nak kata aku serik guna J&T Express, ada la juga perasaan tu. tapi kat tempat aku ni memang tak ada masalah dengan terima barang dan pos barang di pejabat dia pun senang sahaja. cumanya lepas ni kalau nak pos barang aku kena survey dulu sama ada tempat yg yg nak dituju ada masalah atau tidak dengan courier ini.


so kesimpulannya, bila barang aku nak sampai?

**update : barang sampai selepas 6 hari**

19 comments:

  1. hehe... Kalau guna POS LAJU , Naim selalu pickup sendiri jika sampai pej pos laju berdekatan . Jika mereka x antaq huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan memang nak suruh pi amik sendiri je tapi adik tak boleh pickup barang dia sendiri.

      Delete
    2. Hantar guna perkhidmatan j&t... kalau barang kaca selalu pecah. Banyak rugi.

      Delete
  2. rumah saya kawasan kampung. selalu kalau barang poslaju atau j&T sampai, saya pergi pickup sendiri kat pejabat dia..huhu..mujur saya ni orng muda yg takde komitmen, kalau yg ada anak dan ada urusan kerja, mmg susahlah kena curi2 masa pergi ambik barang kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah saya kawasan kampung juga tapi jarang ada masalah dengan penghantaran barang ni

      Delete
  3. j&t kedah laju hahaha! kalau beli barang kat shopee mesti cari yang ada pos by j&t sebab sehari mesti sampai brg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..memang kena tengok kawasan juga, ada kawasan service dia ok ada yg tak :(

      Delete
  4. Kaella selalu jugak guna j&t. Lagi suka j&t sebab proces laju heehe

    ReplyDelete
  5. Have you ever buy anything from Aliexpress? Rasanya if you do, mau mengamuk setiap hari sebab kalau beli barang dekat aliexpress, hantaran dia ambil masa paling sekejap 3 minggu (or less tapi jarang nak dapat shipping laju macam tu) but normal punya shipping ambil masa sebulan. Paling lama 3 bulan. hahahahaha

    J&T ni kira power lah sebab sehari dah proses macam2. Cuma like you said, setengah tempat okay, setengah tu tak berapa.

    ReplyDelete
  6. kite tataula kenapa.. masih rasa Pos Laju the best. yang lain2 ni huurm ok juga tapi tahla hahaha..

    ReplyDelete
  7. hahahaha J&T memang bad service. Haritu sampai mengamuk baru nak dapat barang tu

    ReplyDelete
  8. Mana2 courier pun bergantung pada pekerja.. Kalau pekerja dia ok memang servis dia terbaiklah.. kalau pekerja tak okay, alamat jahanamlah courier tu.. kat Area sini J&T dgn Pos Laju okay..

    ReplyDelete
  9. jnt memang problem dekat certain tempat tapi dekat sini laju juga drp poslaju

    ReplyDelete
  10. yes. depends on ofis di cawangan dan staff.
    and cuaca kot.
    tak semua courier service skang laju sebagaimana di kata.
    ada hari, berhari-hari jugak menunggu!

    ReplyDelete
  11. Kena tgk tempat..kalau di Melaka..agak lambat dpt barang

    ReplyDelete
  12. My mom use J&T to post stuff from Malaysia to USA. It took 3 weeks! Not bad. ^^

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis. Saya tak pernah pos barang. Kalau saya nak pos mcm mana eh nak packaging kan barang yg saya nk pos tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pos barang besar ke kecil? boleh beli packaging bag dari diorang, kalau barang besar guna kotak sendiri pun boleh nanti timbang je. apapun boleh tanya kat j&t, saya pun jarang pos barang..hehe

      Delete
  14. j n t ni meme laju berbanding poslaju. ari tu seller pos kek dari teluk intan..esoknya dah sampai kat sy di tanah merah, kelantan..

    ReplyDelete