Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa (Astro)

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa (Astro)

Drama : Perempuan Tanpa Dosa
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar & Fazreen Farouuk
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 6 Oktober 2020
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Kamal Adli, Uqaisha Senrose, Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin

Drama Perempuan Tanpa Dosa mula bersiaran pada 6 Oktober 2020 bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan di slot Megadrama Astro Ria. Drama yg diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose dan ramai lagi pelakon hebat lain.


Drama Perempuan Tanpa Dosa mengisahkan Lily (Uqasha Senrose) adalah anak tunggal Dato Majid, selepas kematian ibunya Lily seperti menagih perhatian bapanya dan tidak faham kenapa bapanya benci pada dirinya. 

kerana kurang didikan agama dan terpengaruh dengan kehidupan bersosial Dato Majid, Lily melepaskan stress dengan berhibur di kelab malam dan pulang dalam keadaan mabuk.

Lily mempunyai teman lelaki bernama Eddie, tanpa Lily sedar mereka sudah terlanjur banyak kali sehingga Lily mengandung. malangnya Eddie tidak mahu bertanggungjawab. Dato Majid mengamuk bila tahu mengenai kandungan Lily dan cuba mencari lelaki untuk menjadi pak sanggup.

Uqasha Senrose Kamal Adli

Rizal (Kamal Adli) pula bekas pekerja Dato Majid tapi buat keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak gemar dengan kehidupan sosial majikannya. Rizal pulang ke kampung dan beritahu kepada ibunya yg dia sedang bercuti kerana tidak mahu ibunya mendesak Rizal mengusahakan tanah kebun arwah ayahnya.

ibu Rizal mahu menjodohkan Rizal dengan anak angkatnya, Usu Sakinah (Uyaina Arshad) yg tinggal dengan mereka sejak kecil lagi. Usu Sakinah seorang gadis yg lemah lembut dan tinggi didikan agama. dalam diam juga Usu turut menyimpan perasaan pada Rizal.

Rizal bersetuju untuk mengahwini Usu tapi tidak bersetuju bila ibunya menyuruh Rizal membawa Usu ke Kuala Lumpur selepas berkahwin. bagi Rizal, dia ada impian yg lebih besar dan mahu Usu terus menjaga ibunya yg kurang sihat. Rizal terkilan apabila ibunya meninggal pada malam tersebut tanpa sempat dia meminta maaf.

Uqasha Senrose Kamal Adli

Rizal kembali semula ke Kuala Lumpur dan bekerja semula dengan Dato Majid selepas mendapat tawaran yg lumayan. namun kemudiannya baru Rizal tahu Dato Majid mahu dia berkahwin dengan Lily dan Rizal menolak kerana dia sudah ada Usu Sakinah.

Rizal mahu pergi dari situ tapi dia tidak boleh tutup mata dengan masalah Lily yg masih desperate mengejar Eddie. pada masa yg sama, Rizal bengang bila tahu Dato Majid menghantar orang untuk mencederakan Usu Sakinah.

nak tahu apa yg terjadi seterusnya boleh tonton episod seterus Perempuan Tanpa Dosa di Astro Ria dan Astro Go.

8 comments:

  1. i suka uqasha, sbb dia cantik.. but for me lakonan dia so-so

    ReplyDelete
  2. Pelakon hebat semua. Tapi,, kalo xda geng tak tengok juga drama melayu ni. Haha

    ReplyDelete
  3. Nak tengok drama ni nanti sebab suka dengan Kamal Adli & Uqasha hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jangan lupa buat review full episode..hehe

      Delete
  4. suka tengok lakonan Kamal Adli.. Tapi babak Kamal Adli marah mak dia tu menyentap perasaan.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ni fikir untuk anak, anak dia pula fikir untuk mak last boleh gaduh besar. sedih bila rizal balik rumah tengok mak dia dah takde, tak sempat nak minta maaf..huhu

      Delete