Drama Seram Tak Seram (TV3)


Drama : Seram Tak Seram
Produksi : Narfalia Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Thorpe Ali
Penulis Skrip : Jeladin Jamal
Siaran : TV3
Episod : 13
Masa : Isnin-Khamis | 10.30 Malam
Pelakon : Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetheart, Nasz Sally, Qasem Nor, Zarul Umrella

Drama Seram Tak Seram sebuah drama komedi seram yang pernah ditayangkan di TV9 dan kini ditayangkan semula di TV3, setiap isnin hingga khamis jam 10.30 malam.

Seram Tak Seram mengisahkan Sheikh Tahlul (Jiggy Masin) yang menjual semua barang antik miliknya kepada pembeli. Antara barangam yang dijual oleh Sheikh Tahlul ialah kereta, lampu suluh, telefon, radio, topeng, pedang, anak patung dan cincin, dan setiap barangan tersebut mempunyai kisah misteri yang tersendiri.


SINOPSIS DRAMA SERAM TAK SERAM

EPISOD 1
Ah Meng seorang pembeli dan penjual kereta antik dan ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil. Pelbagai cara dilakukan Ah Meng untuk mendapat persetujuan daripada Kamil, Ah Meng kemudian tersedar seperti ada satu misteri pada kereta tersebut.

EPISOD 2
Dr Sofia tidak percaya pada perkara misteri, suatu hari Dr Sofea diberitahu telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya.

EPISOD 3
Khatijah merupakan cucu kesayangan dan telah dihadiahkan telefon mainan daripada neneknya. tidak lama selepas itu neneknya meninggal dunia dan ibu bapa Khatijah terdengar seperti Khatijah berbual dengan seseorang melalui telefon mainan tersebut.

EPISOD 4
Azhar seorang penuntut seni silat dan tok gurunya berpesan supaya Azhar bertapa di dalam sebuah gua jika mahu lebih mendalami ilmu silat. Sewaktu bertapa, Azhar diganggu makhluk misteri yang memegang sebilah pedang.

EPISOD 5
Bunga yang datang dari alam bunian meminta bantuan Khalid untuk menyelamatkan perkampungannya. namun kehadiran Khalid tidak disenangi oleh bunian bernama Dalan.

Post a Comment

3 Comments

  1. nak layan tapi takut ada banyak entiti seram... macam lah drma malaysian ghost storie tuh... tak berani nengok udahla penakut

    ReplyDelete
  2. seram pulak nak tengok, takut tak seram. hahah

    ReplyDelete
  3. eh tak tau cerita ni..nak kena tengok ni

    ReplyDelete