Drama Hasrat Tersirat (Astro Prima)


Drama : Hasrat Tersirat
Pengarah : Nasir Kamsan, Shannon Berkett, Azroy Sultan
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 10 September 2021
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 20
Pelakon : Rahimah Yusoff, Abdullah Ahmad, Azhar Norlesta, Shaquille Daniel, Fatin Amira, Fir Rahman, Izzat Yusof, Farhana M Noor

Hasrat Tersirat merupakan drama Singapura kedua yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima selepas drama Siapa Jaga Mak. Hasrat Tersirat memaparkan konflik sebuah keluarga kaya yang mana harta arwah bapanya telah diberikan kepada keluarga.


Apabila Hamzah (Abdullah Ahmad) selaku ketua keluarga meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah. isterinya Aisyah (Rahimah Yusoff) menghadapi masalah harta pusaka apabila dituntut anak tirinya

Aisyah melawan semuanya sendiri dan cuba menjaga nama baik arwah suaminya. Dapatkah keluarga ini diselamatkan? Tonton kesemuanya dalam drama Hasrat Tersirat bermula 10 September 2021 di Astro Prima.

1 comment:

  1. tak best betul bila keluarga porak-peranda sebab harta ni padahal harta boleh dicari, keluarga bukannya ada galang ganti.

    ReplyDelete