Novel | Poison Genius Consort

Hai, ini bukan first time aku baca chinese novel, sebelum ini pun ada juga baca semuanya kerana pengaruh drama..hehe

Poison Genius Consort adalah novel yg diadaptasi untuk drama Legend of Han Yunxi (boleh baca review drama di sini). aku baca novel dia sebab tak puas hati sikit dengan ending drama dan bila baca novel dia sebenarnya sangat berbeza dengan jalan cerita drama dan watak yg ada dalam novel juga walaupun nama sama dengan drama tapi peranan mereka sebenarnya sangat berbeza daripada novel.

waktu memula baca novel ni, aku tak tahu berapa banyak chapter yg ada semuanya, ingatkan pendek sahaja sebab kalau dibandingkan chinese novel yg aku baca sebelum chapter dia lebih pendek daripada drama sekali check tak sangka, 1000 CHAPTER WEI!!!! terus jadi stress, time tu terus fikir patut ke aku stop atau teruskan.. 

sekarang ni pun aku dah baca hampir chapter 200 maybe lepas ni aku akan baca slowly ataupun stop je kalau malas. moral of story lain kali check dulu details buku tu sebelum baca 😑


Novel : Poison Consort Genius
Penulis : Jie Mo

SYNOPSIS

Easily cowed and bullied, she was the useless, ugly woman with no talent in medical skills. Supported by millions, he was Tianning’s most respected duke with the power to move all under Heaven. On their wedding day the bridal sedan was carried to the front doors, but the Duke of Qin’s gates were shut tight.

They told her, ‘Come back tomorrow.’

All alone, she walked step-by-step full of pride through the duke’s doors. Little could they imagine, this unattractive good-for-nothing was a beautiful, genius doctor of poisons!

After transmigrating to the past, poisons expert Han Yunxi finds herself on the verge of being married off to the country’s second most powerful man, the Duke of Qin. Her future life seems set–except her husband is an unfeeling ice block, her in-laws think she’s a eyesore, the empress dowager wants to use her for her own goals, and poison-related plots abound.

Alone, the intelligent (and sensible) Yunxi must carve her own space from the intricate web of court intrigue and the jianghu, relying on her words, wits, and wisdom to survive. Adapt when necessary, use force when required; to survive and thrive is the name of the game to a prosperous life.

No matter what, she’ll prove her right to live!

Review Novel | Ali Alauddin by Rose Harissa


Novel : Ali Alauddin
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 303
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Julai 2019

Ali Alauddin ialah kisah kahwin paksa antara Ali dan Barizah, bagi aku apabila penulisnya ialah Rose Harissa kisah kahwin paksanya bukan kisah biasa-biasa..hehe

kisahnya mengenai Ali Alauddin yg menetap di luar negara hampir 10 tahun, lepas habis belajar terus kerja dan terus masih di sana. yg sebenarnya Ali tunggu kekasih hatinya iaitu Jana habis belajar baru dia akan pulang ke Malaysia. tapi siapa sangka Jana yg dikenalinya makin berubah, daripada muslimah solehah bertukar imej yg lebih moden dan feminis sampaikan emak Ali pun dikutuknya. akhirnya Ali tekad pulang ke Malaysia dan menerima jodoh pilihan keluarganya.

selepas Ali berkahwin dengan Barizah, ada cabaran yg juga apabila Barizah sebenarnya masih tidak dapat melupakan tunangnya Fateh, secara senyap Barizah membuat protes terhadapnya. Ali percaya dengan adanya restu keluarga, urusan rumah tangga mereka akan dipermudahkan.

bila baca buku Rose Harissa ni tak sah la kalau tak jatuh cinta dengan hero dia..hehe watak Ali Alauddin aishh sangatlah gentleman dan sweet. geram dengan cara Jana  layan Ali tapi padan muka juga pada Jana sebab dia tak tahu siapa sebenarnya Ali. kalau nak tahu Ali berhenti kerja arkitek di London untuk fokus pada urban sketching, dia punya income bila balik Malaysia pergghh jutawan tapi nasiblah Jana tak tahu dan nasib jugalah Barizah jenis tak kisah dengan harta benda.

overall, novel Ali Alauddin sebuah kisah yg menarik dan santai untuk dibaca tapi yg tak best buku ni nipis rasa macam tak puas pula..hehe

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Sakit Tekak, Hilang Suara.


Hai, Assalamualaikum..

dua tiga hari ni feeling tak best sikit disebabkan sakit tekak, yg buat aku stress bila suara pun hilang, susah betul nak communicate dengan orang..huhu

sakit tekak ni dah nak dekat seminggu tapi tak ada effect suara sebab itu aku malas nak pergi jumpa doktor tapi bila semalam suara tetiba makin serak, pagi ni pula suara aku tak keluar pastu rasa macam nak demam juga terus la tengah hari pergi jumpa doktor.

doktor cakap ada jangkitan kat peti suara sebab itu effect suara. harapnya esok makin bertambah baik sakit tekak ni.

mak aku suruh minum air asam jawa tapi seriusly tak suka minum air ni..huhu

Drama China | Well Intended Love (2019)

Well Intended Love (2019)

Title : Well Intended Love
Episode : 20
Duration : 45 minutes
Cast : Xu Kai Cheng, Simona Wang, Ian Yi, Huang Qi Shuo,  Liu Jia Xi, Yan Hou Ming

banyak positif review yang aku baca mengenai drama ni so try lah tengok first episode. tapi awal-awal lagi tak suka heroin punya acting tapi memandang tak tahu nak tengok citer apa sekarang ni so aku decide untuk tengok balik.


Well Intended Love mengisahkan Xia Lin yang disahkan menghidap leukemia dan berita ni sangat mengganggu dirinya apabila dia baru sahaja nak memulakan kerjaya sebagai pelakon. Dia ada harapan untuk sembuh jika menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum malangnya penderma yang sesuai menukar fikiran di saat akhir. jadinya Xia Lin buat rancangan untuk berjumpa sendiri dengan penderma tersebut iaitu Ling Yi Zhou seorang CEO of Ling Group.

Ling Yi Zhou seorang businessman sudah tentu dia takkan buat benda yg tak bagi keuntungan untuk dirinya. puas juga Xia Lin merayu last sekali Yizhou setuju juga dengan syarat Xia Lin setuju untuk berkahwin dengan dia. selepas berfikir panjang Xia Lin bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Yi Zhou.

selepas berkahwin Xia Lin cuma anggap perkahwinan mereka cuma sementara sahaja dan mahu dirahsia sebab Xia Lin tak mahu guna status dia sebagai isteri CEO untuk dapat job dalam dunia lakonan. lain pula dengan Yi Zhou bila nampak dia sangat serius dalam perkahwinan mereka dan tak nampak macam dia berpura-pura mesra depan orang. bila tengok sampai episod 6, aku agak yg Yi Zhou ni sebenarnya dah suka Xia Lin dari awal lagi sebab aku tak nampak alasan yg kukuh kenapa Yi Zhou terdesak sangat untuk berkahwin.


**SPOILER** 

Yi Zhou sebenarnya pernah terjumpa Xia Lin dua tahun yg lalu dan dia jatuh cinta dengan kebaikan Xia Lin walaupun Xia Lin tak ingat langsung pada dia. disebabkan mamat ni kaya, dia upah orang untuk siasat Xia Lin. sampai semua benda yg terjadi pada Xia Lin macam leukemia tu cuma plan Yi Zhou supaya at the end Xia Lin akan datang sendiri cari dia.

memula rasa macam sweet la juga bila tahu Yizhou dah lama suka pada Xia Lin tapi lepas tu aku rasa creepy la pula, cuba bayangkan hidup kau yg kau rasa aman selama ni sebenarnya tanpa sedar kau kena stalk dengan orang yg tak kenal. menakutkan walaupun niat tu baik tapi still la benda yg Yi Zhou buat tu bukan contoh yg bagus untuk ditunjukkan dalam drama. 


untuk 20 episode sepatutnya drama ni jadi romantic-comedy yg ringan tapi penulis ni sumbat banyak benda sampai cerita ni jadi carca merba. banyak benda klise yg boleh jumpa dalam drama ni macam amnesia, fake death, kena culik dan muncul watak jahat yg entah dari mana nak balas dendam. serabut betul tengok drama ni.

ikutkan hati bila sampai kes Yi Zhou kena amnesia tu, aku nak drop je tengok drama ni tapi disebabkan curious pasal Yi Zhou dan nak tahu ending itu yg bertahan juga, nasib baik 20 episod je. 

Novel | Shhh... Rahsia by T SEA


Novel : Shhh... Rahsia
Penulis : Tsea
Helaian : 304
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2018

buku yg ditulis oleh Tsea ni sangat menarik, penuh dengan rahsia. kalau korang rasa tak mampu nak simpan baik jangan baca buku ni 😛

mengisahkan Rosie seorang penulis buku bestseller bertajuk Secret dan bukunya juga telah  diadaptasi menjadi filem, sayang Rosie lagi selesa merahsiakan identitinya daripada diketahui umum.

Iris pula housemate yg juga merangkap bestfriend Rosie, Iris tahu siapa penulis Secret dan dari mana Rosie mendapat ilham untuk menulis buku tersebut tapi dia setia menyimpan rahsia Rosie dengan baik. 

di office Iris pula, Jenal begitu setia memuja bos pujaan hatinya iaitu Diana. apa yg budak pejabat tak tahu, Diana dan Iris ialah kawan baik waktu zaman uni dulu.

muncul Dani dari team production filem Secret yg cuba mencari dan membongkar identiti Rosie. adakah Dani dapat menjejak Rosie?

pendek cakap semua watak ini ada rahsia mereka sendiri dan ada kejutan yg mereka akan bagi. penat tau baca buku ni sebab banyak sangat rahsia nak kena simpan. ending dia agak psiko juga bila ada satu lagi rahsia belum terbongkar so siapa yg dah baca buku ni kenalah simpan rahsia tu..hehe

Shhh.. Rahsia..

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Proposal Cinta Selamanya by Rose Harissa


Novel : Proposal Cinta Selamanya
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 597
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : April 2015

Proposal Cinta Selamanya mengisahkan Amyra bekerja sebagai Eksekutif Jualan, ingatkan lepas teman lelakinya, Haidar tamat degree terus nak kahwin tapi dapat pula kejutan yg Haidar nak memutuskan hubungan mereka, bercinta selama tujuh tahun tetiba bagi alasan tak sekufu. perghh memang hampeh lelaki macam ni. malas nak kecewa lama-lama, Amyra tak nak pikir soal cinta lagi dan dia pasang impian untuk kumpul duit kemudia buat bisnes sendiri. dalam pada sibuk bekerja, dia bertemu dengan dua jejaka ganteng.

calon pertama: Zaim Armani Tan Sri Jailani
seorang arkitek yg ada syarikat sendiri. dari segi rupa memang perfect tapi perangai agak kerek dan annoying, makin lama kenal banyak sisi baik Zaim yg dapat lihat tambahan lagi keluarga Zaim juga jenis yg merendah diri dan tak menyombong walaupun ada pangkat tan sri puan sri.

calon kedua: Leonarda Raden Ryszard
seorang tukang kayu yg ada bisnes sendiri. Leo berdarah kacukan jawa-jerman dan yg ni spesis rare sebab selalu berbau wangi. kalau Zaim jenis yg open, Leo pula agak misteri buat kita nak tahu siapa dia sebenarnya. yg aku suka pasal Leo ialah dia sangat pentingkan agama, selalu tegur Amyra bab solat, bab pakaian. nampak tak aku bias suka siapa..haha

pendek cakap watak Zaim dan Leo ini, dua-dua sama hebat dua-dua ada kelebihan dan kekurang masing-masing. Amyra pula jenis yg sempoi, kedua-duanya boleh dibuat kawan tapi bila melibatkan perasaan, dia sendiri juga keliru untuk memilih. siapa pilihan Amyra? semua itu terserah pada jodoh mereka.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Drama : Setelah Ku Dimiliki
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
Slot : Akasia TV3
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2019
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Diadaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry mengisahkan Sarafia yg memulakan kehidupan baru di Rumah Azirah. Selama dua tahun menetap di situ, Sarafia tidak dapat melupakan lelaki yg telah memusnahkan kehidupannya dan kini lelaki itu muncul kembali. Sarafia pelik bila lelaki tersebut tidak mengenali dirinya.

Azriq yg tersedar dari koma tidak dapat mengingati masa lalunya. Azriq bertemu Sarafia di Rumah Azira dan hairan dengan sikap Sarafia yg begitu dingin dengan dirinya.

Rumah Azirah sebenarnya milik keluarga Azriq dan Azriq membuat keputusan untuk membantu ayahnya menguruskan rumah jagaan tersebut. Azriq cuba mengenali setiap penghuni di situ malangnya Sarafia sering mengelak daripadanya.

Azriq tertanya adakah mereka pernah bertemu sebelum ini dan berlaku sesuatu yg menyebabkan tingkah laku Sarafia begitu dingin terhadap dirinya?