Sinopsis Dua Takdir Cinta (Astro)

Dua Takdir Cinta (Astro)

Slot Tiara Astro Prima kembali dengan drama terbaru yg akan mula bersiaran pada 7 Januari 2020 bagi mengantikan drama Suri Katriana. Dua Takdir Cinta mempunyai 65 episod dan dibarisi barisan pelakon mantap seperi Fasha Sandha, Azar Azmi, Zamarul Hisham, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Dua Takdir Cinta mengisahkan kehidupan dua beradik iaitu Marina dan Sabrina yg dijaga oleh makcik mereka dan terjadi satu peristiwa yg menyebabkan mereka terpisah hampir 20 tahun. kini Mariana dan Sabrina mempunyai kehidupan sendiri.

Mariana sudah berkahwin dengan Mustapha dan mereka mempunyai dua anak lelaki iaitu Iskandar dan Mikael. Mustapha pula mempunyai syarikat pengangkutan sendiri yg semakin stabil dan maju, kini kedua-dua anaknya turut membantu Mustapha dalam perniagaan keluarga. selepas melihat perniagaan suaminya kukuh dan anak-anaknya telah besar, Mariana merasakan sudah tiba masanya dia fokus mencari adiknya yg telah terpisah lama.

namun rancangan Mariana menjadi kucar kacir apabila Mustapha diperas ugut oleh gangster kawasan yg meminta duit pelindungan. satu hal lagi yg Mariana tidak tahu ialah Mustapha dalam diam telah berkahwin lagi.

Sabrina bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Ismail dan dia mahu berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian pada studio tariannya yg baru dibuka tetapi Tuan Ismail tidak mengizinkannnya. Ismail mempunyai dua orang anak dan sedih apabila memikirkan anaknya cuma mahukan hartanya. Ismail membuat keputusan untuk berkahwin dengan Sabrina sebagai cara untuk mengajar anak-anaknya yg pentingkan diri sendiri.

selepas berkahwin, Sabrina terpaksa mengadap anak Ismail yg tidak pernah suka dengan dirinya yg pernah bekerja sebagai orang gaji di rumah mereka. lagi memburukkan keadaan apabila Rizal, bekas kekasihnya mengugut Sabrina supaya bercerai dengan Tuan Ismail.

drama ni ada dua cerita iaitu kisah Mariana dan juga kisah Sabrina. antara dua ini, kisah Sabrina dan Tuan Ismail lagi menarik perhatian aku kerana lakonan Azar Azmi memang best dan watak dia dalama drama ni jenis yg sempoi dan kalut sikit. setakat nak mengadap dua anak tiri dia memang bukan masalah besar. lagi satu Sabrina berkahwin dengan Tuan Ismail bukan sebab harta tapi nak menjaga Tuan Ismail. Mariana pula semakin banyak masalah yg timbul dalam keluarganya apabila dia memulakan misi untuk mencari adiknya. berjayakah Mariana menjejaki Sabrina?

Telefilem | Cinta Elevator (2018)

Cinta Elevator

Telefilem : Cinta Elevator
Produksi : Celebrate TV Sdn Bhd
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Tayangan : 24 November 2018
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, 
Marsha Milan, Mustaqim Mohamed, Hefny Sahad, Dian P Ramlee

Cinta Elevator

Cinta Elevator mengisahkan Adam (Beto Kusyairy) dan Evana (Jasmine Suraya) bergaduh gara-gara berebut parking kereta. Adam dan Evana bekerja di bangunan yg sama berbeza tingkat jadi mereka sering sahaja terjumpa di dalam lif dan bertikam lidah.

suatu hari, Adam dan Evana terperangkap di dalam lif, dari situ mereka boleh bersembang baik dan buat keputusan untuk terus berkawan.

Cinta Elevator

Adam sebenarnya tak percaya pada perempuan selepas ibunya tinggalkan Adam dan ayahnya. Adam mewarisi bakat seni daripada ayahnya tapi memilih untuk menjadi graphic designer.

Evana pula tak pernah serius dalam bercinta dan selalu try & error dalam memilih pasangan. satu perangai Evana dia suka letak nama semua bekas teman lelaki pada setiap pokoknya.

walaupun banyak perbezaan, Adam dan Evana saling belajar dan memahami dunia masing-masing. dari situ wujud keserasian antara mereka.

Cinta Elevator

Evana mahu membawa Adam berjumpa keluarga tapi mak Evana nak jodohkan Evana dengan Piere (Hefny Sahad) yg setaraf keluarga mereka. bagi mak Evana, Adam tak mempunyai masa depan yg cerah nak dibandingkan Piere yg mempunyai syarikat sendiri. apa pula pilihan Evana?

jalan cerita yg simple sahaja tentang kisah cinta dua insan yg bermula di elevator. yg penting gandingan Beto dan Jasmine sangat serasi.

Telefilem | Kak Kek Baru Nak Up (2020)

Kak Kek Baru Nak Up

Telefilem : Kak Kek Baru Nak Up
Produksi : U2 Media Sdn Bhd
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Azreen Said
Tayangan : 27 Disember 2020
Siaran : Astro Ria
Pelakon : Catriona Ross, Mark Adam, Yusuf Bahrin

Kak Kek Baru Nak Up

Kak Kek Baru Nak Up mengisahkan Kathy (Catriona Ross) yg diberhentikan kerja selepas PKP. Kathy malu juga nak bertanyakan kawan-kawannya tentang kerja kosong lalu mengambil upah melipat kotak makanan. 

Danny (Mark Adam) yg tahu Kathy dalam kesusahan menyuruh Kathy pulang ke kampung kerana Danny mampu menyara hidup mereka berdua dengan kerja yg dia lakuka sekarang.

Danny dan Kathy ni sebenarnya kembar yg berasal dari Kelatan. memula macam pelik juga bila aku tahu mereka ni kembar, iyelah boleh ke Mark Adam nak kecek kelate tu  tapi Danny cakap dia dah lama merantau bila balik Kelantan dah tak reti nak cakap Kelantan. 

masalahnya Kathy kecek kelate pun dia tak faham. adoi layan je lah perangai Mark Adam jadi orang kelantan celup dalam telemovie ni..haha

Kak Kek Baru Nak Up

Danny pun menerima nasib sama diberhentikan kerja kerana PKP tapi dia tak putus asa disitu dengan menjadi chef di rumah dan menjual makanan dari rumah. Danny juga ada membuat food review di instagram miliknya.

Danny mengajak Kathy membuat kerja review manalah tahu ada rezeki di situ. sebagai permulaan Danny menyuruh Kathy membuat tutorial tudung sementara mengumpul follower. tak sangka ramai yg suka melihat gelagat Kathy yg tak perasaan dirinya dirakam ketika bersembang dengan Danny dengan tudung yg senget.

sejak itu Kathy menggunakan nama Kak Kek dengan imej bertudung senget dan membuat food review dengan menggunakan loghat kelantan. semakin hari makin bertambah peminat Kak Kek kerana suka dengan review jujurnya dan imej yg unik.

Kak Kek Baru Nak Up

Imran bekas juruterbang yg menjadi runner selepas diberhentikan kerja. Imran berkawan baik dengan Danny dan terkejut bila dapat tahu Danny ada kembar. Imran jatuh hati pada Kathy walaupun ada jarak umur antara mereka dan Kathy sangat garang dengannya.

atas permintaan Danny, Imran membantu Kathy dengan kerja review mereka dan juga sangat rajin mempromosi Kak Kek dan juga mencari pelanggan baru.

Kak Kek Baru Nak Up

pernah tengok Catriona berlakon citer komedi waktu dia tengah hot jadi heroin dulu tapi sekarang dah terbiasa tengok dia berlakon watak mak-mak. ok je lakonan Catriona sebagai Kak Kek tapi kalau tak ada Mark Adam memang krik krik la telefilem ni.

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Telefilem : Angkara Dendam
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Tayangan : 2 Januari 2021
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Amerul Affendi, Elizad Sharifuddin, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor

Angkara Dendam

Angkara Dendam mengisahkan Din yg mahu membalas dendam pada keluarganya sendiri selepas mereka membuangnya jauh selama 20 tahun.

Din dan Izz adalah kembar seiras yg mempunyai perangai jauh berbeza. Din sering sahaja dipukul dan dimarahi oleh babanya, Dato Borhan kerana dikatakan berperangai pelik. kerana percaya perkara tahyul oleh seorang bomoh, Borhan bertindak membuang Din dengan menyuruh orang suruhannya Lesti menghapuskan Din.

Din tidak dibunuh tetapi didera mental dan fizikal oleh Lesti selama 20 tahun tersebut dan dipaksa membuat kerja berat dan dilayan seperti kucing kurap demi sesuap nasi.

Review Telefilem: Angkara Dendam (2021)

Din semakin taksub dengan dendamnya lagi-lagi apabila melihat Izz gembira dengan kehidupannya. Din bertindak menculik Izz lalu menggantikan tempat Izz untuk masuk dalam keluarganya demi membalas dendam pada orang yg telah menyebabkan hidupnya terseksa.

moral of story, bila diri dah terlalu dikuasai dendam, memang dah tak nampak mana yg betul atau salah. tapi asbab kepada perkara ni sebenarnya dari Borhan sendiri yg terlalu percaya perkara tahyul dan khurafat sampai sanggup buang anak sendiri.

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Telefilem : Koboi & Vampire
Produksi : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Tayangan : 26 November 2020
Siaran : Astro Boo
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha,  Didie Alias, Imuda, D'Boy Hamdan, Melissa Saila

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

Koboi & Vampire mengisahkan Masmona (Siti Saleha)  yg menjadi  kegilaan lelaki negeri koboi Rimpon Rippol tapi Masmona jatuh hati pada Budiboy (Khir Rahman) seorang penyanyi yg baik hati tapi lurus bendul.

Maskona (Didie Alias) terpaksa bersetuju dengan pilihan cucunya walaupun dia tak berkenan sangat dengan perangai lurus bendul Budiboy tu. Maskona telah menyiapkan persiapan perkahwinan Masmona dalam masa terdekat. dah tentulah Budiboy gembira menjadi lelaki pilihan Masmona.

ramailah lelaki yg kecewa bila dapat tahu Masmona bakal berkahwin dengan Budiboy. ada juga yg tak puas hati macam Sunny Boy (D'Boy Hamdan) membuat cerita buruk mengenai Masmona dengan harapan Budiboy akan terpengaruh.

Review Telefilem: Koboi & Vampire (2020)

tak habis dengan itu, Jessy Man (Imuda) pun ada hati pada Masmona dan tak puas bila anaknya yg dipilih. Jessy Man pura-pura sakit supaya Budiboy jatuh kesian lalu mengikut arahannya pergi meminang Masmona bagi pihak Jessy Man.

disebabkan perangai lelaki makin tak terkawal Maskona membuat keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan Masmona. tapi tak banyak membantu bila fitnah terhadap Masmona makin tak terkawal.

bak kata Maskona, Budiboy punya bongok ni bertingkat-tingkat. Budiboy mula percaya dengan cerita Sunny Boy dan Jessy Man yg kononnya Masmona dan Maskona tu keturunan vampire dan tahi lalat yg ada di muka mereka itu adalah pakunya.

Koboi & Vampire

Masmona bosan bila Budiboy kerap kali bertanya mengenai tahi lalat di muka lalu merelakan diri menyuruh Budiboy mencabutnya. namun siapa sangka tindakan tersebut telah menyebabkan Masmona dan Maskona mati.

Budiboy sedar dengan kekhilafan diri yg terpedaya dengan fitnah orang dan hiduplah dalam duka mengenangkan isterinya yg telah tiada.

Maskona yg tidak puas hati dengan kematian mereka berdua bertukar menjadi vampire lalu menghantui manusia yg telah menyebarkan fitnah. Masmona pula setia menemani suaminya walaupun Budiboy tidak lagi dapat melihat dirinya.

Koboi & Vampire

konsep telemovie Koboi & Vampire ni agak menarik juga berlatarkan suasana koboi walaupun rumah masing-masing rumah melayu. Khir Rahman macam biasa sangat kelakar bawa watak Budiboy dan ada beberapa watak lain juga yg kelakar. tapi kelemahan telefilem ni memang nampak pada jalan ceritanya.

tertanya juga adakah tahi lalat Maskona dan Masmona tu sumpahan sebab tak faham kenapa Maskona boleh mati sekali dengan Masmona. kaum lelaki yg kena kacau dengan Maskona pun habis muka penuh dengan tahi lalat, adakah itu satu sumpahan juga?

watak Melissa Saila langsung tak ada function dalam cite ni tapi sibuk nak highlight juga. senang sangat kerja sherif asyik menembak orang sahaja  tapi awat bila Sunny Boy sakan buat fitnah tak pula ditembak. kalau setakat buat watak untuk melawat kawasan baik bagi extra je pegang watak tu.

setahu akulah Astro Boo ni channel citer seram tapi tak tahu kenapa telemovie ni tayang kat situ sebab tang mana yg seram pun tak tahu.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Telefilem : Mohon Hantuan
Produksi : Dream At Work
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penulis Skrip : Shaza Taib
Tayangan : 19 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Saharul Ridzwan, Riena Diena, Azar Azmi, 
Jay Iswazir, Tajuddin Bakar, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Zalif Sidek

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Mohon Hantuan mengisahkan penulis novel Akim (Saharul Ridzwan) yg mahu membuktikan kepada ayahnya yg dia mampu berjaya dalam bidang ini. Akim menyewa sebuah bilik di sebuah resort selama 3 bulan untuk memberi tumpuan penuh menyiapkan manuskrip novelnya. 

baru semalam duduk di bilik tersebut, teruk Akim kena kacau dengan penghuni ghaib di situ. Akim sendiri tertanya bagaimana dia boleh melihat hantu secara tiba-tiba.

Akim cuba abaikan gangguan daripada hantu bernama Suraya (Azar Azmi) tapi makin lama makin annoying pula. rupa-rupanya hantu ni cuba meminta bantuan daripada Akim sebagai balasan Suraya akan bagi story baik punya untuk novel Akim.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

Lela (Riena Diena) yg bekerja di bahagian house keeping di resort tersebut risau juga dengan Akim yg menghuni bilik tersebut sebab dia selalu kena kacau dengan teruk tiap kali membersihkan bilik tersebut. masalahnya tak ada siapa pun percaya cakap Riena yg bilik tersebut berhantu.

Lela lega bila Akim baik-baik sahaja dan mengejutkan bila tahu yg Akim berkawan baik dengan hantu-hantu tu semua. Lela selesa berkawan dengan Akim dan bawa Akim ke tempat yg boleh memberi ilham untuk menulis.

Akim bengang bila dapat tahu ada orang viralkan video dia bercakap seorang diri macam orang giler rupanya ada yg tak puas hati melihat dia berada di situ. Akim menyuruh Suraya mengacau orang yg telah viralkan video dia.

Review Telefilem: Mohon Hantuan (2020)

bila tengok trailer Mohon Hantuan ni teringat filem Indonesia bertajuk Ghost Writer tapi nasib baik bukan Suraya yg menulis tapi cuma bagi ilham pada Akim untuk menulis dengan usahanya sendiri.

Mohon Hantuan genrenya lebih kepada komedi. hantu dia pun cantik rupa manusia takde solekan khas pun so tak payah nak feeling seram atau meremang sangat. telefilem yg santai dan sesuai untuk hiburan keluarga.

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Telefilem : Bercinta Dengan Jin
Produksi : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Tayangan : 26 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Shahiran

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

Bercinta Dengan Jin mengisahkan Maya (Uyaina Arshad) penulis skrip filem yg mendapat kerja untuk menemu bual Haji Zamani. Maya teruja menerima tawaran tersebut kerana kebetulan arwah nenek juga berasal dari sana.

Maya mempunyai kelebihan boleh melihat jin dan makhluk halus sejak kecil lagi sampaikan Maya tak dapat nak bezakan antara manusia dan makhluk lain. hal ini selalu membuatkan Maya takut.

Izwan (Raja Shahiran) selaku tunang selalu menasihatkan Maya supaya jangan menghiraukan sangat benda tersebut menyebabkan Maya merasakan Izwan memperlekehkan kelebihan tersebut.

Hari pertama menjejakkan kaki ke kampung tersebut, Maya berkenalan dengan Cikgu Haikal (Yusuf Bahrin). Hubungan mereka semakin rapat selepas Haikal menolong Maya dalam satu insiden. Maya perasan yg penduduk kampung macam tidak senang melihat keakrabannya dengan Haikal.

Review: Bercinta Dengan Jin (2020)

semakin lama Maya mula jatuh cinta dengan Haikal kerana merasakan Haikal lebih memahami dirinya dan percaya dengan kelebihannya yg boleh melihat benda ghaib. Izwan pula merasakan Maya semakin pelik setiap kali dia menelefon. Izwan membuat keputusan untuk pergi ke kampung tersebut untuk menyelamatkan Maya.

Persoalannya siapa Haikal sebenarnya? nak tahu jawapan kena tengoklah sampai ke habis.

satu je aku tertanya, Maya ni memang tak perasaan ke Haikal asyik pakai baju yg sama sahaja setiap hari setiap masa. kenapa Maya tak pernah terfikir nak tanya pasal diri Haikal, kat mana dia tinggal. bercinta punya pasal sampai orang kampung nak tanya khabar pun kena marah. 

sepatutnya Maya fikir juga apa yg dia nak buat dengan kelebihan yg dia supaya masalah macam  ni tak berlaku lagi. takkan setiap masa nak harapkan Izwan jadi hero penyelamat. dahlaa benda tu pun mengikut balik..