Drama Korea | Tell Me What You Saw (2020)


Title : Tell Me What You Saw
Episode : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Jang Hyuk, Choi Sooyoung, Jin Seoyun, Jang Hyunsung


Drama Tell Me What You Saw mengisahkan Cha Sooyoung seorang anggota polis di kawasan kampung yg bercita-cita untuk masuk dalam RIU (Regional Investigation Unit) tapi sudah hampir 3 kali gagal dalam ujian kelayakan. nak tunggu naik pangkat berjanggut jugalah sebab kawasan kampung mana ada kes besar sangat. tujuan utama dia nak masuk RIU adalah untuk mencari pembunuh kes langgar lari ibunya.

suatu hari, berlaku pembunuhan di kampung tersebut dan Sooyoung yg menjadi anggota pertama sampai di tempat kejadian. Sooyong cuba mengambil gambar sebagai bahan bukti kerana takut bukti akan terhapus disebabkan hujan lebat tapi malang tak berbau bila dia tergelincir dan rosakkan tempat kejadian.

bila dah jadi macam tu terpaksa tahan telinga kena marah. Sooyoung ni ada kelebihan yg mana setiap benda yg dia lihat dia boleh ingat secara details. Sooyoung cuba ceritakan benda yg dia lihat dan phone dia buat hal tapi orang atas ignore je Sooyong.


Hwang Hwayoung pula team leader dari RIU yg datang untuk mengambil kes tersebut, dia pun bengang juga bila tengok bukti semua rosak tapi dia cuba dengar juga apa yg Sooyoung nampak. kebetulan mereka dah dapat ambil gambar dari phone Sooyoung semua orang tercenggang bila benda yg Sooyoung cerita dan lukis sebiji macam dalam gambar. so Hwayoung rekrut Sooyoung masuk dalam RIU.

Hwayoung sebenarnya sedang siasat kes yg berlaku lima tahun lepas melibatkan The Guy pembunuh dalam kes Peppermint Murder. dalam diam juga Hwayoung bekerjasama dengan Oh Hyun Jae dan Sooyoung pula dibawa masuk kerana kelebihan yg dia ada bagi membantu siasatan kes tersebut.


Oh Hyunjae seorang profiler terkenal dan menghilang diri lima tahun lepas selepas kematian tunangnya. Hyunjae boleh tahan psiko juga sebab orang ingat dia dah mati tapi dia tengah susun plan untuk perangkap The Guy.

The Guy ni sangat misteri sebab polis sendiri tak dapat kesan identiti dia sebab langsung tak tinggal bukti atau cap cari. kes ni jadi gempar juga sebab The Guy dah bunuh ramai orang so media mula mempersoalkan kecekapan pihak polis dalam menguruskan kes ni. kemuncaknya bila The Guy culik tunang Hyunjae dan letupkan tempat kejadian dan polis telah mengeluarkan statement yg The Guy sudah mati.

selepas lima tahun, Hwayoung cuba kaitkan kes pembunuhan di kawasan Sooyoung dengan The Guy berdasarkan bukti yg dia jumpa tapi pihak polis tak nak terima, iyelah mereka dah cakap The Guy mati tetiba muncul balik mahu tak takut kena hentam dengan pihak media nanti.

dari awal lagi excited juga nak tahu siapa The Guy, sampai ke sudah aku tak dapat teka. pandai sungguh pembunuh ni bersembunyi. setiap kes yg berlaku menarik juga sebab nak tahu juga apa kaitan dengan The Guy ni. itu part yg best la. 


tapi bila dah masuk episode 13, aku dah start nak maki semua orang dalam drama ni. first, teamwork diorang fail teruk. masing-masing sibuk buat hal sendiri dan siasat pun nak sembunyi tak nak orang lain tahu. polis dalam ni semua ada motif dan rahsia sendiri so sorang pun tak boleh percaya dalam drama ni. sebab tu sampai ke sudah tak boleh tangkap The Guy sebab pembunuh lagi cerdik daripada polis.

Hyunjae orang pertama yg dapat tahu identiti The Guy sebab pembunuh ni masuk perangkap dia tapi benda yg paling bodoh sekali bila dia tak bagitahu sesiapa pun. aku tak tahu mamat ni jenis yg selfish ke psiko ke, kononnya dia rasa macam hebat sangat sebab teori dia semua betul. so dia nak tengok kepandaian pihak polis pula untuk selesaikan sendiri misteri ni. disebabkan benda ni juga ada pengawai polis yg menjadi mangsa.  Hwayoung pun satu hal juga sama juga perangai macam Hyunjae. 

sebenarnya drama ni best tapi itulah penulis sendiri yg rosakkan jalan cerita di hujung bukan pelakon. seriusly empat episode yg last tu memang aku tak suka, disaster habis. 

12 comments:

  1. sayangnya cerita dah best macam ni spoil di penghujung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..geram betul kat penghujung jadi macam tu,

      Delete
  2. best ke cerita ni.. tak pernah tengok, biasa kalau tgok cerita korea jd mengantuk.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Huih macam best, kena masuk list ni hehe

    ReplyDelete
  4. Geram dan stress bila polis lelaki tu mati.. Padahal boleh je elakkan polis lelaki tu dari mati kalau diorang didedahkan siapa pembunuh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. start polis tu mati la, kita sakit hati betul dgn watak hyunjae ni.

      Delete
  5. eh eh macam best pulak ni..kita memang suka kalo cerita crime thriller camni...nak cari lerr...marathon sempena pkp..haha

    ReplyDelete
  6. Betul. Sebelum tu ok sangat 😒

    ReplyDelete
  7. Dah tengok citer nie rasanya sampai espisod 3 tapi bila sampai tgh-tgh citer, cam complicated pulak citernya. Terus tak tengok haha

    ReplyDelete
  8. ada JangHyuk la !! hehe suka dia. hero berusia sikit tapi hot. ikut genre tak minat sangat tapi tengokla maybe tengok sbb JangHyuk ke hehe..

    ReplyDelete
  9. Geram juga bila tengok cerita ni. Memang masing-masing pun pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete