Movie | Ghost Writer (2019)


Title : Ghost Writer
Country : Indonesia
Director : Bene Dion Rajagukguk
Release Date : 4 Jun 2019
Duration : 97 minutes
Cast : Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Asmara Abigail,
Endy Arfian, Slamet Raharjo


Naya seorang penulis novel yg sedang mengalami writer block. Novel pertamanya mencapai  jualan bestseller namun selepas tiga tahun Naya masih tidak dapat menerbitkan novel baru apabila ideanya selalu ditolak oleh penerbit.

Naya masih bergantung pada royalti novel pertamanya untuk menyara kehidupan dan membiaya persekolahan adiknya Darto. Mereka berpindah ke rumah baru yg sewanya sangat murah dan Darto mempertikai juga kenapa rumah banglo yg besar ni boleh dapat sewa murah.


Mereka dah mula diganggu sejak hari pertama berpindah ke situ, Darto yg penakut mula tak senang duduk dan ajak kakaknya pindah dari situ tapi si Naya berkeras juga cakap tak ada apa yg berlaku. Naya terpaksa ignore apa yg adik dia cakap dan bertahan tinggal di situ sebab dia tak ada duit nak sewa rumah lain.

Naya ni sebenarnya ego, pacarnya Vino nak bagi pinjam duit untuk cari rumah lain dan Vino juga ada carikan Naya kerja sebagai penulis majalah tapi Naya tolak dengan alasan dia boleh berdikari dan tidak perlukan bantuan orang lain. 


Suatu hari, Naya terjumpa diari di atas syiling biliknya dan berhasrat untuk menjadikan kisah dalam diari tersebut sebagai novelnya. teruk juga Darto kena kacau sebab Naya ambil diari tersebut tanpa minta izin. kemudian Naya buat keputusan untuk bersemuka dan berbincang secara terus dengan hantu tersebut.

diari itu sebenarnya kepunyaan Galih, pemilik asal rumah tersebut yg mati bunuh diri. walapun pada awalnya dia menolak tapi akhirnya Galih setuju dengan idea Naya. tanpa pengetahuan Darto dan Vino, Naya menulis novel baru dengan bantuan Galih.


sepanjang proses menulis tersebut, hubungan Naya dan Galih semakin rapat dan mereka berjaya menyiapkan novel tersebut dalam masa yg ditetapkan.

tapi lain pula yg berlaku apabila Naya dan Darto diganggu hebat oleh hantu lain yg tidak mahu cerita Galih diterbitkan. apa kaitan hantu perempuan ini dengan Galih kena cari sendiri la dalam movie ni.


permulaan movie Ghost Writer ni pada aku sangat bagus, elemen mistik digarap baik untuk buat kita rasa seram dan tak senang duduk tapi ceritanya lebih santai bila Galih dan Naya bergabung untuk menulis. banyak dialog dalam movie ni yg kelakar tapi paling terhibur scene Darto dengan kawan baiknya Billy. 

apa yg aku komen momentum dalam movie tak begitu konsisten terutama sekali di pertengahan movie, ada scene yg menarik tapi ada juga scene yg sepatutnya kelakar tapi rasa macam lemau sangat. pun begitu ending Ghost Writer sangat menarik dengan mesej dan elemen kekeluargaan yg diselitkan di penghujung cerita.

10 comments:

  1. Cerita hantu indonesia memang menyeramkan walaupun ada comedy

    ReplyDelete
  2. tak minat sgt movie indon so tak nak tgk yg ni hahaha. thnk you for the review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..terima kasih juga sudi baca review di sini..hehe

      Delete
  3. Derita skrg Makin mengecewakan harap2 cite Ni ok

    ReplyDelete
  4. Nampak best je. salu dok nampak kat iflix cuma tak sempat tengok lagi. Jemput datang ke blog saya https://shalmilanadya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Uish.. Macam menarik tapi seram pula..

    ReplyDelete
  6. dah lama tak tengok movie indon... might try this one first.. great review !

    ReplyDelete
  7. nampak iklan movie ni tahun lepas masa tengok wayang...tapi tak sempat nak menonton movienya...

    ReplyDelete