Kembali ke Fasa PKP


Kembali ke Fasa PKP PKPD Pentadbiran

semalam bila tahu kena Kota Setar kena PKPD tak terkejut sangat sebab dah banyak kluster yg wujud di Kedah.  Daerah Kota Setar saja dah ada 83 kes covid-19 yg sedang aktif daripada Kluster Sungai dah Kluster Telaga.

bagi aku sebagai anak jati, risau juga sebab bukan semua orang patuh dengan SOP ni. yes i know waktu PKP dulu pun ramai terkesan tak dapat keluar cari rezeki tapi wabak ni bukan boleh pandang ringan. sebelum merebak dengan lebih luas lebih baik mencegah dan mengawal dulu supaya tidak wujud lagi kluster baru.

gambar kredit: Syish Adam

bila tahu kena PKPD, benda yg aku terfikir time tu beli barang. aduh menyesal pula sebab sehari sebelum tu lagi nak pergi beli barang sebab banyak barang rumah kena restock. kalau dulu aku selalu follow my parent pergi beli barang. lepas mak keluar hospital, memang dia tak keluar dah beli barang dapur so aku jadi malas juga sebab takde geng nak shopping..hahaha

semalam pergi juga beli barang tapi aku malas nak drive time sesak dah la bab parking ni fail so tumpang abang yg nak beli barang rumah dia juga. dari rumah nak ke tesco jalan tak sesak sangat tapi jalan nak keluar Alor Setar memang jem teruk la sebab ramai nak keluar dari Alor Setar sebelum tengah malam.

orang start shopping pukul 3 petang, bila pergi time maghrib tu redha je la sebab barang basah banyak habis. sayur licin, bawang dan tomato tinggal yg buruk je, cili kering pun tinggal yg super pedas buat naya je kalau nak beli. besok lusa kena keluar juga jawapnya. takpun minta ayah tolong beli barang dapur..hehe


time shopping tak sesak sangat cuma kat kaunter bayaran kena beratur panjang tapi tak tunggu lama sangat sebab tak ada kes panic buying.

untuk dua minggu ni bolehlah kita start balik aktiviti waktu PKP dulu. harapnya kes di Kedah dapat dikawal dalam masa dua minggu ni dan tak berlanjutan macam dulu. #StayAtHome #StaySafe

14 comments:

  1. Allahu take care Tiara & family.. Jemput join my GA http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. Aduh tiara affected ya dengan pkpd, semoga dipermudahkan urusan tiara ya <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu daerah kena pkpd. effect juga la kak syaz..hehe

      Delete
  3. La.satu negeri naim la. haha. stay safe sis. Naim dok kubang pasu pun takot kes hari ini banyak timbul di kubang pasu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kita satu negeri..hahaha
      itulah kes mendadak naik, risau juga.. Naim pun take care 😊

      Delete
  4. y allah..take ccare dear. risau jugak family kat sana. sebab kawasan kuning. kawan2 rmai dekat alor setar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..jangan risau sgt, semoga selamat semua family dan kawan2 sis kat sini 😊

      Delete
  5. Stay safe Tiara dan keluarga .

    ReplyDelete
  6. oh no... ni mmg sngt la tak menyeronokkan but i rasa its time to rest or u kena work from home? apa pun take care tau

    ReplyDelete
  7. Allah.. Take care ye TIara.. semoga semuanya patuh SOP dan kes kembali menurun.. Aamiin..

    ReplyDelete