Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Telefilem : Rahsia Malam Jumaat
Produksi : Orange Tree Production
Pengarah : Kyoll Hamzah
Tayangan : 10 Oktober 2020
Slot : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zilla Bakarin,  Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Rahsia Malam Jumaat mengisahkan dua beradik bernama Hana (Janna Nick) dan Nani (Elfira Loy) yg bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan adik mereka. ketika itu, heboh tentang isu pembunuhan bersiri di kampung mereka.

pada satu malam, Hana dan Nani berpakat pergi konsert road tour dan dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan orang tua yg jatuh dalam lubang. mereka cuba membantu tapi masing-masing dah gelabah terus lari sebab menyangka terjumpa mayat bila tengok pacik tu tak bergerak.

Hana dan Nani tidak memberitahu peristiwa tersebut kepada sesiapa dan terus pulang ke Kuala Lumpur. sejak itu mereka diganggu dengan lembaga lelaki berbaju putih.

Review Telefilem: Rahsia Malam Jumaat (TV3)

Hana dan Nani tidak tahan bila asyik diganggu lembaga tersebut so mereka cuba menyiasat kalau ada kes orang hilang di kampung mereka. Hana dan Nani dapat tahu yg pacik Nadim baru berpindah ke kampung mereka tapi tiba-tiba sahaja hilang. mereka syak pacik Nadim tu orang yg mereka jumpa tempoh hari.

bila pergi ke rumah pacik Nadim terus masing-masing terpikat pada anak pacik Nadim iaitu Muaz (Azlee Khairi). niat awal nak menyiasat tapi terus terpesong bila Hana dan Nani bersaing nak try mengorat Muaz. pada masa yg sama mereka tertanya juga apa terjadi pada malam jumaat tersebut.

bila tengok promo kat tv ingatkan cerekama seram tapi sebenarnya cerita komedi. dari awal macam dah boleh teka apa yg jadi kat pacik nadim tu tapi itulah saspen juga bila tengok gigih ikut Hana dan Nani, nak tahu juga apa motif dia. tapi yg kelakar juga bila tengok scene Azlee berlakon dalam cerekarama ni.

tak nafikan cerekarama Rahsia Malam Jumaat sebuah telefilem komedi santai tapi mood aku terganggu bila aku struggle nak dengar apa benda yg watak ni tengah borak sebab muzik latar dia kuat giler daripada suara pelakon. produksi ni memang tak ada sound engineer ke apa. sakit telinga wei.

19 comments:

  1. cerita ,e;ayu selalu macam tu, suara slow je, kena kuatkan volume besar baru boleh dengar. nape entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..jenuh nak kuatkan volume sebab tak dengar suara pelakon. masalah sama je dalam drama melayu..

      Delete
  2. hahaha....sound engineer dia soun rosak kot...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya diorang takde sound engineer kot, jimat kos..haha

      Delete
  3. walau mcm mna pon, kena juga selit love story kan.. aduhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama melayu kan. pusing macam mana pun macam tu juga cite dia..haha

      Delete
  4. mengekek tengok telefilem ni haritu

    ReplyDelete
  5. tengok dh..kelakar. tambah Muaz tu..muka macho sekali lari kemain lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. azlee khairi kalau berlakon cite macam ni memang best. suka tengok scene dia..hahaha

      Delete
  6. ada tgk kat tv bila tah smlm kot..lupa dah bila..tulah ingat seram2 rupanya lawak2 ceritanya..

    ReplyDelete
  7. Ala.. terus jadi tak best bila bunyi lagi kuat daripada suara pelakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi annoying kot time tengok cite ni, saya pun byk skip je sebab dah sakit telinga..haha

      Delete
  8. macam menarik jugak kalau tengok jalan cerita nya tuh... tapi kalau bunyi latar kuat sgt dh macam layan filem kt panggung wayang tp tak dengar suara pelakon buat hapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak gangguan kak dana, memang tak syok tengok..

      Delete
  9. Apa jadi kat Pak cik tu? Ada tengok gak hari tu tapi sikit je. Anak buah takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite dia tak seram pun. pacik tu tak ada apa pun, diorang dua yg fikir pacik tu dah mati..

      Delete
  10. Thank you for content. I like it and my site is different for your site. please visit my site. คาสิโน

    ReplyDelete