Drama Hindi | Main Naa Bhoolungi (TV3)


Drama : Main Naa Bhoolungi
Episod : 157
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Nigaar Khan

SINOPSIS DRAMA HINDI MAIN NAA BHOOLUNGI



Shikha Gupta seorang wanita yg pandai bijak yg kemudiannya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Sameer Verma dan dikurniakan seorang anak. Perkahwinan mereka nampak bahagia namun tersimpan satu rahsia. Sameer atau nama sebenarnya Aditya Jagannath mempunyai rancangan besar dengan mengahwini Shikha.

Aditya cuba membunuh Shikha lalu menculik anak mereka, Manav. namun begitu, Shikha terselamat dan mula bangkit untuk menuntut kembali anaknya yg dirampas Aditya. Shikha juga dapat tahu Aditya telah berkahin dengan seorang gadis bernama Madhurima.


Shikha kembali dengan identiti baru kepada Samaira Seth, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan yg menetap di Switzerland, Amrith Seth. Shikha kemudiannya mendapat peluang menjadi duta syarikat Jagannath.

Shikha cuba membuat rumah tangga Aditya dan Madhurima menjadi porak peranda dan secara perlahan menggoda Aditya sehingga berjaya kahwin dengan Aditya dan membuat Madhurima menjadi gila. bila Shikha berjaya masuk dalam hidup Aditya secara tidak langsung dia dapat bertemu semula dengan anaknya.

11 comments:

  1. tak pernah layan drama hindi

    ReplyDelete
  2. wow 157~! tapi i mcm tak pernah nmpk drama hindi yg pendek.. always panjang.... tapi i tak pernah follow fully....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sempatlah nak follow fully, ini pun kadang je tertengok sebab my mom follow. yes episode yg panjang tu memang challenge sampai kadang tu tertanya juga bila nak habis drama ni..haha

      Delete
  3. Hehe teringat drama hindi apa tah mertua saya layan dulu, bertahun2 plot tak berganjak mana 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu memang betul. kadang tu rasa macam dah lama xtengok tapi plot dia masih lagi tak berubah. tak tahu macam mana orang yg gigih tengok betul2 drama panjang ni..haha

      Delete
  4. Hamboi.. dia punya plot.. Dasyat.. Tapi kenapa lelaki tu nak kahwin, bunuh dan ambil anak tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok sekerat2 memang tak berapa paham apa motif laki tu tapi yg saya tahu suami dia memang jenis tamak, kawin dengan org kaya sebab nak bolot harta pak mertua dia. heroin ni kena bunuh maybe tak nak jadi penghalang kot.

      Delete
    2. sebab hartalah ye.. gila jahat..

      Delete
  5. Preder movie dari drama hindi ni. Dah macam sinetron dengan slow motion dia, flashback dia. Rasa ritu try join MiL layan naagin pun pusing pala. Pening~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..drama naagin tu saya give up, sampai kesudah tak faham apa motif ular, jalan citer pusing2 macam tu juga macam kartun.adoi..
      dah la banyak giler episode dia nasib baik tv3 tak sambung tayang musim lain.

      Delete