Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

Title : Leh Lub Salub Rarng
English Title : Secret Trick While Body Switch
Release Date : 31 July 2017
Episodes : 10
Cast : Nadech Kugimiya, Urassaya Sperbund, Tor Thanapob, Ice Preechaya

Meet Ramin, a high profile police officer from a special unit, he is an egocentric playboy who looks down on women; and Petra, an arrogant and ungrateful superstar who looks down on men and her co-workers. Sinfulness bring these two together to learn integrity, honesty and respect by swapping bodies. They face danger, difficulties and obstacles to gradually improve, share, care and find true love on this incredible journey.

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

Leh Lub Salub Rarng mengisahkan Kapten Ramin seorang anggota polis yang bertugas di unit khas, seorang yang fokus dalam kerjaya tapi playboy walaupun sudah bertunang.

Suatu hari, klip video Ramin yang menyelamatkan seorang tebusan menjadi viral menyebabkan ada director yang berminat untuk mengambil dia berlakon sebab muka hensem kot. Ramin berpeluang bertemu dengan seorang pelakon wanita terkenal bernama Petra Pawadee.

Petra mempunyai kerjaya lakonan yang bagus sehingga berjaya menang anugerah Pearl of Asia, tapi itulah bila dah popular ni perangai pun sama naik kekwat juga. di set penggambaran memang diva habis lah sampai tak boleh nak berkompromi dengan pelakon lain yang buat silap termasuk Ramin yang baru nak cuba jadi extra.

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

Scene kat set sangat kelakar sebab Ramin noob habis dengan dunia hiburan dan drama ni. kemain masuk set dok complain kenapa drama yang dia shoot macam tak real iyelah dah kena bom awat muka heroin maintain cantik. tapi itulah tak sedar diri juga si Ramin, berlakon pun kayu ada hati juga nak jadi pelakon, yang penting muka kau hensem bang.

pastu yang Petra ni pun satu hal juga. dia punya scene dengan Ramin tak banyak pun tapi sebab perangai diva yang terlampau demand semua benda tak kena tak pasal shoot dari pagi membawa ke malam.

Ramin yang excited pada mulanya sebab dapat berlakon dengan Petra terus menyesal terima job ni. lepas kes ni memang diorang tak sebulu langsung.

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

Tidak lama kemudian Petra dan Ramin bekerjasama sekali lagi tapi kali ini Petra sebagai model memakai tiara yang mahal dan Ramin pula menjadi bodyguard untuk event tersebut.

sebelum acara bermula Petra berjumpa dengan Mor (fortune teller) untuk baca nasib dia tapi Mor dah bagi warning kat dia dan Ramin untuk duduk di rumah pada hari tersebut sebab ada buruk yang akan terjadi dan mereka akan mati tapi mereka berdua tak percaya.

apabila event tersebut berakhir Petra telah diculik dan dalam misi menyelamatkan Petra, Ramin tidak dapat bertahan lalu mereka berdua terjatuh dari bangunan tinggi. Mereka dapat diselamatkan tapi mendapati badan mereka telah bertukar.

part tertukar body memang haru lah jadinya, tru imagine Kapten Ramin yang sado macho tetiba jadi gegurl ayu gitu dan Petra yang gadis ayu jadi tetiba jadi kasar semacam pastu selekeh pula. bila tengok Yaya berlakon jadi tomboy memang rasa cool sangat dengan babak aksi dia tapi Nadech, tertiba dia jadi lembut jalan pun lemah gemalai. gosh! 

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

actually kesian juga dengan Nokyoong, tunang Ramin yang selalu diabaikan kerana Ramin sibuk dengan kerja selain sibuk dengan perempuan. tapi kadang tu tak tahu nak kesian ke annoying sebab Nokyoong ni baik sangat, percaya je cakap si Ramin tu.

bila Ramin tak ada masa dengan tunang sendiri, Arkom yang selalu temankan Nokyoong. Arkom ni kawan baik dan juga rakan sekerja Ramin yang dah lama pendam perasaan kepada Nokyoong sebab tahu Nokyoong lebih sayangkan Ramin. 

Arkom juga orang pertama yang tahu Ramin dan Petra tertukar badan, mana tak pelik bila Kapten Ramin yang gagah tertiba dah lembut semacam sampai tak reti nak berlawan tapi benda camni siapa nak percaya. Arkom bertambah pelik bila Petra muncul untuk selamatkan Ramin. nak tak nak terpaksa Ramin dan Petra cerita hal sebenar.

Review Lakorn: Leh Lub Salub Rarng (Switch)

best drama ni sebab kelakar dan suka chemistry Yaya dan Nadech selain second couple yang comel. lakonan Yaya dan Nadech pun mantap lagi-lagi part kena swicth character. bab chemistry chemistry actually tak ada masalah pun buat Yaya dan Nadech sebab mereka memang couple in real life.

cuma benda yang tak best bila banyak scene yang tak penting pun macam perang mulut Ramin dan Petra. dalam lakorn bab gaduh ni memang wajib, kadang sweet dan kelakar tapi bila terlampau banyak benda macam ni plot drama terasa lambat nak berkembang dan jadi draggy. nak tunggu hero dan heroin bertukar pun sampai hujung episode 4, penat juga.

menarik jalan ceritanya tapi ending macam annoying sikit. aku pun tak faham kenapa ending dia begitu kenapa kena repeat balik mereka bertukar padahal semuanya dah kembali normal. satu benda lagi yg aku tak paham bila watak jahat yg dah mati kena tembak tetiba muncul balik tu dah kenapa, ini bukan cite kartun dah mati tu mati je la. 

walaupun drama ni happy ending tapi tak berapa suka sangat ending dia sebab macam pelik..haha

3 comments:

  1. hmmm aida x tgk citer ni lagi.
    jrg tgk movie lately.

    ReplyDelete
  2. Tak mampu nak layan drama thai.. kikiki.. pernah tersuka satu drama tu tapi dia punya meleret dah macam tengok drama indonesia.. kikiki.. terus cancel..

    ReplyDelete