Novel : Nadi
Penulis : Pasha
Muka Surat : 288
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mei 2017
Jasmin seorang gadis bisu, kehidupan dia pun biasa sahaja sehinggalah suatu hari Jasmin terlibat dengan satu insiden yg menyebabkan dia koma. Jasmin yg tiba-tiba tersedar dari tidur merasa aneh dengan keadaan sekeliling dia dan kemudian baru dia tahu, dia sedang koma dan berada di alam lain.
yg best bila pertemuan Jasmin dan Adam berlaku di alam lain yg mana Adam juga koma. banyak benda best yg jadi time ni. bila Jasmin yg tak boleh bercakap tetiba dapat peluang untuk bercakap just imagine sampai Adam pun boleh bengang dan give up.
aku suka dengan watak Adam jenis yg bad boy, muka ketat dan garang tapi sebenarnya baik hati. apa yg jadi pada mereka ni sebenarnya buat Adam dan Jasmin lebih rapat dan Jasmin juga lebih kenal siapa Adam kalau tidak before this bukan main takut lagi dengan Adam. kisah Adam dan Jasmin ni memang sweet.
jalan cerita Nadi simple je dan plot dia pun tersusun cantik. buku ni sebenarnya nak cakap pasal peluang kedua. bak kata Adam, jika harus memilih dia tetap memilih untuk lalui semua ni dan guna peluang ni dengan sebaik-baiknya.
mcm menarik cerita ni :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Peluang kedua memang berharga sangat..
ReplyDelete