Review Novel | Sayang Awak Cinta Awak by Dayana Darwisy


Novel : Sayang Awak Cinta Awak
Penulis : Dayana Darwisy
Helaian : 655
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : 2014


SIPNOSIS

PERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA HAINI tidak dirancang. Pertemuan pertama juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati Shahrul Hairi. Pertemuan kedua di KLIA pula seakan-akan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar meruntun jiwa lelakinya.

Shahrul Hairi nekad, andai dia bertemu dengan gadis itu buat kali ketiga, dia akan melamar gadis itu sebagai permaisuri hidupnya. Namun hendak mendekati gadis impiannya bukanlah semudah yang dijangkakan. Bukan senang seperti yang digambarkan. Gadis itu terlalu sombong dan cengil.

Dan pertemuan ketiga menyebabkan Shahrul Hairi tidak melepaskan peluang. Masing-masing dilanda masalah yang harus diselesaikan dengan segera sekaligus menjadi batu loncatan untuk mereka melepaskan diri dari masalah yang membelenggu.

Shahrul Hairi sendiri pelik akan dirinya sendiri. Nak kata dirinya tak laku, tidak! Terdesak pun langsung tidak. Dia masih ada peminat dan sering menjadi buruan si gadis manis dan jelita. Tapi yang pelik bin hairannya, kenapalah balik-balik Si Salmiha Haini yang suka menjeling itulah yang menjadi pujaan hatinya?

Adakah itu namanya cinta? Haila... Pelik sungguh apabila melibatkan hati dan perasaan. Biar ditolak, biar ditengking sekalipun, dia tetap bertahan. Hatinya terlalu degil untuk mahu mengaku kalah. Ibarat berpantang ajal sebelum maut. Akan tetap kugapai dirimu wahai bintang hatiku… Mampukah dia mendapatkan cinta si pencuri hatinya itu jika si dia sering menolak dan menjauhkan diri?


REVIEW

pertama kali bertemu, Hairi sudah jatuh cinta pada Haini dan bila masuk pertemuan mereka yg keempat terus ajak kahwin padahal Haini tak ingat langsung mereka pernah berjumpa sebelum tu. gila kan tapi cinta punya pasal Hairi ketepikan perasaan malu.

Haini pula sudah tentu rasa benda ni mengarut, baru jumpa tak sampai sejam dah ajak menikah tapi kerana nak mengelak daripada kena kahwin paksa dengan pilihan pak ciknya Haini terpaksa setuju dengan lamaran Hairi.

selepas berkahwin, hubungan yg terbina bertambah kuat, datanglah ribut badai sekalipun hubungan mereka tak cepat goyah sebab nilai kepercayaan antara mereka sangat tinggi. watak Hairi tak mudah digoda dan Haini pula tak cepat melatah bila ada yg cuba huru-harakan keadaan.

jalan cerita Sayang Awak Cinta Awak ringan dan tak ada konflik yg meleret-leret sesuai untuk bacaan santai.

6 comments:

  1. mesti sweet je kan, kadang yang ringan ni yang bagi kesan bahagia kepada pembaca

    ReplyDelete
  2. Dah pernah pinjam tapi tak sempat nak baca.. kalau santai santai, okaylah.. nanti try pinjam balik..

    ReplyDelete
  3. menarik.. harap2 diadaptasi ke drama..

    ReplyDelete
  4. Jarang pulak tgk novel ni jual dkt mana mana hehe. ke mata ni rabun. best pulak baca review awak. huu

    ReplyDelete