Review Novel | #Hurt by Rehan Makhtar


Novel : #Hurt
Penulis : Rehan Makhtar
Muka Surat : 593
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Januari 2016


SIPNOSIS

TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan


REVIEW

novel #Hurt boleh cakap suka dengan tak suka sama banyak je. aku suka first half yg mana ada konflik Aatiq dengan keluarga Raqib sampai Raqib jadi berdendam dan nak tengok hidup Aatiq merana. firstly  memang curious sangat sebab tak tahu apa yg jadi pada Aatiq sebenarnya dan kenapa Raqib sibuk sangat nak balas dendam. bahagian ni memang best dan kesian sangat dengan Aatiq dan dalam sibuk nak balas dendam tu boleh pula Raqib terjatuh cinta dengan Aatiq.

masuk second half terus rasa macam penat sikit nak habiskan bacaan.

bila Raqib dan Aatiq sedar perasaan masing-masing tapi ada benda yg jadi sampai Aatiq decide untuk bawa diri. time ni aku rasa nak ketuk kepala heroin dan nak cakap sudah-sudah la bawa rajuk tu wei, penat tau nak follow. pendek cakap kisah mereka tak complicated bila dah selesai salah faham bahagian pertama tu tapi dua-dua sibuk nak merumitkan keadaan

itu je la review untuk #Hurt

penat nak membebel malam-malam. Nite 😄

9 comments:

  1. hahahaha penat jugak nak baca sampai 593 mukasurat ni nak pulak kalau dah tahu penulisan author tu tak ngam dengan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak suka dgn gaya penulisan penulis tapi watak dgn jalan cite yg tak ngam dgn kita..hihi

      Delete
  2. Penat baca kalau macam ini.. Kikiki..

    ReplyDelete
  3. terbaek.. semangat membaca novel ejulz dah hilang.. perlu masa n fokus.. hehe

    ReplyDelete
  4. Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  5. Rabia baru nak berjinak2 baca novel,buku.

    ReplyDelete
  6. bagusnya baca novel... Del tak berapa dengan novel...hehe jemput msuk bloglist Del
    http://www.cakapsinilah.com/2018/07/blog-segmen-blog-list-segment-august-by-da.html

    ReplyDelete
  7. aida x membaca novel.
    but suka baca review.
    mencari naskhah yg sesuai utk kak Nurin.
    she loves baca novel.

    ReplyDelete