Voice 2 (2018)


Title : Voice 2
Episodes : 12
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Hana, Lee Jinwook, Kwon Yool, Son Eunseo


Drama Voice telah masuk musim ke-2 mengisahkan Kang Kwonjoo yg mempunyai kelebihan mendengar bunyi yg tidak dapat didengar oleh orang lain. Kwonjoo menggunakan kelebihan yg dia ada untuk membantu orang lain dengar menubuhkan Golden Time yg mana sebuah pasukan yg menyelesaikan kes kecemasan dengar kadar segera.

masuk musim ke-2, Golden Time Team dibawah pimpinan Kang Kwonjoo telah mendapat pengiktirafan kerana berjaya menyelesaikan banyak kes dengan pantas namun pasukan ini telah menjadi sasaran penjenayah, paling mengejutkan apabila ketua pasukan mereka iaitu Kapten Jang telah mati dibunuh di Poongsan. kali ini, pasukan Golden Time telah ditubuhkan di Poongsan, Kwangjooo mengambil kesempatan ini untuk mencari pembunuh tersebut dan bekerjasama dengan Do Kangwoo.


lead actor untuk season 2 dah bertukar kepada Lee JinWook yg memegang watak sebagai Do Kangwoo. Kangwoo adalah detektif di Poongsan Police Station tapi polis lain tak suka dia sebabnya dia dituduh membunuh partner dia tapi dilepaskan kerana tiada bukti yg kukuh.

walaupun banyak bad rumor pasal Kangwoo, Kang Kwonjoo tetap memilih untuk bekerjasama dengan Kangwoo kerana lelaki ini telah lama menyiasat kes yg berkaitan pembunuh Kapten Jang.


pembunuh untuk musim ni memang psycho+kejam habis, kalau korang nak tengok drama ni bertabah la untuk first episode nak mengadap scene yg kejam. satu benda tak tau nak puji ke apa, pembunuh ni sangat cerdik sebab dari awal dia dah plan everything sampai pihak polis pun tak perasan dan sibuk nak bergaduh sesama sendiri. kalau dari awal diorang fokus nak cari pembunuh tak ada la huru hara balai polis tu.


sebenarnya aku tak ingat sangat storyline yg first season tapi nasib cerita dia tak berkait sangat pun. musim ke-2 banyak kes jenayah ni melibatkan psychopath. sebenarnya aku suka isu yg dibawa dalam Voice 2 secara tak langsung dapat mendidik penonton contohnya macam kes scammer dan isu pedophilia.

Voice 2 sepatutnya ada 16 episodes tapi last minit diorang decide untuk buat sampai episode 12 je sebab ceritanya akan disambung ke musim ke-3 so aku sangat berharap diorang akan kekalkan Lee Hana pada musim seterusnya dan berharap juga la musim 3 ni tayang awal tahun sikit sebabnya takut lupa pula cerita dia.

Drama Korea | Familiar Wife (2018)


Title : Familiar Wife
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Jisung, Han Jimin, Kang Hanna, Jang Seungjo, Cha Hakyeon


Familiar Wife mengisahkan kehidupan rumah tangga Cha Joohyuk dan Seo Woojin yg telah memasuki tahun kelima. Joohyuk pekerja bank manakala Woojin pula bekerja di sebuah spa dan mereka mempunyai dua orang anak.

pada awal perkahwinan semuanya indah belaka namun bila masuk tahun kelima, banyak tekanan yg dihadapi Woojin dan Joohyuk sampai mereka selalu bergaduh. 

Joohyuk rasa Woojin dah banyak berubah, makin garang dan kurang mesra sampai satu tahap Joohyuk jadi makin takut dengan isterinya sendiri.


Suatu hari, Joohyuk dapat duit syiling yg boleh travel balik ke masa lalu. pada mulanya sukar untuk dipercayai dan Joohyuk ingat semua itu hanya mimpi. namun bila Joohyuk yakin boleh ubah takdir sendiri, dua guna peluang tersebut untuk mengubah masa lalunya.

bila boleh travel balik, apa yg Joohyuk buat ialah mengelak daripada bertembung dengan Woojin dan kejar balik cinta junior yg pernah diminatinya sewaktu zaman kolej dulu iaitu Lee Hyewon.


apabila Joohyuk bangun daripada tidur, semua bendah berubah termasuk isterinya iaitu Hyewon. rasanya inilah saat yg paling bahagia dalam hidup Joohyuk kot sebab tak payah nak deal dengan Woojin yg garang dah.

walaupun masih bekerja di bank yg sama tapi kehidupan Joohyuk totally daebak kerana Hyewon anak orang kaya so walaupun gaji tak seberapa tapi dia boleh hidup mewah disebabkan keluarga Hyewon.


paling kelakar bila Joohyuk bertemu semula dengan Woojin. kali ni memang tak boleh lari mana dah sebab Woojin ditukar ke cawangan bank Joohyuk bekerja. 

Woojin dah tak ada memori mengenai Joohyuk so bila berjumpa semula ibarat pertama kali Woojin bertemu dengan Joohyuk. tapi Joohyuk pula gelabah tak sudah dan buat macam-macam cara nak bagi Woojin stress dan bertukar ke tempat lain.

Seo Woojin kali ini sangat berbeza kalau nak dibandingkan masa dia jadi isteri Joohyuk dulu. Woojin yg sekarang ini adalah seorang yg sangat positif dan selalu tersenyum walaupun banyak masalah yg nak kena hadap. 

so, macam mana Joohyuk nak handle Woojin yg satu tempat kerja dengannya dan adakah Joohyuk betul-betul bahagia dengan keputusan yg dia buat itu?


bagi aku, Joohyuk sebenarnya agak selfish kerana selalu ambil jalan mudah dan lari daripada selesaikan masalah. Joohyuk juga tak pernah fikir perasaan orang lain terutamanya Woojin. bila ada peluang Joohyuk tak fikir panjang untuk mengubah takdirnya sendiri.

walaupun Joohyuk lagi tua daripada Woojin tapi Joohyuk langsung tak matang untuk handle masalah rumah tangganya. Joohyuk selalu beri alasan sibuk dengan kerja padahal Woojin pun kerja juga tapi Woojin terpaksa mengurus hal anak seorang diri.

bila isteri berubah kena salahkan diri sendiri juga sebab tak pernah alert dengan perasaan isteri yg stress nak buat semua benda. ini tahu merungut isteri garang tapi tak pernah Joohyuk fikir kenapa Woojin banyak berubah dalam masa lima tahun mereka berkahwin.


drama Familiar Wife ni sangat menarik dan pengajaran yg boleh diambil terutamanya untuk mereka yg sudah berkahwin supaya boleh lebih menghargai pasangan anda.

Novel | Lamaran Di Taman Nakajima


Novel : Lamaran Di Taman Nakajima
Penulis : Marissa
Helaian : 453
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : Jun 2018


buku ni mengingatkan aku pada Teduhan Kasih tapi dalam versi yg berbeza.

Teya yg bercerai selepas suami kena sailang dengan kawan sendiri. aku suka dengan watak Teya sebab jenis yg rileks je tapi sekali meletup mahu bernanah juga telinga orang yg kena sound tu. Nik pula si mat romeo dengan ayat manis yg padu, siapa tak cair wei.

suka dengan mak mentua dan kakak ipar Teya, sangat supportive dengan Teya walaupun yg buat onar darah daging sendiri tapi memang tak nak kompromi.

yg tak paham perangai kawan Nik, asyik nak enjoy dan tak suka tengok member sendiri bahagia tu apehal?

overall, kisah yg menarik cuma tak puas hati dengan ending macam 'eh, dah habis??' habis macam tu je?? try la belek-belek belakang kot buku ni hilang bab epilog ke tapi pasrah je la dengan perkataan tamat.

Review Movie: Bleach (2018)

Review Movie: Bleach (2018)

Title : Bleach
Director : Sato Shinsuke
Release Date : 20 July 2018
Duration : 1 hour 48 minutes
Genre : Action, Comedy, Supernatural
Cast : Fukushi Sota, Sugisaki Hana, Miyavi, Yoshizawa Ryo, Saotome Taichi, Koyanago Yo

SYNOPSIS:
Kurosaki Ichigo has always been able to see ghosts but this ability doesn't change his life nearly as much as his close encounter with Kuchiki Rukia, a Soul Reaper and member of the mysterious Soul Society. While fighting a Hollow, an evil spirit that preys on humans who display psychic energy, Rukia attempts to lend Ichigo some of her powers so that he can save his family. Much to her surprise, Ichigo absorbs every last drop of her energy. Now a full-fledged Soul Reaper himself, Ichigo quickly learns that the world he inhabits is one full of dangerous spirits, and along with Rukia, who is slowly regaining her powers, it's Ichigo's job to both protect the innocent from Hollows and to help the spirits themselves find peace.

Review Movie: Bleach (2018)

Nak cakap aku peminat Bleach tak juga tapi aku rajin juga tengok anime dulu, Bleach pun pernah tengok tapi tak habis khatam. sebenarnya aku dah lupa cerita Bleach ni since dah berkurun tengok. yg aku ingat episode yg Ichigo kena serang dan dapat kuasa dari Rukia dan last tengok yg aku ingat episode Ichigo masuk ke soul society untuk selamatkan Rukia. 

dalam live action pula cerita dia ambil part Ichigo nak hapuskan Grand Fisher sebab dia dah deal dengan Byakuya, seriusly aku tak ingat langsung bahagian ni so the good thing bila tak ingat aku takde la nak terlalu compare live action dengan anime.

Review Movie: Bleach (2018)

dalam anime, Bleach memang banyak fighting so tak hairan sangat kalau dalam movie banyak fokus pada fighting scene dan dan buat scene ni nampak gempak sebab tu kot content dia agak kurang dan jalan cerita dia banyak focus pada Ichigo. 

watak lain pula tak diberi perhatian sangat so memang curious la dengan watak lain, dah la aku lupa banyak sangat pasal anime sebabnya setiap watak dalam ni ada kisah dia juga, kalau yg betul follow maybe takde masalah sangat dengan watak lain.

tapi bagi aku bukan senang nak buat live action daripada anime yg berpuluh episode pastu nak sumbat everything dalam masa dua jam mana nak muat. walaupun storyline maybe tak perfect macam anime tapi still enjoy la tengok live action cuma aku tak sure diorang akan buat sequel ke tak sebab kalau tengok ending rasanya ada sambungan lagi.

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

Title : Thirty But Seventeen / Still 17
Release Date : 23 July 2018
Episodes : 32
Duration : 35 minutes
Cast :  Shin Hyesun, Yang Sejong, Ahn Hyoseop, Ye Jiwon, Park Sieun, Yoon Chanyoung

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

Thirty But Seventeen mengisahkan Woo Seori, pelajar berusia 17 tahun yg pandai bermain violin dan Woo Seori akan menyambung pelajaran dalam bidang muzik di German tapi impiannya musnah apabila dia terlibat dalam kemalangan dan bangun dari koma 13 tahun kemudian. 

selepas 13 tahun banyak benda yg berubah dalam hidup Seori, dia kini berusia 30 tahun tapi Seori masih terasa dirinya 17 tahun dan dia masih belajar untuk terima yg masa remajanya telah berlalu. selain itu, Seori berasa pelik juga apabila pak cik dan mak ciknya lansgsung tak melawatnya sejak dia sedar dari koma dan juga sepanjang tempoh dia buat rehab di hospital.

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

Seori ambil keputusan untuk balik ke rumahnya untuk berjumpa mak cik dan pak ciknya tapi berlaku sedikit salah faham antara Seori dengan tuan rumah sebab rumahnya telah dijual dan pemiliknya kini Gong Woo Jin yg tinggal dengan anak buahnya yg bernama Chan. Seori sedar yg dia hidupnya sekarang memang dah tak ada apa lagi dan terpaksa merempat tapi disebabkan Chan ni baik hati dan kesian dengan Seori, dia pujuk Woojin untuk benarkan Seori tinggal di situ.

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

Gong Woo Jin pula jenis tak mesra dengan orang dan dia suka buat hal sendiri tanpa ambil peduli hal yg berlaku sekelilingnya. bila Chan minta Seori tinggal dengan mereka memang dia tak setuju tapi lepas tu dia ubah fikiran dan benarkan Seori tinggal di situ dalam tempoh sebulan.

Woojin ni sebenarnya trauma dengan kejadian yg berlaku 13 tahun yg lepas yg mana niatnya nak tolong orang tapi menyebabkan kematian sampai kesudah dia asyik salahkan diri sendiri padahal sebelum tu Woojin ni jenis yg happy dan baik hati.

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

fact yg aku rasa comel sangat dalam drama ni ialah waktu zaman sekolah dulu Woojin ni minat pada Woo Seori tapi dia tak tahu nama budak perempuan yg dia minat kebetulan pula ada sekali tu Seori pakai baju sukan kawan dia then Woojin ingatkan nama Seori ni Noh Sumi, tengok pada nametag kat baju sukan tu dan sampai kesudah dia ingatkan nama Seori tu Noh Sumi.

sewaktu kemalangan yg menimpa Seori, Woojin naik bas yg sama dengan Seori tapi Woojin turun dulu.. tak sangka pula bas tersebut kemalangan, yg buat Woojin rasa bersalah sangat bila dia suruh Seori turun di perhentian seterusnya dan kalaulah mereka turun sekali mesti Seori tak terlibat dengan kemalangan tu. lagi satu hal yg Woojin salah faham ialah dia tengok berita dan nampak nama Noh Sumi dalam senarai mangsa yg maut dan kalaulah time tu dia tengok gambar Sumi takdelah dia hukum diri sendiri sampai 13 tahun.

Review Drama Korea: Thirty But Seventeen (2018)

walaupun bila tengok drama rasa macam slow lahai Woojin nak tahu siapa sebenarnya Woo Seori tapi sebenar rasa enjoy sangat tengok drama ni sebab watak lain yg ada seperti Chan dan kawan-kawan dia dan juga Jennifer memang buat jalan cerita jadi happening sangat, tambah lagi dengan chemistry antara Woojin dan Seori rasa macam wei awat comel sangat diorang ni.

lima episode yg terakhir antara episode yg aku suka sangat walaupun part banyak juga part sedih kat situ tapi seriusly best sangat sebab selama ni asyik dengar cerita dari belah Woojin tapi bila dengar kisah dari belahh Seori, pasal crescendo dia memang rasa sweet kot kisah Woojin-Seori ni. seriusly aku akan highly recommend sangat kalau korang mencari rom-com drama.

Novel | Status Hati : Dia Milikku


Novel : Status Hati: Dia Milikku
Penulis : Ayumi Syafiqah
Helaian : 605
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : Mei 2013


Kisahnya mengenai Kirana seorang pengacara terkenal yg ada ramai peminat sampai dia kena letak syarat untuk pilih teman hidupnya, mungkin cerewet dan mungkin rimas dengan mak yg asyik tanya soal kahwin jadinya dia setuju terima calon pilihan emaknya. untungnya dapat anak datin, yg stessnya bila encik tunang pula jenis yg beku dan hati kering. walau hati batu sekalipun Kirana tekad untuk pikat hati Edryzal dan buat lelaki itu jatuh cinta dengannya.

nak kata novel ni manis sampai bersemut tak juga, nak kata watak Edryzal gentleman pun tak juga tapi aku suka tengok effort Kirana nak pikat hati tunang sendiri walaupun kena reject beribu kali tapi berbaloi la sebab boleh nampak perubahan Edryzal yg memula jenis malas nak layan slowly jadi tunang yg prihatin dan mula terpikat  dengan Kirana.

overall, sangat menarik dan flow cerita pun sangat smooth memang sesuai untuk bacaan santai.

Novel | Parcel

(PNM e-Reader)

Novel : Parcel
Penulis : Simon Malik
Helaian : 310
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : September 2017

REVIEW

Parcel kisah sepasang suami isteri, Faisal dan Anis yg selalu berjauhan kerana kerja Faisal yg memerlukan dia bertugas di tengah lautan. suatu hari, Faisal diamanah untuk menghantar satu bungkusan oleh boss-nya, yg menjadi persoalan siapa penerima Parcel tersebut. 

kewujudan Parcel itu juga menghuru-harakan hidup Faisal bila tanpa sedarvdia telah masuk dalam dunia gelap dan menjadi target sindiket tertentu dan hubungan Faisal dan Anis juga turut menerima tempias.

baca babak awal buku ni agak stress juga dan mungkin aku yg slow sangat nak ikut rentak penulis di permulaan cerita yg penuh dengan teka-teki dan plot yg tetiba bertukar tanpa sempat nak hadam apa yg sebenarnya terjadi. bila lepas fasa ni baru bacaan aku jadi laju sikit sebab curious sangat dengan banyak benda yg terjadi dan juga watak-watak lain yg muncul.

secara keseluruhannya memang sangat menarik walaupun ada lagi persoalan yg masih buat aku tertanya-tanya dan ada perasaan tak puas hati di situ.


SIPNOSIS

Sebagai tukang pasang talian internet di lautan, Faisal selalu berjauhan dengan isterinya Anis. Satu hari, dia ditugaskan untuk menghantar parcel ke pelantar Stella Fortuna. Itu bukan tugas biasa, dan parcel itu harus dijaga seperti nyawanya.

Malangnya, pelantar itu diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan Descartes.

Laguna Pirates kemudian mahukan parcel itu, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes.

Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!

Review Novel | Rindu Itu Cinta by Rose Harissa


Novel : Rindu Itu Cinta
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 469
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : April 2017


Pertama kali terpandang Nisa, Al-Hadi dah jatuh cinta pada Nisa. bila dikatakan dia seorang playboy Al sanggup berubah jadi buaya Betawi yg setia. nak dapatkan Nisa bukan senang juga, buat seribu plan pun tak menjadi disebabkan perangai Nisa yg terlalu jual mahal dan keras hati.

Nisa juga ada cerita dan rahsia sendiri yg sukar nak kongsi dengan orang lain. pengalaman lepas buat dia serik nak terima mana-mana lelaki. sikap Al yg tak mudah putus asa menyebabkan tembok yg dibina Nisa mula goyah dan paling buat Nisa bila Al boleh terima dia seadanya.

Rindu Itu Cinta ada jalan cerita yg menarik dan watak lain pun sangat sporting dan supportive so sedikit sebanyak memang rasa santai je baca novel. cuma tak berkenan dengan watak Azry si hangsuang tu, gangguan yg dia buat kat Nisa tu memang sangat melampau so aku tak berapa berkenan bila senang-senang je dia boleh dimaafkan.

tapi pengakhiran Rindu Itu Cinta sebenarnya penulis nak mengajar kita tentang erti sebuah kemaafan.

Movie | Our Times


Title : Our Times
Country : Taiwan
Year : 2015
Director : Frankie Chen
Duration : 130 minutes
Cast : Vivian Sung, Darren Wang, Dino Lee, Dewi Chien,
Joe Chen, Jerry Yan, Andy Lau


Our Times mengisahkan Lin Cheng-hsin seorang pekerja pejabat. bila mengenangkan balik hidup dia sekarang, Cheng-hsin rasa sedih sebabnya dia terlalu fokus pada kerja tapi company tak pernah nak hargai kerja dia dan hubungan dia dengan boyfriend pun tak ke mana. bila tengah layan perasaan dan dengar balik kaset lagu penyanyi kegemarannya Andy Lau, Cheng-hsin imbas balik memori waktu zaman sekolah dia dulu.


flashback ke zaman sekolah dulu, Cheng-hsin cuma pelajar biasa sahaja dan dia minat dengan pelajar paling popular yg bernama Ouyang Fei Fan. Suatu hari, Cheng-hsin dapat surat berantai dan jika dia abaikan surat tersebut konon benda buruk akan terjadi kepadanya. Untuk mengelakkan nasib malang, Cheng-hsin kirim surat berantai kepada orang lain, salah seorangnya Tsu Tai-yu iaitu ketua genster di sekolah dia sebabnya dia nampak Tsu Tai-yu bergaduh dengan Ouyang Fei Fan.


nasib malang menimpa Tsu Tai-yu yg sedang membaca surat berantai itu apabila dia dilanggar kereta. kejadian tersebut menimbulkan kemarahan geng Tai-yu dan mereka mencari orang yg menghantar surat berantai dan akhirnya dapat tangkap Cheng-hsin.

Cheng-hsin rasa sangat bersalah dan dia memang risau sangat sebab dah cari pasal dengan gengster kat sekolah tu. yg peliknya bila berjumpa Tai-yu, mamat ni tak ada nak marah atau balas dendam ke apa Tai-yu boleh je senyum dan cakap nak berkawan dengan Cheng-hsin. Cheng-hsin pun percaya je lah ingatkan Tai-yu memang nak kawan dengan dia tapi sebenarnya dia dah jadi orang suruhan Tai-yu dan asyik kena buli dengan Tai-yu.


bagi aku, kisah mengenai budak sekolah bukan storyline yg baru  dan fresh sangat tapi kalau tengok untuk menghiburkan hati sudah tentu rasa terhibur. dalam Our Times memang banyak scene yg aku terhibur dan buat aku gelak.yg bestnya suka tengok progress Tai-yu dan Cheng-hsin yg memula kesian Cheng-hsin asyik kena buli dengan Tai-yu tapi  makin lama makin kamcing sampai mereka buat plan nak ngorat crush masing-masing, last terbalik pula bila masing-masing ada perasaan sesama sendiri.

walaupun ada part yg sedih sikit tapi aku dah boleh agak pengakhiran filem ni. overall, Our Times memang sangat menghiburkan dan acting pelakon-pelakon muda dalam filem ni memang best bonus juga bila ada cameo Jerry Yan dan Andy Lau.

 A Little Thing Called Love

sampai pertengahan movie Our Times, tetiba aku teringat satu movie Thailand bertajuk A Little Thing Called Love, kisah pasal budak sekolah tapi jalan cerita beza sikit pasal heroin yg crush dengan senior dia so gigih la dia try mengorat senior, dari tak cantik dia buat macam-macam just nak tarik perhatian senior yg dia minat.

filem ni dah lama dan time ni memang aku minat sangat dengan Mario Maurer. kebetulan pula time tu dia tengah hot so banyak juga movie dia yg aku tengok tapi sekarang dah tak berapa minat sangat dengan dia..hihi tapi kat sini just nak cakap kalau korang suka layan Our Times atau high school movie try la tengok  A Little Thing Called Love.

Review Novel | Mesej by Anna Lee


Novel : Mesej
Penulis : Anna Lee
Helaian : 536
Terbitan : Prolog Media
Terbitan : Disember 2015


Novel Mesej ni agak tebal kalau nak dibandingkan dengan buku Prolog Media yg lain. Mesej mengisahkan Aria yg baru je berpindah ke rumah sewa baru, yg buat Aria pening kepala bila dia dengar macam-macam bunyi dalam rumah sewa tu sampai dia syak rumah tu berhantu so apa rahsia sebenar di sebalik semua bunyi yg Aria dengar tu?

storyline Mesej biasa aje tapi yg buat dia jadi luar biasa bila kisah ni ada kaitan dengan time travel, kalau nak ikut logik pun memang susah nak hadam the whole story tapi pendek cakap, cerita dia memang menarik.

Marathon Korean Movies


Hai..sempena hari kemerdekaan, Astro dengan murah hatinya bagi buka free semua channel tapi aku tak sure berapa hari Astro channel free ni. bila dapat free channel sekali sekala tengok tv memang tak ingat dunia lagi-lagi channel Astro kat rumah aku tinggal yg basic je, bosan kot sebabnya family aku hampir nak terminate Astro iyelah harga makin naik tapi saluran asyik repeat benda yg sama je mahu tak nyampah tapi last sekali tak jadi terminate so potong pakej lama tinggal yg basic channel.

honestly aku ni jenis slow sikit bab nak tengok movie walapun movie cuma dua jam kalau nak compare drama yg berpuluh episode, nak tengok wayang lagi tak rajin sebab takde geng sekarang dan nak download movie pun tak rajin, kalau site untuk drama aku tahu la kat mana nak tengok dan download tapi kalau site movie memang dah tak amik tau sekarang.

so hujung minggu lepas bila dapat free channel aku marathon filem korea kat TvN Movie, banyak juga movie yg best dan latest tapi ini yg sempat aku tengok dan menarik perhatian sebabnya tertarik dengan pelakon dia..hihi

1. Battleship Island


2. Along With The Gods : The Two World


3. Train to Busan


4. A Company Man


5. Part Time Spy


antara semua movie ni, aku pernah tengok Train to Busan, kononnya nak layan sekali lagi tapi tak mampu tengok muka hodoh zombie lagi dan Part Time Spy pun tak sempat nak tengok habis, nak tunggu ulangan tak tahu bila pula. padahal hari-hari ada movie yg sama je kat channel tu tapi timing selalu tak kena untuk aku tengok, kalau decoder Astro kat rumah ni jenis yg boleh record dah lama aku record semua movie yg aku plan nak tengok..hihi