Novel | Aku, Dia & Pinky Promise by Anna Lee


Sebelum drama Aku, Dia & Pinky Promise ditayangkan, aku langsung tak terfikir untuk beli novelnya tapi bila dah tengok drama rasa best pula. itu yang tanpa sedar terbeli buku ni..hehe. kebetulan pula time beli tu Prolog Media buat promosi kaw-kaw di Shopee, aku beli novel ni dengan harga RM24 dan free postage. kalau nak dinilai dengan ketebalan dan harga asal buku ini, memang murah habis wei.

Aku, Dia & Pinky Promise diterbitkan pada tahun 2014 dan versi terbaru ini special sikit sebab digabungkan sekali dengan kisah Step Back dalam novel Couple iaitu sambungan kisah Saleha dan Azri. sebab tu buku ni gedabak besar, kalau jatuh atas muka memang sedap.


Novel : Aku, Dia & Pinky Promise Extended Version [Step Back]
Penulis : Anna Lee
Helaian : 694
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : March 2019

Aku, Dia & Pinky Promise mengisahkan Siti Saleha yg berjaya kembali ke masa lalunya dan ada 10 senarai penting yg dia ingin perbaiki termasuk menukar kelas aliran sains ke sastera dan cuba mencari tunangnya iaitu Daniel. namun begitu banyak rancangan Saleha terganggu apabila bertemu dengan Azri, ketua samseng di kelas hujung. persoalannya siapa Azri ni dan kenapa Saleha langsung tiada memori tentang Azri?

aku dah layan sikit drama dia so boleh terbayangkan muka Syafie yg bawa watak Azri tu memang terbaik. baca bahagian satu zaman persekolahan memang best, serius suka giler dengan Azri yg ala-ala bad boy gitu tapi dalam hati ada taman. luaran je nampak kasar tapi selalu protect Saleha sesuailah dengan tugasnya sebagai guardian angel Saleha. bila baca part ni tetiba rasa rindu dengan zaman sekolah dulu.

aku rasa macam tertipu juga dengan penulis sebab ingatkan Saleha memang betul time travel rupa-rupanya hurmm bacalah sendiri nanti kalau cerita kat sini jadi spoiler pula. masuk bahagian dua kisah Azri dan Saleha dah jadi makin sedih, masing-masing ada alasan sendiri yg menyebabkan cinta mereka tergantung sepi. pendek cakap kalau dah jodoh tu tak ke mana walaupun ada saja halangan dan rintangan buat mereka.

selain kisah zaman sekolah my favourite part ialah time Saleha melamar Azri. awww sweetnya~ 


buku Anna Lee memang best sebab jalan cerita dia agak unik dan fresh cuma agak menyesal juga tak beli buku ini lebih awal. overall nak cakap, buku Aku, Dia & Pinky Promise memang best so lepas ni aku dah boleh tengok drama dia dengan tenang..hehe

**My rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ 5/5**

13 comments:

  1. Akak x pernah ada novel ni...macam menarik je..nak cari la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan ceritanya memang menarik. try la baca :)

      Delete
  2. x pernah ada novel ni...macam menarik je

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cepat cari mummy ayu sementara stok masih ada ni :)

      Delete
  4. macam tajuk drama la pulak. Haha

    ReplyDelete
  5. tengah2 baca sambil baring sekali terlepas..
    adoiii lebam muka =P

    ReplyDelete
  6. Best jalan cerita dia..btambah bila ada extended version.. Jangan tak tahu, buku ini dah habis dijual.. Laku keras lepas drama dia keluar..

    ReplyDelete