Review Lakorn: Sapai Import (2020)

Review Lakorn: Sapai Import (2020)

Title : Sapai Import
Network : Channel 7
Aired : 28 January 2020 - 24 March 2020
Episode : 17
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romantic Comedy, Family
Cast : Mik Thongraya, Min Peechaya, Jaibua Hidding, Aun Chayapol

Review Lakorn: Sapai Import (2020)

Sapai Import mengisahkan Don (Mik Thongraya) yang merupakan cucu kepada pemilik ladang, namun datuknya telah meletakkan syarat kepada Don iaitu wajib berkahwin dan mempunyai anak dalam tempoh setahun. jika gagal, semua harta miliknya akan diserahkan kepada sepupu Don bernama Pitarn.

syarat tersebut nampak mudah tapi bukan senang untuk dipenuhi kerana Don sendiri belum terbuka hati untuk berkahwin selepas tunangnya meninggal dunia.

Lisa (Min Peechaya) pula anak orang kaya dan sudah terbiasa dengan kehidupan bandar. selepas menamatkan pengajian, Lisa kembali ke Thailand tapi dikejutkan dengan berita ayahnya telah jatuh muflis dan kini berdepan dengan ancaman dari penuntut hutang.

Review Lakorn: Sapai Import (2020)

Khun Orn (Tong Savitree) iaitu Mak Don pernah ke luar negara dan bertemu dengan Lisa lalu jatuh dengan kebaikan Lisa yang menolongnya ketika itu. Apabila khun Orn mendapat tahu masalah keluarga Lisa, terus Khun Orn melangsaikan segala hutang keluarga Lisa tapi satu sahaja permintaannya iaitu mahu Lisa berkahwin dengan anaknya, Don.

perkara ini sangat mustahil sebab Don dan Lisa pantang berjumpa mesti akan berakhir dengan pergaduhan. bila disuruh berkahwin lagilah kedua-duannya membangkang habis-habisan.

akhir sekali, khun Orn terpaksa berlakon kononnya sudah lama menderita kanser dan mempunyai enam bulan lagi untuk hidup. Don dan Lisa akhirnya bersetuju untuk berkahwin demi memenuhi permintaan terakhir khun Orn tambahan pula Lisa sudah terhutang budi dan sayang dengan mak Don.

Review Lakorn: Sapai Import (2020)

Dalam Sapai Import, tak banyak sangat konflik antara Lisa dan Don. kebanyakkan konflik datang dari orang sekeliling mereka yang mahu merampas harta warisan dan menghuru-harakan hubungan Don dan Lisa.

Konflik pertama adalah Pitarn dan emaknya yang tidak berpuas hati apabila Don mewarisi harta lebih daripada orang lain. mereka mencari jalan supaya Don tidak dapat memenuhi syarat dalam wasiat tersebut.

konflik yang kedua pula adalah Ratree yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Don. segala rancangan jahat dan taktik kotornya tidak berjaya kerana Don tahu betapa psiko perempuan ini. Ratree merupakan cucu angkat kesayangan nenek Don, sebab itu dia berani buat perangai sebab tahu nenek Don akan percaya cerita dia dan backup dia.

Review Lakorn: Sapai Import (2020)

yang bestnya menonton drama Sapai Import sebab heroinnya bukan jenis yang lembik dan pasrah. Don nak buli Lisa pun tak dapat inikan pula si Ratree yang psiko. kalau Ratree cucu kesayangan nenek Don, Lisa pula menantu kesayangan khun Orn. walau apapun terjadi khun Orn akan melindungi menantunya daripada ditindas.

sebenarnya kelakar juga bila tengok Lisa kamceng betul dengan khun Orn dan adik Don. Don pula dah gaya macam anak angkat, bila mereka bergaduh mesti Don yang dipersalah dan disisihkan oleh khun Orn.


pasangan kedua adalah adik Don dan kawan baik Don iaitu Rin (Jaibua Hidding) dan Doktor Mee (Aun Akrabhaj). Rin sudah lama menyimpan perasaan kepada Dr Mee tapi kesian Mee cuba anggap Rin tak lebih dari seorang adik. lagi pula stok girlfriend dia kemain ramai, macam manalah nak perasan Rin pun ada hati padannya.

hubungan Mee dan Rin sangat comel dan bila Don dan Lisa, mereka berdua juga yang selalu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Don dan Lisa.


walaupun Lisa dan Don rajin bergaduh tapi selalunya mereka bergaduh hal yang remeh temeh. apabila ada orang yang mahu mengacau rumah tangga mereka terus Lisa dan Don bergabung melawan musuh mereka. kiranya dalam bergaduh pun kepercayaan antara mereka sangat kuat. dan mudah sahaja nak menepis rancangan jahat.

drama Sapi Import sangat best dan kelakar cumanya episodnya agak panjang. bila masuk episod 13 dah rasa penat sebab lebih banyak babak Lisa dan Don flirt antara satu satu lain. nasib baik comel, layan je lah..haha

Overall, siapa yang suka drama romantik komedi bolehlah try menonton Sapai Import. lakonan Mik dan Min memang best dan chemistry mereka berdua pun sangat mantap.

Baca juga:

11 comments:

  1. Macam menarik je sinopsis drama ni .time2 pkp ni boleh la tengok

    ReplyDelete
  2. macam menarik je. tapi thailand ni, layan filem je. drama masa sekolah dulu je layan

    ReplyDelete
  3. Wah best la jalan cerita dia

    ReplyDelete
  4. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik. Drama yg tertukar badan tu pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala layan drama thai baru best..hehe

      Delete
  6. Tengok jumlah episod pun seram tapi suka bila heroin tak lembik.. Baru syok nak tengok..

    ReplyDelete
  7. kat mana nk tngok drama ni yang ada subtitle

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/07/website-untuk-tonton-drama-asia-dan.html

      Delete
  8. penat gelak part jumpa cicak tu hshs

    ReplyDelete