Movie | Exit (2019)


Title : Exit
Country : South Korea
Director : Lee Sang Geun
Release Date : 31 July 2019
Duration : 1 hour 43 minutes
Cast : Jo Jung Suk, Im Yoon Ah, Goo Doo Shim, Park In Hwan, 
Kim Ji Young, Kang Ki Young, Bae Yoo Ram, Yoo Su Bin, Kim Kang Hoon

sebelum tengok movie ni, aku ingatkan Exit ni cuma filem romantik komedi biasa yg boring seriusly no idea sebab tak baca review atau sinopsis langsung. bila di pertengahan cerita aku terkejut tetiba ada terrorist datang menyerang terus cerita dia bertukar ke action-thriller. memang best, rugi tak tengok filem ni awal lagi.


Exit mengisahkan Lee Yong Nam yg sangat meminati sukan rock climbing dan antara pemanjat yg terbaik di zaman universitinya. namun begitu selepas beberapa tahun tamat belajar, Yong Nam masih lagi menganggur dan selalu tidak bernasib baik dalam temuduga.

keluarga Yong Nam merancang untuk menyambut hari jadi ibunya yg ke-70 di sebuah dewan. bila ada perjumpaan keluarga ni memang stress la bila saudara mara asyik tanya apa dia buat sekarang, paling annoying bila orang cakap jelez dengan life kau yg nampak rileks sekarang. tapi annoying pun layan je la sebab saudara sendiri juga kan.


di majlis tersebut, Yong Nam terjumpa balik crush dia yg satu kelab di zaman kolej dulu tapi yg sebenarnya Yong Nam memang dah tahu Eui Joo kerja di situ sebab itu dia sengaja pilih dewan tersebut walaupun jauh dari rumahnya.

keluarga Yong Nam berkaraoke hingga lewat malam sampai semua pekerja dah penat nak tunggu dan mereka pulang selepas dapat izin daripada manager. cuma tinggal Eui Joo dan Manager Gu yg menunggu semua pelanggan mereka pulang.


mereka dikejutkan dengan bunyi letupan waktu tengah mengemas untuk balik. bila tinjau keadaan diluar masing-masing terkejut tengok suasana panik, orang ramai berlari untuk menyelamat diri dan kepulan gas yg mula memenuhi ruang bandar.

dalam kes ni, ada terrorist yg tak puas hati dengan majikan dia so dia cipta satu gas beracun yg boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan kesukaran bernafas, paling teruk boleh menyebabkan kematian. yg aku tak faham kenapa penjahat ni nak bocorkan gas tu sampai satu bandar effect.


nak lari memang tak sempat so salah satu jalan yg ada panjat ke tempat tinggi dan tunggu sehingga pasukan penyelamat datang. tapi problem pula bila pintu rooftop berkunci dan tak dapat dibuka. waktu inilah Yong Nam terpaksa gunakan skill climbing dia untuk menyelamatkan semua ahli keluarganya.

bila dah berjaya sampai ke rooftop ingatkan dah boleh tarik nafas lega tapi tak juga bila Yong Nam dan Eui Joo tak dapat naik helikopter sebab dah terlebih muatan. time ni masing-masing dah sedih tapi mereka tak berputus asa dan cuba cari jalan untuk menyelamatkan diri.


tengok filem Exit ni seriusly aku rasa seram giler mengalahkan tengok cerita hantu, time tu dah fikir macam mana mereka nak selamatkan diri, satu keluarga besar pula tu. bila Yong Nam buat perangai giler pergi panjat bangunan lagilah berdebar giler, ditambah pula dengan background music yg saspens, memang tak senang duduk tengok movie ni.

Jo Jungsuk bagi aku pelakon yg sangat santai bawa genre komedi, walaupun keadaan tengah serius dia pandai buat penonton tergelak dengan aksi komedi yg bersahaja. salute juga untuk Yoona dan Jungsuk sebab tak nampak awkward langsung buat aksi stunt dalam filem ni, nampak macam real padahal tahu semua tu lakonan sahaja.


kekuatan Exit ini bukan dari segi jalan cerita tapi pengarah pandai buat tumpuan penonton terpaku ke skrin dan tak senang duduk dengan situasi yg berlaku dalam filem ini. satu benda lagi yg menarik dalam filem ini ialah tentang nilai kekeluargaan itu, walaupun keluarga annoying macam mana pun tapi dalam keadaan darurat masing-masing masih lagi berdoa supaya Yong Nam dapat diselamatkan.

10 comments:

  1. sya pun suka movie ni! best dan terhibur :)

    ReplyDelete
  2. oh yeah i've been wanting to watch this tp terlupa dah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, PKP ni mmg musim rakan2 blogger tengok citer korea... heheh

    ReplyDelete
  4. dah tengok, best cerita dia...

    ReplyDelete
  5. Cerita kelakar yang paling mendebarkan.. Rasa nak tercabut jantung setiap kali tengok aksi berani mati diorang memanjat.. Pergh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..seram giler tengok diorang memanjat dalam ni. padahal berlakon je tapi memang nampak real sangat..haha

      Delete
  6. Gelak gila gila bila tengok cerita ni. Menghiburkan.

    ReplyDelete
  7. Mama.dh tgk cite Ni mmg best

    ReplyDelete
  8. lawak la cite ni lagi-lagi bila boss Yoona tu, suka bodek dia. hahaha excited rasa macam kita sendiri yang panjat bangunan tu sama.. ^^

    ReplyDelete