Novel | Menyayangimu by Pena Kayu


Novel : Menyayangimu
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 507
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Ogos 2020


SINOPSIS NOVEL MENYAYANGIMU


Iman bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Taufik, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Taufik minta putus, alasannya Iman terlalu sibuk dan jarang beri perhatian sepenuhnya kepada Taufik. selepas didesak barulah Taufik mengaku dia telah jatuh hati dengan Ilya iaitu adik Iman.

Iman terima yg mereka tiada jodoh tapi selepas pertunangan Taufik dan Ilya, Taufik secara diam mendesak mahu kembali semula kepada Iman. rimas dengan keadaan tersebut Iman terpaksa bersetuju dengan calon pilihan ibunya iaitu Hadrian, lelaki yg paling dibencinya. lelaki yg menyebabkan kakak kembarnya, Inara mengandung lima tahun lepas.


MY REVIEW


aku beli novel Menyayngimu ni sebab kombo sekali dengan buku Sara Aisha. jujur cakap aku tak boleh masuk sangat dengan penulisan Pena Kayu sebelum ini tapi untuk Menyayangimu, agak menarik juga ceritanya.

Iman dan Inara kembar seiras yg berbeza personaliti, disebabkan Inara selalu dapat spotlight, Iman rasa tersisih dan semua orang hanya sayang dengan kembarnya. Iman bergaduh teruk dengan Inara sebelum mereka berpisah lima tahun yg lepas dan perasaan bersalah itu masih menghantui dirinya hingga kini. sehinggalah dia berkahwin dengan Hadrian.

masalah dengan Iman, dia tak pernah nak ambil tahu atau siasat apa sebenarnya yg terjadi pada Inara tapi terus menghukum Hadrian.

serius cakap semua lelaki dalam novel ni kecuali Hadrian gila psiko. Taufik depan family macam baik tapi dengan Iman macam orang gila talak. lepas tu si Ilya dah rampas hak kakak sendiri lepas tu dok meroyan tak tentu pasal. kalau aku jadi Iman dah lama bawa diri ke kutub utara daripada menghadap perangai orang gila macam ni.

bila senyap si Taufik, ingatkan aman dunia tapi tak juga. Sharif merangkap abang tiri Hadrian yg juga kawan Iman sejak kecil, yg disangka Iman lelaki yg baik rupanya ada agenda sendiri. pendek cakap semua watak sampingan dalam ni memang psiko lah.

masalah dengan Hadrian pula dia terlalu baik, sampai Iman tak nampak kebaikan dia. tapi orang yg Iman benci inilah, yg selalu protect dia.

dari awal pembacaan, aku perasaan semua watak ni ada masalah mental, aku tertunggu juga bila penulis nak kupas pasal isu psikologi ni tapi sampai ke sudah tak ada. kalau penulis buat research dan selit pasal masalah psikologi dengan lebih detail maybe cerita dia akan jadi lebih wow. macam aku yg tak belajar pasal psikologi ni, aku cuma boleh cop watak dalam ni gila dan terlalu obsess.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**


Post a comment

15 Comments

  1. Rating not bad. mesti storyline kena dengan jiwa kita kan. hehe

    ReplyDelete
  2. kalau lelaki yang terlalu baik tu mmg tak normal la.. mcm si epul tu, semua cakap dia balik...then tiba2 mmg personality disorder

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak..ini memang baik yg normal cuma orang lain byk salah faham dgn Hadrian sebab tak tahu kisah sebenar. macam epul tu baik yg ada makna tu..hehe

      Delete
  3. Nanti mesti jadi drama akasia heheh

    ReplyDelete
  4. Dina tidak pernah baca novel melayu. tapi ini nampak menarik

    ReplyDelete
  5. eh best lah storyline dia. kalau jadi drama tv3 ne mmg nak tgok sngt :)

    ReplyDelete
  6. Bila kita nampak sesuatu yang lebih menarik dalam sebuah novel tapi tak dikupas penulis, macam tak puas membaca..

    ReplyDelete
  7. ramai betul yang gila dalam cerita tu haha sama lah kalau jadi heroin dah lama lari ke tempat lain. taknak lah kutub utara, sejukkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahla ke mana, asalkan tak bertemu dengan manusia perangai macam ni..hahaha

      Delete
  8. tengok tajuk tu besttt je..menyayangi mu

    ReplyDelete