Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

Bidadari Salju

Drama : Bidadari Salju
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 15 Disember 2020
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Jaja Iliyeas

Sinopsis Drama Bidadari Salju

mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yg selalu dijadikan mangsa buli di sekolah hanya kerana mukanya dipenuhi jerawat dan berasal dari keluarga miskin. 

walaupun begitu Kayra seorang gadis yg baik dan rajin menolong ibu bapanya untuk mencari duit dengan bekerja di kedai runcit dan kedai makan. perwatakan Kayra yg ceria itu disenangi oleh majikannya.

Hariz (Adam Lee) pula pelajar senior yg selalu menunggu masa untuk membuli Kayra dan mengajak rakan-rakannya yg lain untuk turut setia menghina dan membuli Kayra.

Bidadari Salju

Hariz sebenarnya memberontak kerana dihantar ayah dan ibunya untuk tinggal dengan datuknya di kampung. dia merasakan yg kedua ibu bapanya sibuk bekerja dan tidak pernah mempedulikan dirinya. Hariz cemburu apabila melihat Kayra yg serba kekurangan sentiasa tersenyum dan mendapat kasih sayang penuh daripada keluarganya.

sampai satu tahap, tindakan Hariz semakin melampau apabila membuat fitnah yg Kayra menjual tubuh untuk mencari duit hingga menyebabkan Kayra dipukul bapanya akibat termakan kata-kata fitnah yg disebarkan Hariz. rakan-rakan Hariz juga turut mengambil kesempatan untuk memukul Kayra.

kemuncaknya Kayra tidak dapat bersabar lagi dan bangkit melawan Hariz. Kayra berjanji tidak akan lupa segala perbuatan Hariz yg mencaci dan menghina dia selama ini.

Sinopsis Drama Bidadari Salju (TV3)

selepas 6 tahun, Kayra berjaya menamat pengajiannya dan sedang sibuk mencari pekerjaan. pada masa yg sama Kayra pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan kawan baiknya, Diana (Chacha Maembong). 

Aiman yg ternampak Kayra di majlis itu terus jatuh cinta padahal zaman sekolah dulu, dia juga malu dengan penampilan Kayra yg hodoh. Aiman menggesa ibu bapanya untuk meminang Kayra.

hidup Kayra sekeluarga benar-benar berubah selepas ibunya berjaya menuntut harta pusaka miliknya. namun begitu Kayra tidak mahu memikir soal jodoh atau bergantung pada harta ibunya, Kayra mahu mencari kerja dan mencapai impiannya. 

apa yg bakal terjadi apabila Kayra bertemu dengan Hariz? Saksikan semuanya dalam Bidadari Salju yg juga boleh ditonton online secara percuma melalui website dan aplikasi WeTV.

8 comments:

  1. Adoilah.. Sedih pula sinopsis dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero dia melampau sgt. geram pula bila tengok heroin kena buli..

      Delete
  2. sweet qistina ni, i tak pernah lagi tul2 tgk dia belakon as adult, ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah berlakon banyak drama. best juga lakonan dia :)

      Delete
  3. Thank you for content. I like it and my site is different for your site. please visit my site. เครดิตฟรี

    ReplyDelete
  4. Best jugak drama ni walaupun ramai pelakon baru.

    ReplyDelete
  5. ada tengok part ayah dia marah kayra sebab fitnah hariz tu. Kejam betul cakap macam tu. Kalau jadi kayra memang cari orang lain je lah. Nasib baik hariz tu adam lee memang sweet pandang dia je lah hahahaha

    ReplyDelete