Sinopsis Drama Misteri Mona (TV3)

Misteri Mona

Drama : Misteri Mona
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 10 Disember 2020
Episod : 8
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Shafitee, Alif Hadi, Amir Rahim, Aishah Bujang, Azhar Amir, Jeff Sali

Misteri Mona sebuah drama bergenre psiko thriller arahan Amor Rizan, drama terbaru di slot Samarinda menggantikan drama Beri Sedikit Waktu. Misteri Mona menampilkan Janna Nick, Elisha Sandha, Ruzaini Ibrahim dan Elisha Sadha dan boleh ditonton mulai 10 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.


Misteri Mona mengisahkan Farah (Elisha Sandha) graduan lepasan universiti yg sedang mencari kerja. Farah semakin terdesak memerlukan duit untuk membayar sewa rumah selepas beberapa bulan menganggur. 

Suatu hari, Farah ternampak iklan di internet sebagai caregiver di rumah Dr Nadeem (Redza Rosli) lalu menerima kerja tersebut walaupun syarat yg dikenakan Dr Nadeem agak pelik apabila dikhehendaki memadam semua media sosial dengan alasan melalaikan. Dr Nadeem juga bersetuju untuk membayar gaji seperti yg Farah minta.

Farah perlu menjaga isteri Dr Nadeem iaitu Anom (Janna Nick), tugas Farah pun mudah cuma perlu pastikan Anom mengambil ubat pada waktu yg ditetap dan juga memasak makanan tengah hari. pukul 5 petang dah boleh balik.

satu sahaja pantang larang Dr Nadeem adalah tak benarkan sesiapapun masuk bilik bawah tanah yg berada di rumah tersebut.

Misteri Mona

Anom mengalami gangguan emosi yg kronik dan selalu bermimpi seorang wanita. tapi pada hari pertama Farah bekerja, Anom nampak normal dan boleh berbual. Anom senang dengan sikap Farah yg tidak banyak bertanya dan mula bercerita dengan kisah hidupnya sewaktu kecil.

Anom menceritakan tentang ibunya yg berkahwin lain tapi tidak tahu lelaki tersebut panas baran dan penagih dadah. ibu Anom tidak mahu membuat laporan polis, Anom dan adiknya terpaksa melihat ibu mereka dipukul oleh ayah tiri mereka.

tanpa Farah sedar, Anom sebenarnya tidak makan ubat yg disediakan. pada malam tersebut Anom mula bertindak agresif dan mahu menyerang suaminya, nasib baik berjaya ditenangkan.

Misteri Mona

keesokan harinya teruk Farah dimarahi dan berjanji tidak mengulang lagi kesalahannya. Anom sendiri meminta maaf kerana telah menyebabkan Farah dimarahi suaminya. Anom kembali normal dan menyambung bercerita mengenai kisah silamnya.

Farah pelik apabila terselit satu nota dalam begnya, dia cuba membandingkan tulisan dalam nota tersebut dengan Anom dan Dr Nadeem tapi keduanya tidak sepadan. Farah tertanya-tanya siapa yg menghatar nota tersebut.

Anom pula curiga bila suaminya cuba menyembunyikan sesuatu dan apabila diperiksa, Anom menjumpai gambarnya dengan Dr Nadeem. tapi yg menarik perhatiannya adalah gambar ultrasound baby. Anom bingung dan tertanya-tanya adakah dia pernah mengandung sebelum ini. mengapa Anom tidak ingat semua itu?

sebenarnya apa masalah Anom sehingga mengalami emosi yg kronik dan siapakah Mona? apa yg Dr Nadeem cuba sembunyikan dalam bilik bawah tersebut? 

13 comments:

  1. ada tengok sikit semalam, nampak menarik lah draama ni sebab jarang kan drama melayu dengan genre psikologi thriller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first episode nampak menarik juga drama ni. hopefully makin best..

      Delete
    2. Tahniah Amor Rizan dan Aquila Emas Sdn Bhd.

      Delete
  2. Menarik jugak kalau baca sinopsis nya nih... lain dari drama biasa yg berkisar pasal family kaya laki kaya kawin org miskin... heheheh

    ReplyDelete
  3. ada kelainan untuk drama kali ini..

    ReplyDelete
  4. Baru tengok.. Macam menarik drama nya..

    ReplyDelete
  5. Belum tengok habis sampai episod setakat ni. Kena tengok merathon nanti sebab 8 episod je drama ni :)

    ReplyDelete
  6. Setakat ni lebih cenderung pd cinta sekali lg.. walau pon ending nya agak ketara cacat..

    ReplyDelete