Resepi Sup Tulang Ala Thai Mudah dan Ringkas


kalau makan di kedai makan thai mesti wajib order sup tulang. nak buat sendiri memang tak rajin sebab nak bagi tulang empuk macam kat kedai bukan main lama nak merebusnya.
sejak dah ada Primada Pressure Cooker, nak masak sup tulang pun cepat dan pantas, dalam masa setengah jam dah dapat sup tulang yg begitu empuk.

BAHAN YANG DIPERLUKAN 
  • 1/2 biji bawang holland (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • tulang
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • cili padi (ikut suka)
  • 2 biji kentang
  • secubit ladang hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup (hiris)
  • daun bawang (hiris)

CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. tumis bawang putih, bawang holland, halia, serai sehingga kekuningan dan naik bau. kalau guna pressure cooker boleh terus tumis dalam tu.
  2. masukkan air. kemudian masukkan tulang dan juga kentang. masak dalam pressure cooker dalam 30 minit.
  3. bila daging dah empuk, masukan sos ikan dan perahan jus limau nipis, tomato dan cili padi.
  4. kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan secubit lada hitam.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Kredit Resepi: Geng Makan

Selamat Memasak 😊

Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Ringkas


ternampak kangkung kat tesco aritu terus beli, ingat nak masak kangkung goreng belacan. oh lupa Tesco dah tukar Lotus sekarang tapi tetap juga nak panggil tesco..haha. kebetulan pula hari ini rajin snap gambar lepas masak so bolehlah simpan resepi kat sini.

BAHAN YG DIPERLUKANN
  • 1 ikat sayur kangkung
  • sedikit minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
#Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 cm belacan 

CARA MEMASAK
  1. Bersihkan kangkung. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sekejap.
  4. kemudian masukkan batang dan goreng sampai sedikit layu. masukkan pula bahagian daun.
  5. gaul rata dan kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Selamat Memasak 😊

Lagu | Naim Daniel - Purnama (OST Aku Yang Kau Gelar Isteri)


Artis : Naim Daniel
Lagu : Purnama
Lirik : Amzar Razqa
Komposer : Amzar Razqa, Naim Daniel

LIRIK

Tak terungkap kata
Menyedari masa
Kemana perginya dia

Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima

Gantikan la jika ini
Yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya

Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada-Mu kuatkan lah hatinya

Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya

Aku perlu dia (ooo)
Aku perlu dia (ooo)

Sinopsis Drama Rudy VS Jolie (TV Okey)


Drama : Rudy VS Jolie
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Slot : TV Okey
Mula Tayangan : 15 Februari 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Nadia Brian, Aidit Noh, Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Rashdan Baba, Syakilla, Serra Kamal

Sinopsis Drama Rudy VS Jolie

Mengisahkan Jolie (Nadia Brian) seorang kaunselor dan vlogger yg dikenali sebagai Miss J yg pakar menasihati hal berkaitan putus cinta. selepas berpisah dengan kekasihnya yg curang, Jolie malas nak fikir pasal urusan cinta dan gembira dengan dunianya sekarang.

lain pula dengan kawannya Nina (Sharifah Husna) yg tak habis bercerita tentang teman lelakinya, Mr R dan teruja nak sambut anniversary yg nak masuk 3 bulan.

Jolie tiba-tiba beritahu Nina tentang dua orang follower yg putus cinta dengan Mr R so dia tertanya Mr R tu orang yg sama ke tidak. bagi Nina dalam Malaysia ni ramai je orang yg nama sama, teman lelaki dia pun nama Mr R, mungkin kebetulan semua itu. 

sampai suatu hari Nina ternampak Mr R dia keluar dengan perempuan lain, kecewa bila lelaki yg disangka kekasih bagitahu hubungan mereka cuma kawan. Nina malu nak bagitahu Jolie yg teman lelaki dia curang sebab sebelum ni rajin sangat kutuk Jolie.

Rudy (Aidit Noh) pula mamat romeo yg berkawan dengan ramai wanita tapi tak pernah mempunyai hubungan serius. Suatu hari, kawan Rudy yg bernama Aryan (Mathni Razak) mencabar Rudy untuk memikat seorang wanita bernama Jolie sampai mereka bertunang sekurang-kurangnya 6 bulan.

Rudy menyahut cabaran tersebut sebab dia tak pernah gagal memikat hati wanita. tapi Aryan cuba tersenyum sebab tahu Jolie jenis yg anti lelaki dan tak mungkin Rudy berjaya dalam misi tersebut.

Nina yg dah boleh tenangkan hati yg kecewa tiba-tiba bagi misi penting pada Jolie untuk patahkan hati pematah hati wanita. Nina cuba mengubah penampilan Jolie yg tomboy supaya memenuhi ciri-ciri wanita idaman Mr R.

apa terjadi apabila Rudy dan Jolie bertemu untuk memikat bila masing-masing mempunyai misi tersembunyi?

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)


Drama : Cinta Untuk Raf
Produksi : Open Echo Communication
Pengarah : Zek Zukry
Penulis Skrip : Adza Emie
Slot : Bidadari TV1
Mula Tayangan : 15 Februari 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 3.05 Petang
Pelakon : Sasqia Dahuri, Luqman Hafidz, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad, Mustaqim Bahadon

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf 

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked (Sasqia Dahuri) dan Raf (Luqman Hafidz) akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. 

Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (TV3)


Drama : Aku Yang Kau Gelar Isteri
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 17 Februari 2021
Episod :15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, 
Lana Nordin, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Jasper Supayah

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

mengisahkan Laila (Sharifah Sakinah) yg menyimpan perasaan pada Eizlan (Adi Putra) tapi sayangnya Eizlan mencintai Raihani (Nadia Brian).

walaupun tahu yg Eizlan akan bernikah dengan Raihani, Laila tidak putus asa untuk mengejar Eizlan kerana Eizlan sahaja yg mahu berkawan dengannya. Laila kecewa bila Eizlan menolaknya lebih menyakitkan bila Eizlan menghina rupa parasnya yg buruk lalu bertemu dengan ibu saudaranya, Cik Embun (Lana Nordin).

Eizlan memilih Raihani kerana kecantikan dan budi bahasa gadis tersebut dan Eizlan tekad menolak tawaran universiti kerana mahu bernikah dengan Raihani. walaupun emak Eizlan tidak berkenan dengan pilihan anaknya, perkahwinan Eizlan dan Raihani tetap diteruskan.

Perkahwinan Eizlan dan Raihani pada mulanya sangat bahagia dan saling mencintai, namun kemunculan semula Laila mula mengugat keharmonian rumah tangga mereka. 

Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dengan lama yg terpendam. Aku Yang Kau Gelar Isteri, berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan atau mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan perpisahan?

Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Drama : Semua Salahku
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Wan Mahani Hassan
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 11 Julai 2019
Episod : 13
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Syed Aiman, Fadlan Hadzim, Dayang Areeda, Zaidi Omar, Neera Azizi, Nafiz Zaidi, Intan Najuwa


Semua Salahku mengisahkan Sofea (Fasha Sadha), ibu tunggal yg menyara anaknya Haris (Nafiz Muar) dan ibunya Fatimah (Fauziah Nawi). Sofea berhenti kerja dan duit pampasan digunakan untuk buat modal mulakan bisnes solekan. tak lama selepas itu Sofea berkahwin dengan Iqbal (Fadlan Hadzim).

selama enam ahun berkahwin dengan Iqbal, perangai Sofea banyak berubah dan tidak ambil peduli tentang Haris dan ibunya. pantang ditegur mulalah Sofea mengugut ibunya untuk keluar dari rumah itu bersama suami dan anaknya.

Iqbal pula tak pernah beri nafkah, terpaksa Sofea bekerja keras mengambil upah solekan untuk menampung kehidupan keluarganya. tapi duit tersebut pun tak pernah cukup sebab Iqbal asyik minta duit.


Haris ternampak yg Iqbal guna duit ibunya untuk belanja skandalnya tapi bila nak beritahu Sofea mesti Iqbal menyampuk.

Suatu hari, Iqbal meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sofea cuba dapatkan balik duit yg Iqbal pinjam daripadanya untuk beli rumah. malangnya Sofea dapat tahu yg Iqbal guna duit tersebut untuk buat duit hantaran dengan teman wanitanya.

Sofea kecewa dan tertekan bila tahu selama ini dia ditipu hidup-hidup dengan Iqbal tapi dia terpaksa bangkit untuk cari duit untuk tampung kehidupan mereka sekeluarga.

Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Haris seorang pelajar cemerlang tapi prestasi di sekolah mula merosot bila Haris selalu ponteng sekolah dan bergaul dengan Nail. Haris merasakan dirinya tidak dipedulikan bila Sofea selalu sibuk dan tak pernah kisah pasal dia walaupun cikgu Haris datang rumah beritahu masalah Haris.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

Sinopsis Drama Marry Me Senorita (Astro)

Sinopsis Drama Marry Me Senorita (Astro)

Drama : Marry Me Senorita
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Nur Ain Sharif
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 2 Februari 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Raja Azura, Siti Khadijah Halim, Asha Merican

Sinopsis Drama Marry Me Senorita 

diadaptasi dari novel Marry Me Senorita karya Suri Ryana mengisahkan Sofiy Leia (Janna Nick), anak yatim piatu yg tinggal dengan ibu bapa saudaranya. Selepas kematian Pak Long, Sofiy dihalau keluar oleh Mak Longnya dan tekad untuk pergi ke rumah kawan baiknya di Kuala Lumpur tanpa memgetahui kawannya itu bekerja di kelab malam.

Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandri (Dini Schatzmann) membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya dalam syarikat datuknya tidak terjejas. Sofiy pula bersetuju melarikan diri daripada buruan Bard, tauke kelab malam. 

Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati.

Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada.

Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Lagu | Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique & Siti Nordiana - Baik Semula


Artis : Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique & Siti Nordiana
Lagu : #BaikSemula
Komposer & Lirik : Faizal Tahir, Mage, Tuju, Mike Chan, Karim Karam

LIRIK

[VERSE 1] 
Aku rindu ramai orang 
Aku rindu banyak tempat 
Rindu banyak benda dan 
Aku rindu mengembara 

I miss a lot of people 
I miss a lot of places 
I miss a lot of things 
And i miss all the adventures 

[PRE CHORUS]
Ku mohon Tuhan beri ku kesabaran 
Menempuh hari ku penuh kerinduan 
Mengajar diriku erti kehidupan 
Harus Kita teruskan 

[CHORUS]
We stand together 
Bersama-sama 
Saat kita jauh dan sendiri 
Hanya sementara 

We stand together 
bersama-sama 
Pastikan ada penghujungnya 
Kan baik semula 
Semula
Baik semula

[VERSE 2] 
Aku, mengharap dunia kan cepat sembuh 
Hari hari ku tadahkan tangan, doa 
Bebas ke mana tanpa gemuruh 

Ingin terbang ku ingin terbang 
Bersayapkan tenang bebas tanpa gangguan 
Hidup ini pasti akan bererti 
Kembali indah warna kita pelangi 
Bersama (YEAH) 
Lakar kembali yang pernah punah (YEAH) 
Contengan ini cuma sebentar

[ULANG CHORUS]
 
Yang jauh di mata kan tetap di hati 
Saat bahagia pastikan baik semula 
Yang jauh di mata 'kan tetap di hati 
Kan baik semula 

[ULANG CHORUS]

Lagu | Amira Othman - Surat Akhir (OST Marry Me Senorita)


Artis : Amira Othman
Lagu : Surat Akhir
Lirik : Syafiq Rashid
Komposer : Syafiq Rashid

LIRIK

Andai 
Esok tiada lagi 
Untuk aku 
Baik baik sayang 

Andai Ini yang terakhir 
Dari aku Untuk kamu 
Oh sayang 

Ku mulaikan warkah akhir ini 
Dengan nama Tuhan yang menemukan 
Aku dengan dirimu 
Dan tibalah waktunya 
Untuk diriku kembali bertemu 
Berangkat pulang 
Berangkat pulang ke pangkuannya 

Andai Ini yang terakhir 
Dari aku untuk dirimu 
Sampaikanlah 
Salam rinduku tuk semua 
Teristimewa 
Ayah dan bonda 

Oh sayang 
Nanti bila aku telah tiada 
Ajarkan mereka 
Bait bait cinta dari Tuhan 
Kirimkanlah untuk ku 
Moga bisa jadi penghibur hatiku 
Memecah sepi di kamar baruku 

Kan resminya agung Tuhan memang begitu 
Bermulah berakhir 
Bertemu dan berpisah 
Usah kau bimbang sayang 
Ku nanti dikau di pinggir syurga

Review Drama Takdir Yang Tertulis (Episod 6 - 9)

Review Drama Takdir Yang Tertulis (Episod 6 - 9)

Drama : Takdir Yang Tertulis
Produksi : Radius One
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong,
Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri, Afidah Bee


Selepas Juweta ditimpa kesusahan apabila semua benda bernilai dalam hidupnya dirampas Azlan dan Ruhila, tiba-tiba Ean muncul untuk memberikan bantuan dan menjadi penguam Juweta.

Juweta sendiri pada mulanya tak percaya dan ragu dengan niat  Ean sebab zaman kolej dulu mereka bukan rapat. Juweta tak suka Ruhila berkawan dengan Ean sebab bagi Juweta, Ean ni cuma nak kikis duit kawan baiknya.

tapi kini mereka berdepan situasi yg sama apabila dikhianati kawan baik sendiri. walaupun Azlan tahu  Ruhila teman wanita Ean, Azlan tetap mahu berkahwin dengan Ruhila.

Drama Takdir Yang Tertulis

Ean dan Juweta pergi ke pejabat Azlan untuk memberi amaran kepada Azlan tentang tindakannya yg merampas harta Juweta secara licik. Juweta juga tidak mahu menyelesaikan penceraian mereka selagi Azlan tidak pulangkan semula Mika kepadanya.

Ruhila yg datang ke pejabat terkejut melihat kehadiran Ean di situ. belum sempat nak cakap apa dah kena serang dengan Juweta. pedih juga hati Ean dan Juweta melihat orang yg mereka cinta dah khianati mereka.

Azlan yg panik dengan amaran daripada Ean cuba mendapatkan Hakim yg juga penguamnya untuk mendapatkan nasihat.


Semua yg berlaku ini sebenarnya rancangan licik Che Salmah dan Hakim. Che Salmah disebabkan dendamnya dengan emak Juweta dan Hakim pula berdendam dengan Juweta sebab malukan dia ketika meluahkan perasaan pada Juweta waktu zaman kolej dulu. 

walau apapun terjadi, mereka mahu merampas segala harta benda Juweta, Che Salmah pun tak kisahkan kalau kena korbankan anak dan menantunya sendiri. jadi Azlan tu dipergunakan mereka untuk menjalankan misi mereka.

bila Hakim dengar tentang amaran Ean, dia pun tak confident boleh menang kes ini sebab tandatangan Juweta semua mereka dapat secara tak sah. jadi Hakim nasihat Azlan untuk serahkan Mika tapi Mika tak setuju disebabkan Ruhila. 


flashback kejadian yg lepas, Ruhila pernah bawa Ean berjumpa Che Salmah tapi Che Salmah tak berkenan bila tengok Ean bawa motor kapcai dan hanya budak kampung yg tak berharta.

Suatu hari, Ruhila memberitahu yg dia terlanjur dengan Ean apa lagi mengamuklah Che Salmah. Ean berjanji untuk setia dan bertanggungjawab tapi Ruhila kecewa bila nampak Ean tidur dengan perempuan lain.

maybe semua benda ini rancangan Che Salmah untuk buat Ruhila melupakan Ean dan Azlan pula tanpa sedar telah dijadikan pak sanggup oleh Che Salmah.


Mika keliru apabila Ruhila menyuruh memanggilnya mama sebab bagi Mika mamanya adalah Juweta. berkat Azlan memujuk, Mika tidak memberontak lagi dan memanggil Ruhila sebagai ibu. 

Ruhila gembira melihat perubahan Mika yg sudah mahu ke sekolah. tanpa mereka sedar, Mika meminta bantuan gurunya untuk menelefon Juweta.


Kak Jo yg menjadi pembantu rumah Juweta telah dipecat Ruhila. kebetulan pula kakaknya bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Azlan memberitahu terdengar perbualan Azlan dengan Che Salmah dan Hakim 

Kak Shima mengetahui yg Azlan telah menipu Juweta dan dia juga tahu yg anak Ruhila tersebut bukan anak Azlan.Kak Jo meminta kakaknya mengeledah pejabat Azlan untuk mencari bukti bagi membantu Juweta.

Lagu | Azzam Sham - Cinta Jangan Pergi (OST Rahimah Tanpa Rahim)


Artis : Azzam Shah
Lagu : Cinta Jangan Pergi
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Asfan Shah, Fetri Yahya


LIRIK

Adakah dirimu mahkota nyawaku 
Setelah harum dibawa angin yang lalu 
Adakah diriku pencinta matimu 

Yang selalu membisikkan indah syairmu 
Haruskah aku hanya berdiri sepi 
Menggengam ranting pelangi yang hampir mati 

Cinta jangan kau pergi 
Tinggal aku sendiri 
Ku takut kehilangan dirimu 

Adakah dirimu pencinta matiku 
Yang selalu membisikkan indah syairmu 
Haruskah aku hanya berdiam sepi 
Menggengam ranting pelangi yang hampir mati 

Cinta jangan kau pergi 
Tinggal aku sendiri 
Ku takut kehilangan dirimu 

Ohhhh Cinta jika kau pergi 
Hilang mawar dihati 
Mekarkanlah hingga akhir nanti 

Menggengam ranting pelangi yang hampir mati 
Cinta jangan kau pergi 
Tinggal aku sendiri
 Ku takut kehilangan dirimu 

Cinta jika kau pergi 
Hilang mawar dihati 
Mekarkanlah hingga akhir nanti 
Cinta jangan pergi

Review Telefilem: 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)


Telefilem : 44 Hari Bangkitnya Pocong
Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd
Pengarah : Azmir Affandi
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 30 Januari 2021
Pelakon : Elly Suriati, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Raja Shahiran


Aizat yg bekerja di Singapura segera pulang ke kampung selepas menerima berita kematiannya ibunya, Maimun (Elly Suriati). terkejut Aizat apabila tiba di rumah, orang kampung semua melarikan diri kerana jenazah Maimun bangun selepas dilangkah kucing hitam.

selepas selesai urusan pengebumian, Aizat pelik bila tiada saudara mara yg datang membantu kecuali Mak Ngah. kemudian baru Aizat tahu yg saudara mara mereka banyak terasa hati dengan ibunya kerana tanah pusaka.

Aizat berhasrat untuk tinggal lebih lama di kampung sehingga selesai majlis tahlil setelah bapanya, Kamal (Riezman Khuzaimi) masih lagi bersedih dan larut dalam dunianya.


bukan setakat hal keluarga sahaja tapi Aizat juga ada dengar cerita tak elok pasal mak dia dengan orang kampung. ramai tak suka arwah Maimon yg suka berhutang dan cari gaduh kononnya orang nak mengorat suami dia.

Aizat tak percaya sangat dengan cerita yg dia dengar tapi dia minta mereka berhenti mengumpat arwah ibunya dan akan melangsaikan segala hutang yg ada.

mood cerita ni memang seram tapi terhibur pula bila sampai scene akak yg pakai spek ni dan geng membawang dia.


sejak hari pertama malam tahlil arwah Maimun, orang kampung mula diganggu dengan ketukan misteri dan kelibat pocong. tak senang duduk orang dibuatnya.

Aizat meminta bantuan Rahim yg mempunyai kebolehan untuk mengubat bapanya yg dah termakan benda kotor dan cuba menyelesaikan masalah pocong yg berleluasa. bermula dari situ, satu persatu keburukan arwah Maimon mula terungkai. 

susah juga Aizat nak percaya yg ibunya melakukan perbuatan syirik yg akhirnya memakan diri sendiri.


drama melayu dan nasi k*ngk*ng berpisah tiada, tak faham kenapa Maimun nak buat benda tu kat suami sendiri lainlah kalau suami tu jahat. tak tahulah motif sebenar dan apa yg dikejarkan Maimun. walaupun ada flashback semua itu lebih menjawab kenapa Maimun bangkit menjadi pocong.

pengajarannya jauhilah perkara syirik dan segeralah bertaubat sebelum terlambat.