Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 dan Program Korea Menarik Menerusi Aplikasi iQiyi

drama 7 Hari Mencintaiku dah tak ada di youtube? benda ni jadi kecoh sekejap bila drama yg tengah hot sekarang iaitu 7 Hari Mencintaiku 2 tidak dapat lagi ditonton di youtube rasmi tv3. aku pun sedih juga sekejap sebab selalunya tengok drama tv3 di youtube, malas nak follow di tv setiap hari.

walaubagaimana tak perlu risau kerana pihak tv3 telah bekerjasama dengan iQiyi dan tayangan secara online 7 Hari Mencintaiku 2 telah dipindahkan ke platform penstriman iQiyi bermula 24 Julai 2020. masih lagi boleh ditonton secara percuma setiap episode.


Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2

7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama melayu pertama yg ditayangkan di platform iQiyi. selain drama ini, terdapat drama lain juga yg bakal ditayangkan di iQiyi seperti drama Pengantin Satu Malam dan juga Kampung People. 

semua drama bersiri ini boleh ditonton secara eksklusif dan percuma di iQiyi satu jam selepas tayangan perdana di tv3


Drama Korea Terbaru

pelbagai drama korea terbaik dan terkini juga sedang hangat ditayangkan di iQiyi seperti Backstreet Rookie, Dinner Mate dan Flower of Evil.


Variety Show Terpilih

selain drama, iQiyi turut menyediakan program hiburan terbaik dari China dan juga Korea. antara variety show popular yg ada; Running Man, Real Man dan Roomate. 

tapi yg tak best variety show ni bukan full episode cuma ada episode dan musim terpilih sahaja.


Tonton Secara Percuma atau Langgan Keahlian VIP


semua drama china dan korea  yg disediakan di platform iQiyi boleh ditonton secara percuma tapi dah tentu benda percuma tu terhad. 

untuk drama yg sedang ditayangkan, cuma pemegang akaun VIP iQiyi yg boleh dapatkan akses premium percuma dan episode penuh. manakala bukan ahli vip kena tunggu setiap minggu untuk tonton episod terbaru.


Netflix vs iQiyi

iQiyi best sebab boleh tonton secara percuma tanpa perlu daftar akaun dan kalau jenis yg fanatik chinese drama memang ini antara lubuk best. tapi aku lebih prefer Netflix sebab content dia lagi menarik dan banyak drama best di situ.

Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)

Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Drama : Jalan "Sesat" Ke Syurga
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Slot : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 3 Ogos 2020
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episode : 34
Pelakon : Siti Elizad, Aaron Aziz, Jalaluddin Hassan, Aleza Shadan
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Jalan Sesat ke Syurga mengisahkan Inara (Siti Elizad), anak orang berpengaruh yg gemar berpeleseran telah disahkan meninggal dunia akibat overdose dadah tapi hidup semula. bagi ibu bapa Inara, peristiwa ini satu mukjizat dan Inara adalah insan terpilih dan menggunakannya untuk kepentingan diri mereka.

selepas peristiwa tersebut, Inara banyak berubah dan cuba mendekatkan diri dengan ajaran Islam dengan belajar semula solat dan juga membaca al-quran.

lakonan siti elizad sangat mantap, boleh rasa betapa frust watak Inara bila dia nak solat dan baca al-quran tapi tak reti. dengan ibu bapa Inara pula, walaupun mereka melakukan suruhan agama tapi pendapat yg mereka bagi tu macam bercanggah. so ini menjadi dilema buat Inara dan point untuk isu dalam drama ni.
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
aku ada tertengok sikit first episode drama ni kat tv tapi tak boleh tangkap lagi isu sebenar drama Jalan Sesat ke Syurga. bila tengok preview first episode tu macam wow terkejut bila tahu drama ni pasal ajaran sesat. menarik juga.

Puan Ansyirah (Aleza Shadan) iaitu ibu Inara selalu mengajak Inara join aktiviti yg dianjurkan persatuan ibunya iaitu Hawa Islam. Inara ada juga ikut dengar ibunya bagi tazkirah tapi Inara jadi keliru bila ada benda yg dibincangkan dalam kumpulan ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Hawa Islam ni sebuah kumpulan islam yg memperjuangkan hak wanita iaitu lelaki dan wanita adalah setaraf. part ni macam cover isu Amina Wadud yg pernah menimbulkan kontroversi satu ketika dulu bila wanita manjadi imam solat jumaat kepada makmum lelaki.

setakat Puan Ansyirah bagi tazkirah dan ceramah tu, Inara boleh terima lagi. tapi bila Inara tengok sendiri Puan Ansyirah jadi imam dan makmumnya bercampur lelaki dan perempuan, Inara jadi takut dan tahu benda ini salah. good thing Inara ni masih tahu basic agama sebab tu dia tahu Puan Ansyirah dan kumpulan Hawa Islam ni dah jauh terpesong.
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
Tuan Zakwan (Jalaluddin Hassan), ayah kepada Inara pula aktif dalam Gerakan Elit dan selalu dipanggil memberi ceramah kepada masyarakat setempat. Gerakan Elit luarannya nampak normal yg bercakap pasal Islam tapi aku perasan part bapa Inara cerita kisah mati hidup Inara tu, bunyi macam takabbur pula.

tapi setiap episode boleh nampak memang ada benda tak kena dengan kumpulan. dalam Gerakan Elit, lelaki kena guna kuasa veto tak membenarkan isteri kerja supaya para isteri taat dan patuh pada suami.

sebab itu, kalau tengok Puan Ansyirah ni depan suami bukan main taat dan diam patuh dengan Zakwan. kiranya depan suami pijak semut pun tak mati tapi kat luar bukan main lantang bercakap tentang hak wanita.
Inara beruntung dapat berkenalan dengan Hamzah (Aaron Aziz) sebab banyak benda yg dia dapat belajar. Hamzah sebenarnya bekas penagih dadah tapi sekarang Hamzah membuka sebuah kafe kecil dan juga membantu golongan penagih yg ingin berubah dan keluar daripada pengaruh dadah.

aku tak minat sangat dengan lakonan Aaron Aziz, dalam drama ni nampak dia awkward giler nak deliver skrip. sepatutnya watak Hamzah ni jenis yg soft spoken iyelah kalau tidak macam mana nak tarik golongan bermasalah ni untuk berubah tapi ntah tak boleh nak feel dengan lakonan dia.

kerana status Hamzah yg pernah menjadi penagih dadah, Puan Ansyirah menghalang Inara berkawan dan lepak di tempat Hamzah. takut Hamzah bawa pengaruh yg buruk pada Inara. 
Review Drama: Jalan Sesat Ke Syurga (Astro)
tapi lain pula dengan Tuan Zakwan yg tahu Inara ada hati pada Hamzah. Zakwan merancang untuk menjodohkan Inara dan Hamzah tapi sebenarnya bapa Inara ni ada agenda sendiri iaitu untuk tarik Hamzah masuk dalam Gerakan Elit.

feeling aku bila tengok drama ni nak kata seram tak seram sangatlah tapi pening sebab banyak sangat fatwa yg bercanggah. tak boleh imagine duduk kat tempat Inara, kiri kanan orang menghasut ajak join fahaman yg salah. apa yg cuba disampaikan dalam drama ni jangan terpengaruh tapi bagus dijadikan iktibar dan pengajaran.

memang tak nafikan isu yg dibangkitkan dalam drama Jalan Sesat Ke Syurga sangat menarik sebab sebelum ini drama melayu mana berani nak sentuh pasal ajaran sesat secara terperinci macam ni. cuma yg tak best selain pelakon utama, mostly pelakon dalam drama ni orang baru. bukan nak cakap semua teruk tapi macam spoil mood juga bila ada pelakon yg berlakon macam baca skrip je

drama Jalan Sesat Ke Syurga boleh tonton di youtube Astro Gempak tapi tak pasti astro akan upload sampai episode berapa di situ.

Novel | Sayang Arjuna by Ma Lee Chuswan


Novel : Sayang Arjuna
Penulis : Ma Lee Chuswan
Helaian : 428
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2019


SINOPSIS NOVEL SAYANG ARJUNA

Sayang Arjuna mengisahkan Suri Indah, anak orang kaya yg gemar bersosial dan juga playgirl. percintaan Indah dengan Shah Imran pun tidak kekal lama apabila Indah bosan dengan perangai Shah Imran yg gemar merujuk kepada paciknya dalam setiap keputusan.

masalahnya Shah Imran masih terkejarkan Indah walaupun berulang kali Indah beritahu yg hubungan mereka telah putus. Indah cuba meminta bantuan pacik Imran iaitu Uncle Lokman. sangkanya Uncle Lokman ini seorang lelaki tua rupanya seorang pacik hot. Indah jatuh cinta pada Luqman saat pertama kali mereka bertemu malangnya Luqman tidak berminat dengan Indah.


MY REVIEW

di permulaan cerita, aku suka dengan watak Indah walaupun gemar bersosial tapi dia tahu apa yg dia nak. bila jatuh cinta dengan Luqman, Indah terus bagitahu perasaannya pada Luqman dan cuba pelbagai cara dalam misi menambat hati Luqman. tapi bukan senang nak tembus benteng Luqman. bila Indah sudah give up tetiba sahaja Luqman setuju nak berkahwin dengannya. siapa tak terkejut kan.

Suri Indah - bila Luqman dah setuju nak kahwin, Indah pula start mengada. sekejap nak kahwin sekejap tak nak kahwin. selepas berkahwin, bila Luqman nak bermesra tak bagi bila Luqman tak layan merajuk pula. eh eh apa kau nak sebenarnya perempuan! emo teruk akak baca novel ni.

Heqal Putra - masalah dalam perkahwinan mereka ialah ada gangguan daripada Heqal Putra. bagi Heqal, Indah adalah hak milik dia. bila ada lelaki yg dekat dengan Indah memang teruk la kena kerja dengan orang Heqal tak terkecuali juga Luqman.

Luqman ada pengaruh yg besar juga sebab tu dia boleh tepis semua serangan Heqal. masalahnya Indah tak percaya yg Luqman boleh protect dan selalu reject Luqman sebab Indah takut Luqman ditimpa musibah disebabkan dia.

Luqman Hakim - watak Luqman juga seorang yg protective, gentleman dan sabar melayan perangai Indah yg mood swing. cuma Luqman ni agak berahsia tapi tak boleh salahkan Luqman juga sebab ada satu part tu dia nak berterus terang tapi Indah pula tak nak dengar dan buat perangai emo dia.


kenapa aku rate buku ni rendah sangat, ni bukan masalah penulisan penulis tapi aku terlebih emo dan stress dengan perangai Indah. tak suka la bila pasangan main tarik tali. plus dalam masa terdekat aku dah baca a few novel yg mempunyai tema sama so boleh dikatakan dah bosan mengadap jalan cerita macam ni dan timing baca novel ni pun tak kena.

**My rating: ⭐⭐ 2/5**

Beli Meja Study Simply Style di Shopee 8.8


dah lama kot nak beli meja, dah lenguh tengok drama dan update blog atas katil tak pun kat meja jepun, sakit pinggang dan kebas kaki bila duduk bawah lama sangat. malas dah nak fikir terus usha shopee dan lazada cari meja yg sesuai.

dari dulu berkenan meja yg ada sekali dengan rak tapi bilik ni kecil dan tak ada ruang nak letak meja tu, aku malas nak susun ubah perabot yg ada so last sekali beli meja macam ni dan letak kat tepi tingkap. 


suka seller ni, barang pun dalam dua hari dah sampai rumah dan packaging kemas tak ada terkoyak ke apa, terbaik seller dan J&T buat kerja. pasang pun mudah. aku pasang sorang diri saja, tak sampai setengah jam dah siap.

cuma part paling mencabar, nak masukkan besi atas ke dalam lubang tu. sakit wei ketuk dengan tangan tak masuk-masuk juga. last sekali ambil hammer, lapik dengan kain tak nak besi tu kemik pastu ketuk sampai masuk dalam lubang dia.

bagi aku size meja ni nice la sebab memang cari meja yg kurus dan panjang macam ni sebab tak nak makan ruang. lagipun bukan guna untuk study pun. yg tak best meja dia goyang sikit, kurus sangat kan kalau lebar lagi baru kukuh kot.


bila ada meja ni sekurang-kurang my lappy dah ada proper place dan tak lagi jadi pelarian, kalau tidak merata tercampak. kadang atas rak buku kadang tu bawah katil, kesian.

kalau berkenan nak beli meja macam ni, boleh usha di shopee. klik sini.

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

Title : Ok Keub Hak Ab Ruk Khun Samee
Another Title : My Husband in Law
Release Date : 21 April 2020
Episode : 15
Cast : Mark Prin, Mew Nittha, Koy Rachwin, Ohm Kanin, Nut Devahastin

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

Muey dan Thien dah kenal sejak zaman sekolah kerana ibu mereka berkawan baik. Thien dah buat satu masalah besar hingga dipaksa berkahwin dengan Muey oleh ibunya. 

sebenarnya Thien tak pernah terpikir nak berkahwin dengan Muey sebab Muey dianggap macam adik dia sendiri. itulah, bila sendiri yg buat masalah nak tak nak terpaksa bersetuju dengan pilihan ibunya.

Muey pula dah lama crush dengan Thien sejak zaman sekolah lagi. walaupun tahu perkahwinan mereka tu cuma lakonan sahaja tapi Muey tak kisah asalkan dia boleh bersama Thien dan protect Thien daripada Yada.

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

masalah besar yg Thien buat ialah bercinta dengan Yada tanpa mengetahui yg Yada ni isteri orang. bila Thien tahu, dia minta putus dan minta Yada jangan cari dia lagi.

benda ni jadi masalah besar bila suami Yada yg merupakan taiko ganster dapat tahu hubungan Thien dengan isterinya. suami Yada terus hantar orang belasah sampai Thien masuk hospital.

yg aku tak faham si Yada sibuk nak kejar Thien walaupun teruk kena belasah dengan laki dia. daripada dok terkejar lelaki lain kan lagi bagus Yada ni fikir macam mana nak tuntut cerai dan lari daripada suami dia yg kaki pukul tu.

untuk mengelak daripada terus diganggu, Thien menipu yg dia sudah ada kekasih dan akan berkahwin dalam masa terdekat. kebetulan pula mak Thien terdengar benda ni terus Thien kena paksa kahwin dengan Muey.

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

sebelum kahwin, Thien dan Muey sudah pun tinggal serumah dan Muey yg urus segala kerja rumah untuk Thien, gaya orang gaji Thien pun ada juga. selepas kahwin pun takde beza juga kehidupan mereka. Thien juga suruh Muey rahsiakan tentang perkahwinan mereka sebab kebetulan mereka kerja satu pejabat.

kadang kesian juga Muey tak habis kena buli dengan Thien dan Thien ni memang tak sedar yg Muey suka dia selama ni. Thien tahu pun sebab kebetulan termasuk bilik Muey dan terbaca diari Muey tapi itu pun nak tunggu Thien jatuh cinta dengan Muey slow giler.

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

dalam drama ni aku suka tengok rumah Thien, interior dalam rumah lawa giler. dia punya laman pula macam duduk tepi hutan pastu boleh melepak tepi sungai, heaven wei. rupanya rumah yg diorang shoot ni resort. kena tunggu kaya dulu kalau nak melepak di resort ni..haha 

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

satu lagi benda yg menarik dalam drama ni bila ada twist dengan watak Muey nampak naif dan life dia macam takde benda lain yg lebih penting kecuali Thien tapi sebenarnya hacker. 

ramai yg tak tahu termasuk Thien dan dia sendiri pun tak percaya yg Muey boleh khianat dia. tapi ada plot twist lagi, rasanya itu saja dua benda yg menarik dalam drama My Husband in Law.

Review Lakorn: My Husband in Law (2020)

lepas episode 6 jalan cerita dah makin bosan dan banyak merepek. maybe episode yg panjang dan penulis pun dah kehabisan idea kot so dia sumbat sahaja apa yg boleh sumbat asalkan cukup 15 episode. kononnya nak lari daripada lakorn biasa tapi last-last tak lari daripada tipikal lakorn sebelum ni.

kalau penulis kembangkan lagi watak hero dan heroin maybe lagi best, iyelah apa point di awal drama highlight watak Thien sebagai genius arkitek dan Muey sebagai hacker last-last tak nampak apa yg special pun dengan skill yg mereka ada tu. rasa membazir juga sebab pelakon dah best tapi jalan cerita ke laut.

Baca juga : 

Shopping Novel Lagi Sebelum Raya


Shopping Novel Lagi Sebelum Raya, kebetulan terbuka facebook nampak buku Sara Aisha dah keluar so aku terus order di Shopee. kali ini borong novel: 

  • Dendam Bersulam Cinta oleh Sara Aisha
  • Menyayangimu oleh Pena Kayu.
  • Imamku Lelaki Pendosa oleh Umie Nadzimah

order malam selasa, ingatkan lepas raya haji baru nak dapat novel tapi pantas sungguh team karyaseni buat kerja, petang khamis dah selamat sampai rumah. dan terima kasih juga kepada abang J&T yg naik motor gigih hantar barang sebelum raya, time hujan lebat pula tu. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan beliau.



dan juga 
Selamat Hari Raya Aidil Adha 😊

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri (Astro)


Drama : Pelindung Seorang Puteri
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 28 Julai 2020
Masa Tayangan : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episode : 16
Pelakon : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Zain Hamid,
Jasmine Suraya, Haleeda, Wan Nor Azlin, Harris Ismail, Nadiya Shahab, Arash Mohd

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri

Diadaptasi dari novel yg ditulis Mia Kiff mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yg merantau jauh daripada keluarganya kerana fitnah yg ditabur orang kampung dan rimas dengan perangai Mak Dak Liza yg tak habis mencemuh dirinya.

Rose merantau ke Johor dan bertemu dengan Fido (Zain Hamid) yg banyak membantunya semasa di sana. Fido luarannya nampak baik dan romantik dengan ayat manisnya yg buat Rose jatuh cinta dengan Fido. Rose bersetuju menerima lamaran Fido dan merancang membawa Fido bertemu keluarganya.

namun Rose tidak meyangka dan kecewa apabila mengetahui Fido ni sebenarnya suami orang. Rose nekad berpisah dengan Fido dan pulang semula ke rumah keluarganya.


kepulangan Rose disambut gembira oleh ahli keluarganya, mereka cuba melupakan peristiwa yg berlaku sebelum ini. Rose merancang untuk mencari kerja di KL, so abang Rose meminta bantuan kawan baiknya, Hazril (Sharnaaz Ahmad) untuk mencari kerja yg sesuai buat Rose.

ibu bapa Rose pula bersetuju menerima lamaran Mak Dak Liza untuk anaknya Saiful (Farid Kamil), yg telah lama menyukai Rose tapi perkara ini tidak disetuju Rose kerana Rose anti dengan Mak Dak Liza.


aku tengok drama ni di AstroGo, boleh nampak kualiti video dia memang cantik tapi aku perasan dari awal lagi mood drama ni lebih kepada thriller dan misteri. walaupun baru tengok dua episode, banyak misteri dalam drama ni macam stalker yg selalu follow Rose dan seriusly aku seram giler dengan watak Saiful ni maybe sebab terbaca review novel dia.

Mak Dak Liza lakonan Haleeda ni walaupun macam tak sabar nak bermenantukan Rose tapi boleh nampak yg sebenarnya dia tak berkenan langsung dengan Rose. kalau dalam drama 7 Hari Mencintaiku ada Mak Leha dan dalam Pelindung Seorang Puteri ada Mak Dak Liza yg boleh buat keadaan bikin panas.

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri (Astro)

kebahagian Rose diuji selepas berkahwin dengan Saiful, terpaksa berdepan dengan mak mertua yg secara terang membencinya dan perangai Saiful yg sangat mengelirukan dirinya.

satu part misteri lagi siapa stalker yg selalu follow Rose selama ini dan persoalan sebenarnya siapakah yg menjadi Pelindung Seorang Puteri?