Novel | Saat Aku Berpaling

(PNM e-Reader)

Novel : Saat Aku Berpaling
Penulis : Adry Tihani
Helaian : 498
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : May 2016

Saat Aku Berpaling mengisahkan Nadhirah yg tinggal dengan keluarga Tan Sri Malik selepas kematian ibunya. statusnya sebagai anak luar nikah kepada Tan Sri Malik menyebabkan kehadirannya tidak diterima di situ dan anak beranaknya malah Nadhirah dikurung dan diseksa oleh keluarga itu.

mungkin satu benda yg buat Nadhirah bertahan ialah kerana Tan Sri Malik, hubungan mereka kian rapat selepas Nadhirah mendermakan hatinya kepada Tan Sri Malik. sebelum Tan Sri Malik, Nadhirah mengetahui perkara sebenar yg terjadi kepada ibunya. kerana rasa marah Nadhirah menyimpan dendam dan mebuat rancangan untuk merampas syarikat milik keluarga Tan Sri Malik.

novel ni lebih banyak fokus pada watak heroin dan jalan ceritanya sangat menarik sebab jarang jumpa kisah heroin balas dendam dan buat rampasan kuasa ala-ala drama thai atau atau drama korea. boleh nampak perubahan heroin daripada jenis yg pasrah berubah dingin disebabkan rasa marah kepada orang yg dah buat hidup ibunya menderita.

Faliq pula sebagai hero mungkin tak bagi impak yg besar sangat tapi kewujudan Faliq dalam hidup Nadhirah bawa banyak erti. walaupun tak banyak sangat babak romantik tapi aku suka hubungan mereka yg tak banyak konflik.

cuma satu benda nampak menganggu tentang status Nadhirah sebagai anak luar nikah Tan Sri Malik, kat sini aku rasa banyak benda yg nampak salah sepatutnya kalau bab hukum agama memang kena rujuk pada yg pakar. lainlah kalau latar belakang watak ni bukan beragama islam atau Tan Sri Malik pernah berkahwin dengan ibu Nadhirah mungkin tak nampak sangat ada isu di situ.

overall, jalan ceritanya Saat Aku Berpaling sangat menarik walaupun ada few part macam terkurang sikit tapi not bad la untuk buku pertama daripada penulis.

Review Novel: Kembali Mencintai oleh Syamnuriezmil

Review Novel: Kembali Mencintai oleh Syamnuriezmil

Novel : Kembali Mencintai
Penulis : Syamnuriezmil
Helaian : 880
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2018

isu utama dalam novel ini tentang nikah taklik. selalu dengar pasal cerai taklik ni first time dengar pasal nikah taklik. sewaktu setuju nak kahwin Thiya letak syarat taklik tambahan pada Tengku Faal sebab dia rasa insecure takut Tengku Faal buat perangai buaya. Thiya ni ada malasah trust isu dengan Tengku Faal walaupun lelaki ni dah berusaha tunjukkan yg dia bukan seperti apa yg orang lain gambarkan.

nikah taklik ada kebaikan dan keburukan juga, kebaikannya boleh melindungi hak isteri sekiranya suami buat perangai seperti menikah lagi satu. keburukannya pula macam kes Thiya, ada pihak yg ambil peluang guna syarat ni untuk runtuhkan rumah tangga Thiya dan Tengku Faal. 

novel Syamnuerizmil kali ini menarik juga, aku suka dengan Tengku Faal sekali dah jatuh cinta bukan kemain romantik dan gentleman cuma masalahnya sang heroin suka sangat main tarik tali dan jual mahal, sabar je lah.

overall plot dan konflik menarik tapi ceritanya jadi panjang sebab heroin jenis kalut dan suka berdrama, aku rasa penat juga nak habiskan novel setebal 800 muka surat ni.

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3)

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3)

Drama : Lelakimu Yang Dulu
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian,

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu

Mengisahkan konflik perkahwinan yg berlaku antara Hasrul dan Daliya sehingga Daliya membuat keputusan untuk membawa diri bersama kandungannnya yg dirahsiakan daripada pengetahuan Hasrul.

Selepas dua tahun mereka dipertemukan semula, Hasrul baru mengetahui yg mereka mempunyai anak bernama Heidi Isyraf dan dia ingin mengambil anak itu daripada Daliya. Bagi Hasrul, Daliya isteri yg tidak setia kerana meninggalkannya di saat dia hilang segalanya.

Namun, Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu, tak mungkin dia akur pada segala kehendak Hasrul walaupun lelaki itu masih lagi suaminya. Hasrul pula tak akan mudah mengalah, dia menjadikan anak mereka sebagai alasan untuk memerangkap Daliya kembali kepadanya.

Review Drama Korea | Hotel Del Luna (2019)


Title : Hotel Del Luna
Director : Oh Choong Hwan
Screenwriter : Hong Sisters
Network : TVN
Episode : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : IU, Yeo Jin Goo, Lee Dong Hyun, Park Yoona, P.O, Kang Mina,
Cho Hyung Chul, Lee Tae Sun, Shin Jung Keul, Bae Hae Sun


Hotel Del Luna mengisahkan Jang Man Weol pemilik Hotel Del Luna, kalau tengok dari luaran hotel ini cumalah bangunan lama yg terletak di tengah bandar Seoul dan tak nampak sebarang keistimewaan. ramai yg tak perasaan kewujudan Hotel Del Luna sebab hotel ini cuma mengalu-alukan kedatangan roh si mati yg mahu singgah sebelum pergi ke dunia lain.

first impression drama ni memang gempak sangat dengan aura seram dan misteri buat penonton nak tahu apa yg terjadi pada Jang Man Weol sebenarnya sehingga dia terpilih sebagai pemilik Guesthouse of the Moon yg kemudian ditukar nama sebagai Hotel del Luna. apa yg mencuri perhatian dengan watak Jang Man Weol ialah dia punya fashion yg ada class tersendiri.


Ku Chan Sung pula lepasan Harvard yg terpilih untuk bekerja sebagai pengurus di Hotel Del Luna. awalnya Chan Sung tak mahu bekerja di Hotel Del Luna kerana dia sudah dapat tawaran kerja di hotel lain yg terkenal di Korea dan bila tahu tetamu Hotel Del Luna sebenarnya hantu lagilah dia takut nak kerja di situ. tapi akhirnya Chansung terima juga tawaran untuk jadi pengurus Hotel del Luna.

walaupun Chansung seorang yg penakut tapi lepas bekerja di Hotel del Luna dia dapat atasi perasaan tersebut dan cuba menolong roh si mati yg mempunyai masalah untuk pergi ke dunia lain. kemunculan Ku Chansung dalam hidup Jang Man Weol ialah untuk menyelesaikan teka-teki yg berlaku.


ceritanya menarik walaupun di pertengahan cerita plot dia agak dragging dengan masalah hantu tapi momentum naik balik bila kisah di sebalik watak Jang Man Weol mula terungkai satu demi satu. antara benda yg membelenggu Jang Man Weol adalah dendam yg disimpan sekian lama, sampai satu masa dia tekad untuk membalas dendam walaupun boleh musnah diri sendiri.

apa yg cuba disampaikan dalam drama ni ialah perasaan dendam itu hanya merosakkan diri sendiri sahaja dan apabila kita belajar untuk memaafkan dan melepaskan perasaan marah itu, kita akan nampak hikmah yg tersembunyi.


Hotel del Luna mencatat drama tvn yg mendapat rating tinggi untuk tahun 2019, dengan pemilihan IU dan Yeo Jinggo sebagai pelakon utama dan ditambah pula Hong Sisters sebagai penulis skrip macam tak hairan sangat kenapa drama ni mendapat sambutan yg hangat. 

Streamyx Turun Harga?


Hai semua..

harga streamyx dah turun, betul ke?

sekarang bab nak bayar bil online memang dah jadi kerja aku kat rumah ni so hari tu dapat email bagitahu yg jumlah bayaran yg perlu dibayar RM69, selalunya jumlah yg perlu dibayar RM127. pelik juga awat tetiba bil wifi jadi murah ni, ayah aku dah tukar plan ke apa ni?

lepas google baru tau yg semua pengguna streamy secara automatik akan dinaiktaraf kepada pakej Unifi Lite mulai 1 September 2019 dan hanya perlu membayar RM69 sebulan untuk 8Mbps.


untuk pengguna streamyx yg sebelum ini yg merungut kena bayar mahal tapi kelajuan internet tak seberapa dan bila nak bertukar ke Unifi alasannya belum ada coverage di situ, so ini kiranya berita baik sebab dapat menikmati harga yg lebih murah.

untuk harga memang berbaloi sebab dah boleh jimat banyak cumanya aku harap pihak Telekom boleh menambaikbaik infrastruktur dan perkhidmatan mereka pada masa akan datang.

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)

Drama : Mimpi Yang Sempurna
Slot : Widuri TV1
Masa : Khamis-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Aqasha, Tiz Zaqyah, Keith Foo, Faradhiya, Elisha Sandha

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna

diadaptasi daripada novel mengisahkan Wardah bekerja sebagai pembantu kepada pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya dan tidak mesra kepada pekerja lain termasuklah Wardah. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman apabila selalu pulang lewat untuk menyiapkan setiap tugasan yg diberi Himan.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim. 

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatah lagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka.

First Time Shopping di Online Watson


First Time Shopping di Online Watson | ini pertama kali aku shopping online di Watson, dah lama nak try tapi baru kali ini yakin nak mencuba dan lagi satu sebab aku malas sangat nak pergi kedai Watson.

Sebenarnya senang je nak shopping online ni, first kena masuk website Watson ataupun boleh download Watson apps kat smartphone.


dah login jangan lupa link-kan dengan akaun online untuk kumpul dan tebus Watson Point. kemudian boleh shopping macam biasa, pilih Home Delivery untuk penghantaran terus ke depan pintu dan lepas check out boleh buat bayaran.

Tadaaa barang dah sampai!

untuk penghantaran percuma kena berbelanja paling minimun RM150 tapi sekarang ni tengah ada promo boleh dapat penghantaran percuma untuk pembelian RM 100. berbaloi shopping online kalau  nak beli banyak barang tapi kalau setakat nak beli satu dua barang better pergi kedai terus boleh jimat daripada bayar kos penghantaran.

penghantaran pun cepat juga aku dapat barang dalam masa dua hari, order 5 Sept dan 7 Sept barang dah sampai di rumah.


oh ya jangan lupa bila online shopping tu korang boleh shopping di Watson melalui aplikasi Shopback untuk dapatkan cashback. sambil shopping tu bolehlah jimat sikit..hehe

Selamat Membeli-belah 😊

Movie | Friend Zone (2019)


Title : Friend Zone
Release Date : 14 February 2019
Country : Thailand
Director : Chayanoob Boonprakob
Screenwriter : Pattaranad Bhiboonsawade
Duration : 2 hour
Cast : Pimchanok Leuwisetpaiboon, Naphat Siangsomboon, Jason Young

Friend Zone ini filem dari negara Thailand yg ditayangkan pada tahun 2019. dah lama juga aku tak layan movie Thai, last aku tengok movie Thai ni zaman Mario Maurer tengah hot. time tu aku tengah giler sikit dengan Mario Maurer. bila tengok movie ni aku rasa familiar juga dengan muka heroin ni so try la search yeah dia yg berlakon dengan Mario Maurer dalam movie One Little Thing Called Love, muka still maintain walaupun movie tu dah 10 tahun.


Friend Zone mengisah Palm dan Gink yg berkawan baik sejak zaman sekolah, Palm ada simpan perasaan pada Gink dan secara tak sengaja dia pergi confess pada Gink so time tu Gink tanyalah sayang yg macam mana pastu dia boleh cakap sayang sebagai kawan, nah terus kena friend zone dengan Gink sampai 10 tahun.

bila masuk dalam mod friend zone memang menyakitkan lagi-lagi bila tengok Gink ada pakwe. jeles tu memang jeles, itulah lain kali confess la betul-betul kang dah makan hati sorang-sorang. Palm cuba lupakan perasaan dia pada Gink dengan keluar date dengan perempuan lain tapi relationship dia tak pernah bertahan lama sebab kekasih Palm rimas dengan perangai Palm yg lebih utamakan Gink dalam semua hal.


chemistry ada Palm dan Gink pun memang best cuma ceritanya agak slow sebab the whole thing asyik cerita pasal Palm yg kena friend zonepastu Gink yg tak habis dengan masalah dia dengan teman lelakinya, Ted. plot dia tak berkembang banyak sangat.

yg menariknya pasal movie ni ialah mereka banyak shoot kat luar negara seperti di Hong Kong dan Malaysia tapi itu pun cuma tunjuk scene kat restoran dan nampak la KLCC. mungkin filem ini nak promo lebih pasal Thailand so diorang ada shoot kat Krabi dan tunjuk keindahan permandangan di Krabi.

overall, jalan ceritanya agak klise dan ada part yg bosan sebab diulang-ulang. yg banyak menyelamatkan keadaan adalah scene comedy (kalau tengok trailer itulah scene yg best pun). movie ni masih lagi menghiburkan untuk ditonton cumanya jangan letak expectation yg tinggi sangat.

Review Novel | Terang Bulan by Fakhrull Halim

Review Novel | Terang Bulan by Fakhrull Halim

Novel : Terang Bulan
Penulis : Fakhrull Halim
Helaian : 238
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2019

Terang Bulan mengisah seorang pelajar bernama Badar yg diganggu oleh 'sesuatu' selepas mengalami mimpi pelik. sejak itu kehidupan dia tidak tenang apabila seorang demi seorang rakannya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Badar perlu bertindak untuk mencari penyelesaian untuk menghentikan pembunuhan ini.

aku tak expert yg buku ni sangat menyeramkan, sebagai seorang yg kurang berminat dengan cerita seram, dua bab pertama buat aku rasa give up nak baca buku ni bukan tak best tapi dah kena mengadap part seram yg sangat meremangkan, sampai pembunuhan kedua rasa nak termuntah so aku terus stop dan baca next day sebab aku nak tahu juga apa jenis hantu yg psiko sangat ni nak main bunuh-bunuh orang.

kisah kedua pula mengenai Sin, seorang penyanyi yg popular hingga berjaya membina populariti ke luar negara tapi ada satu sisi yg dia tak mahu tunjukkan kepada orang lain iaitu Sin ada ketagihan pelik yg melampau.

yg pasti bila terbongkar mengenai sisi gelap Sin, aku dah tak rasa seram sangat bila masuk balik kisah Badar. kenapa? sebab aku dah tahu apa jenis hantu yg mengejar si Badar ni. apa kaitan antara Badar dan Sin ni? itu kenalah baca sendiri..hehe

overall, buku yg menarik untuk dibaca dan ada mesej dan pengajaran yg cuba disampaikan oleh penulis.

Review Novel | Maghfirah by Rehan Makhtar

Review Novel | Maghfirah by Rehan Makhtar

Novel : Maghfirah
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 453
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Ogos 2019

Maghfirah mengisahkan Ian yg mengembara selama dua tahun sampailah di satu pekan kecil, Ian bertemu dengan Pacik Mansor yg baik hati menumpangkan dia yg kemudian membawa kepada pertemuan Ian dengan Maghfirah.

watak Ian ni seorang yg mengembara untuk mencari sesuatu yg dia sendiri pun tak pasti apa yg dicarinya mungkin ketenangan atau satu kemaafan kerana kesilapan pada masa silam. Maghfirah pula seorang gadis kampung yg dunianya cumalah ayahnya dan pondok mereka. Maghfirah memencil diri dari dunia luar kerana terkesan dengan peristiwa lalu yg mana dia dihukum tanpa diberi peluang untuk membela diri.

novel ni simple je kisah tentang Ian dan Maghfirah, eloklah seorang mencari dan seorang lagi pula menanti walaupun banyak kelemahan diri tapi mereka saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain.

kalau nak dibandingkan dengan novel Rehan Makhtar yg lain mungkin Maghfirah tak manis bersemut sangat tapi bagi aku still terasa manisnya dan enjoy baca kisah Ian dan Maghfirah.

Baca juga: Novel Sugar oleh Rehan Makhtar

Review Drama China: Gank Your Heart (2019)

Review Drama China: Gank Your Heart (2019)

Title : Gank Your Heart
Episodes : 35
Duration : 45 minutes
Cast : Wang Yibo, Wang Zixuan, Ding Guan Sen, Lu Xiao Yu, Jerry Yan,
Harry Hu, Yan Xu Jia, Cheng Qi Meng, Gao Tai Tu


Gank Your Heart sebuah drama china mengenai e-sport yg dibintangi Wang Yibo dan Wang Zixuan. kebanyakkan drama sekarang banyak diadaptasi daripada novel tapi drama ni aku tak pasti rasanya bukan kisah novel kot. episodnya pula cuma ada 35 episode mungkin chinese drama yg paling pendek aku tengok untuk tahun ini..hehe


Gank Your Heart mengisahkan Ji Xiangkong seorang top professional player dalam Legend Team yg pakar membuat strategi permainan yg banyak membantu pasukan memenangi competition tapi sayang pihak management tak pernah pandang bakat yg dia ada terutama sekali manager dia yg selalu cari jalan untuk tendang Xiangkong daripada Legend.

kalau nak dibandingkan dengan Go Go Squid!, drama ni lebih detail cerita pasal gaming dan macam mana struggle-nya hidup diorang sebagai pro-gamer dalam e-sport. contohnya macam Xiangkong walaupun dia antara best player tapi struggle nak fokus pada training disebabkan management yg paksa mereka buat commercial dan join tv show so bila dia selalu mengelak itu yg jadi isu dengan manager sebab manager mereka jenis gila duit.


manakala Qiu Ying pula live streamer untuk sebuah portal e-sport. dia memang tak tahu sangat pasal e-sport tapi sebab arahan boss, dia cuba dapatkan best report untuk live streaming termasuk mengaku fans Legend untuk dapatkan berita. 

Qiu Ying sedar knowledge dia mengenai e-sport sangat kurang dan selalu buat silap waktu live streaming jadi timbul kesedaran untuk belajar mengenai e-sport. Qiu Ying juga ada impian untuk jadi pengulas untuk sukan e-sport so dia bekerja keras untuk belajar tentang e-sport dan belajar untuk menjadi pengulas sukan yg terbaik.


pertemuan mereka bermula dengan salah faham tapi selepas selesai semua itu, Xiang Kong dan Qiu Ying jadi kawan baik dan mula menyimpan perasaan antara satu sama lain. mereka saling menyokong antara satu sama lain untuk mengejar impian untuk berdiri di pentas yg sama iaitu sebagai top best player dan top commentator dalam e-sport.

bila tengok Xiang Kong dan Qiu Ying memang sweet bila dok flirt each other tapi progress relationship diorang memang slow sangat. walaupun nampak mereka sebenarnya saling suka menyukai tapi lebih selesa kekal berkawan dan.. dan bila masing-masing decide nak confess to each other tertiba pula muncul ex-girlfriend Xiang Kong, seriusly bagi aku watak ex-girlfriend macam tak perlu kot. lepas tu Qiu Ying nak merajuk lebih-lebih, bosan betul.


walaupun ceritanya agak menarik tapi pertengahan drama agak bosan sebab banyak isu macam meleret sangat. sampai lima episode terakhir baru aku rasa enjoy balik tengok drama ni. selepas banyak rintangan yg Xiang Kong kena tempuh, last sekali dia decide untuk buat team sendiri dan rekrut orang yg ada passion yg tinggi dalam dunia gaming dan paling penting boleh follow dia sebagai ketua pasukan. paling penting, dia boleh buktikan kepada orang yg pernah buang dia yg dia boleh berjaya dalam dunia e-sport.

overall, drama Gank Your Heart memang best kalau korang suka pasal gaming tapi kalau tengok drama ni untuk tengok babak-babak yg sweet better cari drama lain je lah.

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Title : Go Go Squid!
Director : Ching Jung, Lee Xiang Xujing
Screewriter : Mo Bao Fei Bao
Episodes : 41
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Zi, Li Xian, Hui Yi Tian, Li Ze Feng, Marcus Li, Wei Yi Fan,
Lee Hong Chi, Jiang Pei Yao, Wang Zheng Er

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Go Go Squid! sebuah drama romantik komedi yg diadaptasi daripada novel, Honey Stewed with Honey yg ditulis oleh Mo Bao Fei Bao juga penulis skrip untuk versi drama. drama ini mula ditayangkan pada 9 Julai 2019 hingga 31 Julai 2019 dan mencatat drama paling popular di China untuk summer season. Go Go Squid mengisahkan Tong Nian yg jatuh cinta pandang pertama pada Han Shangyan yg pertama kali datang melepak di cybercafe milik sepupunnya.

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Tong Nian pelajar universiti dalam bidang sains komputer, dikira top student dan genius juga sebab dia tengah buat master dalam usia 19 tahun. selain itu, Tong Nian juga seorang online cover singer yg sangat popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. 

Han Shangyan pula top player dalam CTF tapi memilih untuk bersara pada usia muda selepas mempunyai konflik dengan ahli pasukannya. namun minatnya dalam e-sport tidak berhenti disitu apabila dia membuka syarikat sendiri di Norway dan kembali ke China untuk buka K&K Club untuk melatih pemain muda  mencipta kejayaan dalam bidang e-sport.

sebenarnya bukan senang Tong Nian nak pikat Han Shangyan siap kena reject lagi, frust tak payah cakap la tapi jodoh mereka memang panjang sebab berjumpa pada pertemuan keluarga,  Tong Nian tak tahu pun family mereka memang dah kenal. tapi family dinner ni jadi kecoh sikit apabila Wu Bai buat cerita yg Tong Nian kekasih Han Shangyan. kenapa Wu Bai cerita macam tu? ahaa kenalah tengok, ini antara scene yg best. 


walaupun awal tu cuma pura-pura jadi kekasih tapi Tong Nian menggunakan peluang ni sebaik mungkin untuk mendekati Han Shangyan dan effort yg dia buat tu berbaloi juga sebab akhirnya Shangyan makin selesa dan menerima kehadiran Tong Nian dalam hidupnya. walaupun banyak perbezaan antara mereka berdua sama ada dari segi umur atau personaliti tapi semua itu tak menghalang cinta mereka yg penting saling faham dan support kerjaya masing-masing.

seriusly suka sangat wei dengan pasangan ni, setiap scene mereka berdua memang comel dan sweet la plus this one memang light romance story, cumanya yg menjadi halangan pada mereka ialah ialah ibu Tong Nian tak berkenan sangat dengan Han Shangyan tapi itu bukan big isu sangat sebab Han Shangyan tahu macam mana nak handle masalah ni secara gentleman.


drama ni bukannya fokus pada hubungan antara Han Shangyan dan Tong Nian semata-mata tapi lebih banyak fokus pada e-sport dan konflik antara Han Shangyan dengan teammate dia dulu. e-sport dalam drama ni bukan mengenai gaming tapi lebih pada cybersecurity  ataupun hacking. CTF (Capture the Flag) ini satu pertandingan yg mana player kena solve computer security problem dengan hack system pihak lawan dan pada masa sama kena defense system sendiri. itu yg aku paham la mengenai ctf ni sebab tak pernah ambil tahu pun pasal e-sport ni.

sepuluh tahun dahulu team Solo antara team yg top dalam dunia CTF tapi berlaku konflik antara Han Shangyan dan Solo yg menyebabkan pasukan ini berpecah. selepas 10 tahun, Solo melatih team SP, Han Shangyan pula team KK yg mana kedua-dua pasukan ni antara pasukan terhandal dan saling bersaing untuk berebut ranking pertama.

banyak juga flashback kisah zaman-zaman muda Han Shangyan dengan teammate dia, seriusly part ni je yg aku rasa bosan sebab flashback tu banyak cakap pasal impian mereka nak jadi top team dan bawa nama negara ke peringkat dunia. bila bergaduh langsung tak bercakap sampai 10 tahun. tengok Solo rilek je nak berbaik semula tapi macam Han Shangyan yg terlebih emo. curious juga punca masalah mereka ni. 


selain part Han Shangyan dan Tong Nian, aku suka giler team KK ni sebab dioranglah yg banyak menceriakan keadaan. walaupun Han Shangyan jenis yg panas baran sikit dan tegas dalam latihan tapi bila kat belakang bukan main seronok lagi mereka bergosip pasal boss sendiri. Tong Nian memang bertuah sangat sebab selain datuk Han Shangyan, budak-budak ni yg secara tak sengaja banyak tolong dia untuk dekat dengan Han Shangyan. walaupun jalan cerita banyak fokus pada competition tapi aku tak rasa bosan sangat sebab terhibur dengan perangai mereka.


antara watak lain yg menarik juga ialah Wu Bai aka DT yg merupakan sepupu Han Shagyan dan juga ace player dalam team KK. watak DT ni jenis suka menyendiri dan tak banyak cakap, dia lagi suka perhati keadaaan sebab scene dia lebih banyak tunjuk ekspresi muka. aku suka interaction atau bromance antara Han Shangyan dan DT, walaupun Han Shangyan kuat juga membuli DT tapi DT ni redho je ikut je arahan big boss cuma sekali je yg DT protes time family dinner.


barisan pelakon dalam drama ni memang best terutama sekali lakonan pelakon utama, chemistry antara Yang Zi dan Li Xian  tak payah cakap memang best dan comel sangat. lepas tengok drama ni aku memang suka habis dengan Li Xian, major crush dah boleh tolak tepi Denglun dengan YangYang..hehe. seriusly aku still tak boleh move on daripada drama ni itu yg kerja repeat tengok balik memang jarang nak repeat drama cina yg episode panjang berjela.

susunan plot dan jalan cerita pun sangat menarik, drama Go Go Squid bukan kisah pasal Tong Nian dan Han Shangyan sahaja tapi juga pasal professional Han Shangyan dalam dunia e-sport. lagi satu aku suka aura positif yg ada dalam drama ni, walaupun Han Shangyan ada konflik sikit dengan Solo tapi masing-masing bersaing secara sihat untuk menang dalam pertandingan.

overall, drama ni memang best kalau yg suka tengok drama romatik komedi, aku recommend  sangat-sangat untuk korang tengok drama ni.